Syukur Alhamdulillah...itu sahaja mommy dan abi dapat lafazkan bila doktor sahkan jantung Ammar stabil, paru-parunya juga tiada masalah. Sujud syukur hanya padaMu Ya Allah..
Di saat mommy tulis entry ni, mata masih lagi basah. Tapi bila pusing sebelah tengok Ammar yang sedang tidur, lega rasa hati. Tidur sambil senyum-senyum!! Malaikat tegur ye sayang??
Ok..berbalik pada tajuk kali ni. Sekitar 9.30 pagi, Selasa 13 Mei 2015, telefon mommy berdering. Round pertama mommy buat tak tahu lagi sebab masa tu tengah mengajar. Tapi bila kali kedua berdering, mommy assume itu panggilan penting. Lepas minta izin dengan students, mommy ambil telefon. Tertera nama pengasuh Irfan dan Ammar. Sambil-sambil tu sempat fikir, mommy tertinggal botol Irfan ke arini? Tertinggal EBM Ammar ke? Rasa semua dah ada.
Diringkaskan cerita, Cikgu Ammar cerita yang Ammar menangis sampai muka jadi biru sekitar 8.30 pagi tadi. Masa tu cikgu dia nak angkat dan mandikan. Ammar nangis sampai sesak nafas, sebab tu jadi biru. Ya Allah...mommy terduduk atas kerusi, sambil sebelah tangan lagi pegang lengan student, menjadi kekuatan barangkali..
Cikgu Ammar kata masa dia call mommy tu, Ammar dah ok..dah boleh menyusu macam biasa. Tapi cikgu dia suruh jugak mommy dan abi datang taska tengok Ammar. Maybe nak bawak ke doktor ke. Mommy terus call pentadbir untuk cari cikgu gantikan kelas mommy. Lepas say sorry pada students sebab terpaksa tinggalkan kelas, mommy terus ke office untuk jumpa Pengetua. Call juga abi sebab mommy tak boleh keluar, kereta kena block!! Syukur, abi hanya 5 minit dari sekolah mommy. Thanks kawan-kawan yang tawarkan diri nak hantar mommy ke taska ~ Adik Feeqah, Ayu, K.Ton dan kawan2 yang tenangkan mommy serta gosok2 belakang mommy tadi suruh bersabar..sesungguhnya masa tu mommy tersangat blurrr!!!
Sampai di taska, cikgu Ammar dah dukung Ammar dan menunggu di depan pintu taska. Mommy tengok tiada yang pelik pada Ammar. Cuma dia agak diam dan tak senyum kat mommy dan abi. Terus kami bawa ke klinik keluarga kami, Klinik Medijaya di Taipan.
Otw ke Taipan tu baru mommy perasan di tepi kepala belah kiri Ammar ada kesan lekuk panjang dan atasnya bengkak sedikit. Mommy snap picture dan send pada cikgunya. Cikgu Ammar kata kalau jatuh tak mungkin sebab Ammar duduk dalam baby coat. Maybe terhantuk. Mommy juga rasa Ammar terhantuk sebab lekuk tu panjang, dan bukan lebam, macam trauma akibat jatuh.
Masa jumpa doktor, doktor kata pernafasan Ammar macam berbunyi sikit. Maybe masa nangis tu, saluran nafas dia tersekat, sebab tu la muka Ammar jadi biru. Doktor cadangkan untuk di refer ke hospital kerajaan, Hospital Putrajaya, kot-kot la ada kes dera. Tapi mommy rasa memang bukan kes dera. Hati mommy kuat kata Ammar terhantuk dan dia nangis kuat sangat sampai sesak nafas. Ammar sekarang sangat lasak, sedang berusaha untuk merangkak.
Lepas ambik surat refer, mommy dan abi tak ke Putrajaya, tapi kami ke QHC, namun tak diterima sebab Pakar Kanak-kanak duty belah petang, 6 pm onwards. Untuk kes macam Ammar, jangan tunggu lama, perlu segera ke mana-mana hospital yang besar. Nurse tu cadangkan Sunway Hospital. So ke sana la kami.
Sepanjang jalan, Ammar memang senyap je. Tidak aktif macam biasa. Senyum pun sekupang dua je, tak mekar macam biasa. Risau sangat!!!!
Diringkaskan cerita, bila dah dapat jumpa pakar kanak-kanak di Sunway Hospital tu, mommy cerita la apa yang berlaku dari awal hingga ke saat kami jumpa dia. Masa doctor dok cek-cek Ammar tu, Ammar boleh sengeh-sengeh, senyum-senyum dan badan meliuk lintuk, tendang-tendang kaki, happy macam takde apa yang berlaku tadi!! Allahuakhbar..Ammar mommy dan kembali!! Doktor nak cek denyutan jantung pon susah sebab Ammar nak berpusing meniarap..hehehe..
Ringkasnya lagi..tiada apa yang perlu dirisaukan. Maybe betul Ammar terhantuk. Dek kerana hantukan tu tersangat kuat, so Ammar pon menangis sekuat hati. Masa menangis, kita mesti tarik nafas sekuat-kuatnya kan? Dalam kes Ammar ni, Ammar seolah-olah 'terlupa' nak bernafas kembali, sebab tulah dia jadi sesak nafas. Allahuakhbar... Ammar..Ammar...macam tu pon boleh...
Syukur sangat-sangat bila doktor sahkan jantung Ammar ok, paru-paru juga ok. Bunyi-bunyi masa Ammar bernafas tu normal, tak perlu sedut kahak pon. Just pantau Ammar dalam masa 24 jam. Mommy perlu risau kalau Ammar tiba-tiba muntah, nangis tak berhenti tanpa sebab dan tidak aktif macam biasa.
Mommy ada juga search pasal kes Ammar ni, terjumpa la blog sorang mommy ni. Anak beliau pon pernah berkali-kali jadi macam tu. Dari komen-komen followers beliau jugak, anak-anak mommies lain pon pernah juga jadi macam tu..kesnya 'lupa' nak bernafas kembali.
Kes macam Ammar ni di panggil breath holding. Nak tahu lebih lanjut tentang breath holding, boleh baca di sini. Yang penting baby atau kanak-kanak yang spesis macam ni tak boleh di biarkan nangis terlalu lama, atau terlalu kuat. Dan kalau terjadi, mommies jangan panik. Angkat baby, peluk dan sambil tu gosok-gosok belakangnya. biasanya dalam 1 minit baby akan pulih. Tapi kena rujuk doktor juga ya!
Sorry...terpanjang pula coretan mommy kali ni. Lega rasanya bila semuanya dah berakhir. Ammar pon dah bangun tu. Dah berak dan menyusu macam biasa.
Tq Allah...
No comments:
Post a Comment