Saturday, 30 December 2017

My Twin Pregnancy Story Part 4 ~ Gambar Scan Baby Kembar Mami

Assalamualaikum semua.

Hari ni mami nak share pic babies sepanjang mami pregnantkan diorang. Cekidauttt...

Ni 1st pic twin. Masa ni baru 5 minggu pregnant. Memang sangat terkejut bila doct kata TWIN!! Twin mami adalah jenis DCDA..kembar 2 uri 2 kantung. Kembar tak seiras dengan kata lain. 

Masa ni babies dah berusia 15 minggu. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Mami dan Abi dapat tengok degupan jantung mereka. Syukur Alhamdulillah.

Sekitar kandungan twin 19 minggu, mami ada appointment dengan doktor pakar O&G di Hospital Serdang, Doktor Ramesh. Ibu-ibu pregnant twin biasanya akan dirujuk kepada Doktor Ramesh kalau buat follow up di Hospital Serdang dan Hospital Klang. Kiranya beliau ni pakar untuk buat details scan untuk twin. 

Alhamdulillah, hasil details scan, twin dalam keadaan baik2 sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Itu je yang penting buat Mami dan Abi. Lega bila dpt tengok mereka tumbuh dan membesar dengan sempurna. Jantina pon dah nampak..Tapi mami tak nak bagitau sekarang.. hahaha..

Masa lepas tahu jantina twin masa buat details scan, Mami dan Abi gelak je manjang. Tak tau nak cakap apa. Dek kerana nak kan kepastian, kami ke Puchong mencari klinik yg ada khidmat scan 3D/4D. Malangnya mesin scan klinik tu rosak. Adeh..sabar2..mami cuba ingat2 balik QHC Medical ada buat jugak scan 3D/4D. Cuma tak pasti sama ada sonographer atau gayne yg buat. Gayne kat QHC semua lelaki. So untuk kepastian, mami call la QHC. Alhamdulillah sonographer yang buat dan beliau adalah perempuan. Mami set appointment keesokan hari nya..

Jumat, lepas balik sekolah, lepas hantar abang Danish ke sekolah KAFA, mami terus ke QHC. Kejap je menunggu, terus nama dipanggil untuk masuk bilik. Lepas tanya due date, sonographer yang mami tak tau nama sampai sekarang tu kata babies masih kecik so nanti gambar tak cantik. Mami perlu tunggu sekurang-kurangnya masa 22 minggu. 

So mami pon berterus-terang. Sebenarnya mami lebih kepada nak tahu jantina..hehe..Then cik sonographer tu layan jelah mami ni ha...dan hasilnya...jeng jeng jeng...sama macam Doctor Ramesh cakap semalam. kikikiki..

Mami cool saje..so set appointment masa 22 minggu plak nanti..
 
Haa tu dia..ni masa jumpa Doktor Khong di Hospital Serdang. Masa ni baby berusia 23 minggu. Doktor kata sorang normal sorang songsang. Tapi masih terlalu awal. Kedudukan mereka bila-bila masa je boleh berubah.

Twin A - 22 minggu

Twin B - 22 minggu

Ok ni hasil 2nd appointment dengan cik sonographer. Twin A, beliau kata muka rapat ke uri. Tangan sebelah atas muka Twin B. So Twin B pon x jelas sangat la mukanya. Cik tu kata puan datang lagi 2 minggu la, lebih kurang minggu ke 24. Harap-harap masa tu babies bagi kerjasama. 

Tapi bila masa yang ditunggu dah tiba, sama jugak hasilnya. Si A tetap la rapat ke uri, si B lagi dasyat, bagi belakang je tak nak pusing langsung..hu3..Ringkas cerita, cik tu suruh datang lagi selepas 2 minggu. Gigih la mami jejak QHC lagi. hahaha... Hasilnya...

 Twin A - 28 minggu
 
Twin A je yang bagi kerjasama. Kali ni Twin A takdelah rapat sangat ke uri..tapi tapi tapi....tangan nya pulak depan muka...hadoiiiiiii sayang...puas godek..tu jelah hasil terbaik..hu3..Twin B? Sama jugak..syok tido macam Twin A jugak. Siap bagi montot je ha..cik sonographer kata B tension kot sebab A tu asyik himpit dia je..stresss la tueee..hahaha...

Hah...ni kali ke-4 tau..cik tu suruh repeat lagi esok..adoiii mami tak sanggup dah. Plus kali ke-4 ni pon beliau kata free tak payah bayar sebab gambar tak cantik kalau nak print pon. Beliau siap bagi cd yang ada gambar dan video masa scan. Mami naik segan dah. Takpelah kalau babies nak buat surprise kat Mami dan Abi. Kami tunggu ye sayang....

Ok itu sajalah perkongsian kali ini. Panjang skit deh...hehehe...tq sebab sudi baca..semoga bertemu lagi ye..bye3..

Salam sayang..
~ Mami Ain ~



 




Sunday, 17 December 2017

My Twin Pregnancy Story Part 3 ~ Alhamdulillah Rezeki Berganda Buat Kami

Assalamualaikum semua..dan salam sejahtera..

Hari ni mami ada masa terluang skit, so bolehlah update story mory tentang baby berdua ni..

Sebagaimana yang mami dah share di Part 1, tapi saje dibiarkan tergantung gituuuu, hari ni mami nak sambung lagi tentang bila mami dan abi tau yang mami dah pregnant. Masa tu 11 Julai 2017. Cycle period mami dah hari ke-29. Selalunya menten 26-27 hari je. Last period 13 Jun..so nak tunggu 13 Julai atau nak cek upt terus?? Jeng3...mami nak tunggu 13 Julai? Memang tak la..hbs skolah terus pecut bawak keta pergi farmasi setelah dapat keizinan dari en. Abi.

Ringkas cerita, lepas tunggu 5 minit, tingggggggg....naik 2 line!!! Alhamdulillah.. rasa nak lompat bintang. Tapi x boleh..hehe..mami sujud syukur..Alhamdulillah terima kasih Allah. cepat2 wasap abi. Tapi kelentong dia, cakap yang mami dah terlanggar tiang masa nak gi farmasi tadi. Habis kemek baby VAG beliau yang baru berusia 3 minggu..keh3..Tapi abi cool je. Mintak nak tengok gambar. Mami send pic result upt tu..buntang mata dia..hahaha..

Syukur Alhamdulillah...Allah dengar doa kami berdua. Dikira-kira baru 4 minggu gitu la dari tarikh last period. Minggu depan nya abi bawak mami pergi scan kat Klinik Ajwa. Berdebarnya nak tunggu turn..macam anak 1st plak..haha..

Saat ditunggu dah tiba. Sampai je turn mami, lepas doktor soal siasat sikit tentang last period dan sebagainya, doktor suruh baring di katil. Lepas senyap dan fokus selama 5 minit, akhirnya doktor bersuara..Kembar la puan..Haaaa?? Kembar??? Mami tengok Abi..Abi tengok mami..automatik air mata ni turun dengan lajunya. Macam mimpi..antara percaya dan tidak. Allahuakhbar. Patutla kali ni susah sangat nak lekat. Rupanya Allah nak bagi rezeki berganda buat kami berdua..

Soalan pertama yang abi ajukan pada doktor bila tau kembar ialah - bercantum tak doktor? Nampak kerisauan kat muka abi. Dalam masa sama, nampak blur2 lagi muka abi masa tu..antara nak senyum atau tak sama banyak je. Masih terkejut agaknya!! Dengan senyum doktor cakap tak bercantum sebab kembar ni kembar tidak seiras -  2 kantung yang berbeza. Wow...penangan folic asid ni..terlebih subur jadinya sampai hasilkan 2 telur kali ni..hehe..tapi sebenarnya, semuanya atas kehendak Allah.

Alhamdulillah3...sampai sekarang mami tak putus2 bersyukur di atas kurniaan yang teristimewa buat kami sekeluarga. Babies membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah sehinggalah entry ini ditulis. Mereka dah berusia hampir 27 minggu dalam rahim mami.

Oklah..next entry mami akan kongsikan gambar2 scan mereka ok...

Salam syg...
~ Mami Ain ~

My Twin Pregnancy Story Part 2 ~ Prosedur Membuang Implanon

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Kali ni mami nak share tentang prosedur membuang implanon. Mami buka implan pada 2 Februari 2017. Sebenarnya ni adalah kali ketiga mami pakai dan buka implan. Walaupun kos untuk pasang implan agak mahal, namun mami dan abi lebih selesa menggunakan kaedah ini kerana ianya 99% terjamin selamat (dengan izin Allah). Tak payah nak pikir dah nak kena makan ubat ikut time, cucuk ikut time dan sebagainya.

Sakit tak masa buang? Lama tak masa yang diperlukan untuk buang? Jawapannya, tak sakit. Sama juga prosedur memasang implan, doktor terlebih dahulu akan cucuk ubat bius supaya tak rasa sakit. Masa yang diperlukan untuk memasang dan membuang implan tidak sama. Nak pasang kejap je, dalam 10 minit boleh siap. Namun prosedur nak buka agak makan masa juga, bergantung pada tahap 'kerjasama' yang diberikan oleh batang implan yang tertanam bawah kulit lengan kita tu.

Ada kes sorang kawan yang batang implan tu macam dah melekat dengan isi. Kawan mami buang selepas 3 tahun setengah pakai. Mami biasanya tak pernah sampai 3 tahun. Paling lama pakai yang ketiga ni lah, lebih kurang 2 tahun. Dan Alhamdulillah masa yang diambil tidaklah lama, hanya 20 - 25 minit sahaja. Implan boleh dipakai max 3 tahun dan ada yang 5 tahun. Ibu2 boleh pilih tempoh masa yang dikehendaki.

Batang implan dikeluarkan dengan cara doktor membuat torehan kecil di hujung salah satu batang implan. Luka torehan akan dibesarkan sesuai dengan saiz batang implan tadi. Alah...x besar mana pon..saiz batang mancis je..Lepas batang implan berjaya dibuang, doktor akan letak ubat seakan glue untuk menutup lubang/kesan torehan yang beliau buat tadi, dan tutup dengan pembalut. Biasanya doktor akan nasihatkan jangan bagi kena air kat tempat implan tu selama 3 hari bagi memastikan luka cepat sembut dan bercantum dengan sempurna. Selepas 3 hari, semua dah kembali normal. Hanya tinggal parut kecil sebagai kenangan abadi..hehehe...so mami dah ada 3 parut di bawah lengan belah kiri ni ha...

Mami share beberapa keping gambar di bawah ni ye. Gambar semua adalah dari sumber google. Tak kuasa mami nak snap gambar masa kejadian..hehe..

Sumber mr. Google

Sumber mr. Google : Ni la rupanya implanon tu sebelum pasang. Kecik comel je tuannya..

Sumber mr. Google : Tempat pasang adalah di bawah lengan. Kalau kita guna tangan kanan, doktor akan pasang di bawah lengan kiri. Sebab lepas pasang tu kita akan rasa lenguh skit..tu je sebabnya..kalau kidal, doktor akan pasang di bawah lengan kanan..

Sumber mr. Google : Proses cucuk ubat bius. Time ni jelah kalau nak rasa sakit pon. Sikit je..beranak lagi sakit..hehe

Sumber mr. Google : Ha tu dia...dah nampak dah. Bila dah nampak macam ni, doktor akan ambik pengepit dan akan tarik keluar cik implan kita..

Sumber mr. Google : Rupa selepas berjaya dikeluarkan. Agak bengkok skit akibat dari proses mengeluarkannya tadi..

Sumber mr. Google : Lesen besar..ehh bukan lesen. Kad ni ibu2 akan dapat selepas pakai implan. Mcm surat beranak implan tulah..Bila tarikh pasang, bila expirednya, belah mana pasang. Gituuuu..

Oklah..ini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Bye..

Salam syg..
~ Mami Ain ~