Monday 2 March 2015

Bila Mommy Start Kumpul EBM? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 1]

Assalamualaikum semua...

Entry ni ditulis semasa Muhammad Ammar Mikail berumur 3 bulan..
Indahnya pengalaman menyusukan abang Ammar, Muhammad Danial Irfan, walaupun hanya setakat 1 tahun 3 bulan....Mommy harap kali ni dapat cukupkan fully bf Ammar sehingga 2 tahun. 

So...rasanya mommy nak share je setiap moment2 manis sepanjang mommy menyusukan Ammar.. bukan apa, untuk rujukan diri sendiri jugak nt..kata nak anak 7 orang..hak3..

Bila mommy mula start pump ye...ok..belanja gambar dlu sekeping..

 My buku catatan..tanda segala hasil pam kat sini..hehe..


 Ammar lahir 17 November 2014. Bermakna hari ke 3 mommy dah mula buat stok.. Gelojoh nya i olls..hehe..bukan apa, susu mmg tengah banyak..dari duk sakit kena bengkak susu, baik terus pam. 

Mommy bersalin di Hospital Serdang. Hari kedua bersalin baru boleh balik rumah sebab tunggu Doktor Baby sahkan Baby Ammar tak kena jaundis. Cadangan dari awal, hari ke-10 nanti baru nak balik berpantang di Kelantan. So sementara nak tunggu balik Kelantan, mommy pam la susu seperti biasa. Masa ni mommy masih pakai pam jenama Pureen, elektrik single pump. Banyak jasanya oooo...pakai masa Irfan lagi. Sayang pam Pureen ketat-ketat. Hehehe..


Batch pertama EBM Mommy untuk Ammar...

Ni hasil yang terkumpul semasa masih berpantang di rumah Tokma..

So, terpulang sebenarnya mommies nak mula pam bila. Bagi mommy sendiri, lagi cepat lagi bagus sebab kali ni memang susu terus meriah selepas melahirkan Baby Ammar..alhamdulillah..terima kasih Allah..

Ok..harap perkongsian ini dapat membantu kita semua..salam sayang.. muahhss..

Nota cinta : Jom baca Part 2



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

No comments: