Tuesday, 17 March 2015

Pump Mommy Tertinggal di Rumah Mama [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 5]

Assalamualaikum semua...

Kisah sadis ni terjadi masa banjir besar Disember 2014 hari tu. Mommy ada ceritakan di sini.

25 Disember 2015, bila air dah semakin naik, MIL dan FIL mommy dah atur strategy nak datang dari Panji, menyelamatkan mommy dan anak-anak. Husband nun jauh di Subang Jaya gelisah macam kucing nak beranak..kikiki..So ringkas cerita, mommy pek2 beg mommy dan anak2, beg susu abang dan adik, pastu ready tunggu Tok Abah sampai.

Kami sampai di Panji rumah MIL sekitar jam 4.30 petang. Masa tu mommy dah rasa breast bengkak. Ammar plak dah terlebih kenyang, syok duk tidur. Bila dah setelkan abang dan angah makan karipap yang TokMa goreng, mommy pon masuk bilik, cari pam. Aiiyooooo....mami tak bawak!! Tertinggal di rumah Mama. Adeh...macam mana ni..baby Ammar dah tidur. Nak pam x de pam..Nak marmet tak pandai..huk2..

So penyelesaiannya, Mommy cari angah..suruh directfeed..Ohh suka sangat la dia, dah lama cuba-cuba nasib nak df dengan mommy. Masa ni angah dah 2 tahun 2 bulan. Dah tak boleh nak minum susu mommy dah kiranya sebab angah dah besar, boy pulak tu..Tapi kali ni terpaksa sebab darurat..hehe..

So kesimpulannya, seminggu mommy di rumah MIL, ada la 3 kali mommy mintak tolong angah untuk clearkan susu mommy. Tu pun badan dah seram sejuk macam nak kena demam bengkak susu.. sakit ooo...penah kena masa dalam pantang bersalinkan Angah Irfan. 

Oklah..sampai sini je ye..nanti mommy sambung lagi..

Sayang semua..muahhhss..

Nota cinta : Jom tengok Part 6
Part 4? Boleh baca kat sini ye..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

Saturday, 7 March 2015

EBM Ammar Pulang Ke Subang Jaya Dalam Masa 13 Jam [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 4]

Assalamualaikum...salam sayang semanis madu buat anda yg manis dan cantik di luar sana..hehe..

Sebelum ni, mommy pernah cerita macam mana EBM Ammar naik flight dengan En. Hubby di sini.. amboii...EBM dah naik flight gitu.. mommy dan anak-anak belum rasa lagi tau naik flight.. uhukk..

1st trip tu, perjalanan mengambil masa hanya lebih kurang 2 jam. 1 jam atas udara KB - Subang Jaya, lebih kurang 1 jam lagi perjalanan abi beli barang dan sampai ke rumah. Macam mana dengan perjalan yang memakan masa berjam-jam? Tahan ke EBM tu? Tak cair kah?

Persoalan tu jugak la yang bermain difikiran Mommy. Risau sangat kalau-kalau EBM cair dalam perjalanan..huhuhu.. Tambahan lagi masa kami nak balik ke Subang Jaya tu, Kelantan baru pulih dari banjir besar..ada Mommy ceritakan di sini.

Apa yang Mommy buat dengan EBM kali ni, sama juga dengan EBM yang naik flight aritu. Cuma kali ni Mommy letak 2 ketul ais sebesar bekas ais krim, dan 2 unit ice block. Masa Mommy tunggu TokPa wrap, dalam hati tak putus berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan, dan kami tidak terperangkap dengan banjir yang tak dijangka.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Seawal pagi kami memulakan perjalanan, hujan turun renyai-renyai tanpa henti. Sehinggalah sampai di Raub, hujan masih belum berhenti. Berita yang cukup buat hati mommy kecut bila mendengarnya ialah, jalan depan Balai Polis Raub ditutup sementara kerana air dari dalam longkang telah melimpah ke jalan raya akibat dari hujan yang tidak berhenti turun dari pagi. Kami perlu ikut jalan alternatif untuk balik ke Kuala Lumpur, dan ia memakan masa extra selama 2 jam!! Oh My EBM!!!

Mommy redha, dan abi tak putus-putus pujuk dan kata in sha Allah EBM mommy selamat nanti. Ok, mommy cekalkan hati, dan tawakkal jelah. Apa-apa je jadi pada EBM Ammar, mommy akan terima dengan hati terbuka.

Diringkaskan cerita, setelah mengharungi perjalanan selama 13 jam, sampai la kami ke rumah. Wahh rindunya!! Hampir sebulan lebih mommy dan anak-anak di kampung. Lepas selesai tolong abi angkat barang ke atas rumah, siapkan anak-anak, dengan rakusnya mommy buka bekas polystyrene yang mengandungi EBM Ammar tu. 

Subhanallah....Alhamdulillah...EBM Ammar tak mencair sedikit pon, walaupun 13 jam dalam perjalanan. Keadaan dalam polystyrene tu plak memang sejuk, macam dalam freezer. Alhamdulillah3...syukur sangat..

EBM untuk Baby Ammar. Penat dia jalan jauh, 13 jam tu..hehe

Ok..setakat ni saja perkongsian mommy kali ini. Sampai ketemu lagi di lain entri..

Nota cinta : Jom baca Part 5
Terlepas Part 3? Boleh baca di sini.

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

Friday, 6 March 2015

Bawa EBM Naik Flight [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 3]

Assalamualaikum semua...

Entri kali ni, kita cerita pasal ebm naik flight ye..hehe

Ni stok seciput masa berpantang kat kampung, rumah mama. Peti mak2 kan, penuh ngan lauk-lauk mentah. Kebetulan En. Husband datang melawat kami di kampung. So, boleh la mommy kirim stok tu kat abi. 

Macam mana abi bawa balik stok ebm tu ke Subang Jaya? Senang je..mula-mula Mommy minta tolong TokPa bawa balik polystyrene bersih dari tempat kerja TokPa. TokPa kerja kat hospital. So banyak polystyrene untuk letak ubat, yang dah tak nak pakai.

Lepas masukkan EBM, mommy letak ice block 2 ketul, dan juga ais ketul sebesar bekas aiskrim ke dalam polystyrene tu. Pastu, tutup dengan penutupnya dan last step, En. Hubby cantum penutup dan bekas polystyrene dengan selotape. Mommy tak taburkan garam pada ais sebab En. Hubby balik dengan flight. Tujuan letakkan garam pada ais ialah untuk melambatkan proses ais itu mencair.

Jeng3...dah siap...En. Husband selamba je kelek polystyrene tu bawak naik flight..hohoho... Alhamdulillah..nasib baik En. Husband cool je, bukan spesis control macho tak bertempat..hehe..


Siap sedia nak naik flight dengan abi..

Ibu-ibu lain mommy tak tahu guna kaedah macam mana. Cara ni mommy belajar dengan kawan yang juga pernah berpantang di Kelantan, dan bawak balik stok EBM ke Shah Alam. 

Hope entry kali ini dapat bantu mommies di luar sana cari jalan penyelesaian macam mana nak bawa EBM travel ok..

Salam sayang..muahhss..

Nota cinta : Jom baca Part 4
Terlepas Part 2? Boleh baca di sini



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

Thursday, 5 March 2015

Single Pump atau Double Pump? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 2]

Assalamualaikum...

Entri kali ni, mommy nak share pasal breast pump. Seperti tajuknya...single or double pump??  Pam pula perlukah yang mahal? Yang branded? Semuanya tepuk dada tanya poket ye mommy..hehe..

Masa anak kedua dulu, mommy pakai single pump jenama Pureen. Pam Pureen ni mmg ohsem. Ia beroperasi dengan dua cara. Nak pakai adaptor boleh, nak pakai bateri pon boleh. Pam ni sangat ringan dan tak banyak parts. Murah plak tu..RM150 sahaja..Dan tahan lasak jugak. Sempat la mommy pakai kejap masa dalam pantang selepas lahirkan Baby Ammar.

Sumber : Encik Google

Setelah dah berpuas hati dengan Single Pump Pureen ni, mommy bercita-cita nak pakai double pump pula. Kenapa double pump? Sebab utama adalah disebabkan masa kerja mommy. Cikgu bukan ada banyak masa free setiap hari. Lepas tamat sesi persekolahan pon belum tentu cikgu free..huhuhuhu..So mommy fikir, kalau guna double pump, ada  masa free 15 minit pon mommy boleh pam dengan tenang. Dok gitu?? Hehe..

Maka, bermulalah misi mommy mencari double pump. Mommy nak yang mampu milik je, mahal-mahal tak mampu...hehe..so cari punya cari, terjumpalah pam Spectra M1.. ermmm macam best jugak. Mommy tengok iklan promosi dalam fesbuk. Ada diskaun!! Suka3....apa lagi, terus minta duit dengan En. Husband n terus order. Seminggu kemudian smpai la...taraaaaa...

Comelnya model..kikiki

Spectra M1

Inilah harta kesayangan mommy sekarang.. Alhamdulillah banyak membantu mommy dalam usaha kumpulkan ebm untuk Baby Ammar. 

Terima kasih Allah!!!

Nota cinta : Jom baca Part 3
Terlepas Part 1? Boleh baca di sini.



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

Monday, 2 March 2015

Bila Mommy Start Kumpul EBM? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 1]

Assalamualaikum semua...

Entry ni ditulis semasa Muhammad Ammar Mikail berumur 3 bulan..
Indahnya pengalaman menyusukan abang Ammar, Muhammad Danial Irfan, walaupun hanya setakat 1 tahun 3 bulan....Mommy harap kali ni dapat cukupkan fully bf Ammar sehingga 2 tahun. 

So...rasanya mommy nak share je setiap moment2 manis sepanjang mommy menyusukan Ammar.. bukan apa, untuk rujukan diri sendiri jugak nt..kata nak anak 7 orang..hak3..

Bila mommy mula start pump ye...ok..belanja gambar dlu sekeping..

 My buku catatan..tanda segala hasil pam kat sini..hehe..


 Ammar lahir 17 November 2014. Bermakna hari ke 3 mommy dah mula buat stok.. Gelojoh nya i olls..hehe..bukan apa, susu mmg tengah banyak..dari duk sakit kena bengkak susu, baik terus pam. 

Mommy bersalin di Hospital Serdang. Hari kedua bersalin baru boleh balik rumah sebab tunggu Doktor Baby sahkan Baby Ammar tak kena jaundis. Cadangan dari awal, hari ke-10 nanti baru nak balik berpantang di Kelantan. So sementara nak tunggu balik Kelantan, mommy pam la susu seperti biasa. Masa ni mommy masih pakai pam jenama Pureen, elektrik single pump. Banyak jasanya oooo...pakai masa Irfan lagi. Sayang pam Pureen ketat-ketat. Hehehe..


Batch pertama EBM Mommy untuk Ammar...

Ni hasil yang terkumpul semasa masih berpantang di rumah Tokma..

So, terpulang sebenarnya mommies nak mula pam bila. Bagi mommy sendiri, lagi cepat lagi bagus sebab kali ni memang susu terus meriah selepas melahirkan Baby Ammar..alhamdulillah..terima kasih Allah..

Ok..harap perkongsian ini dapat membantu kita semua..salam sayang.. muahhss..

Nota cinta : Jom baca Part 2



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

Percutian Ke Bukit Merah Lake Town Resort Part 3

Ok...sedikit lagi aktiviti kami di Perak..

Lepas balik dari ecopark sebagaimana yang mommy ceritakan di sini, kami balik bilik untuk mandi dan berehat. Anak2 penat!!! Mami bagi upah susu sorang sebotol, semua tido. Hehehe..En. Hubby turun ke pool sorang-sorang untuk mandi dengan tenangnya..hehe..Mami pulak lepas bersalin ni, belum ada keinginan lagi nak berendam dan mandi-manda..kalau tak, pantang tengok air!!

Lepas asar, kami bersiap-siap untuk jalan-jalan cari makan. Mommy google siap-siap mana tempat makan best di Perak..Mommy juga ada bertanya pada kawan-kawan di fb. Rata-rata kata must try Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Steambot Taiping, Ketam Lembut Kuala Gula..

Chomeell tak?? Hehehe

Destinasi pertama kami ialah mencari ketam lembut di Kuala Gula. Redah kasi pecah je nih..guna waze. Tempat dituju adalah Kuala Gula Sanctuary Resort. Dah sampai situ, kami pon masuk la dalam restoran yg ada kat dalam tu. Oppss..mommy lupa apa nama restoran tu..kikiki..sorry..jaraknya sejam jugak la perjalanan dari Suria Apartment.

Tapi.......frust u ollss.. Ketam lembut habis...ketam keras pon takde!! So, dah malas nak bangun dan cari restoran lain semata-mata nak makan ketam lembut, kami stay jelah kat situ. mommy order kari sembilang, manakala En. Hubby nak tomyam, telur bistik dan udang celup tepung. 

Ambil gambar kami jelah...ketam lembut takde..sobss..

Habis kisah di Kuala Gula, kami ke Taiping pula, mencari steambot.Kawan En. Hubby geng Exora Perak yang tunjuk jalan..wahhh..baiknya orang Taiping!! Steambot sedap tu berdekatan dengan Taiping Mall. Ada banyak deretan kedai makan kat situ. Mami sempat la beli 2 pasang kasut kat Taiping Mall, lepas tu kami tapau steambot untuk makan kat bilik nanti..

Ermmm yummy..mommy yang makan lebih..haha..

Tak banyak tempat yang kami boleh pegi semasa berada di Taiping. Sebabnya dah malam. Nak gi Night Safari pon tak sesuai sebab bawa Baby Ammar kan..dak tecik tu baru 2 bulan lebih umurnya..hehe..

Habis cerita hari kedua...Semua penat..semua tido awal..hehe..

Esoknya, kami siap2 nak balik ke Subang Jaya. Tapi, tiba-tiba dapat idea nak singgah ke Penang rumah abang ipar dan biras mommy yang duk kat sana. Tiba-tiba punya plan..Errmm ok jugak kan..so terus siapkan anak-anak, pack barang dan check out. 
 
Goodbye pool...abang Danish sedih..haha
 
Yang kelakarnya, kami ke Penang semata2 untuk lunch Nasi Kandar Beratur, n of kos nak jumpa abang dan kakak serta anak buah yang comel kat Penang tu...hehe..lepas makan, singgah rumah abang dan kakak jap rehat2, pastu kami bertolak balik ke Subang Jaya..

Gitulah lebih kurang cerita percutian kami kali ni..Nanti kalau kami jalan-jalan lagi, mommy story2 lagi k..

Till then...bye..muaahhss