Sunday, 20 July 2014

5 Baiduri Dalam Kenangan

Assalamualaikum...salam sejahtera gojes sekalian..

Alhamdulillah hari ni dah hari yang ke 22 umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Alhamdulillah juga kerana masih diberi kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa tanpa sebarang halangan.

Hari ni sorang kawan dalam group whatsapp sekolah menengah upload gambar masa kami di tingkatan 5. Wallaweh...rindunya zaman sekolah. Sedar tak sedar dah hampir 15 tahun kami meninggalkan sekolah. SPM tahun bila? Kira sendiri ye..kikiki....

Saya percaya sesiapa sahaja yg pernah bergelar pelajar pasti akan ada kenangan indah yang terpahat.. Pastinya kita ada geng kamceng kita, cikgu feberet kita, grup budak laki yg kita tak suka sebab suka mengacau dan tak kurang juga senior yang kita minat!! hehe.. Saya dlu ada la suka 2-3 org senior. Tapi setakat minat nak buat abang angkat jelah. Kalau sy nak lebih2 pon kompem diorang tak nak..kikiki..

Alhamdulillah kami sekarang semua dah bekerja, dalam pelbagai bidang. Apa yang pasti, pencapaian zaman sekolah dahulu bukanlah penentu siapa kita di masa sekarang. 

Jom cuci mata..tengok muka suci kami masa sweet 17..hehe..

Cikgu2 kesayangan kami...

Sebahagian dari pelajar lelaki 5 Baiduri...

Sebahagian dari pelajar perempuan 5 Baiduri...

Salam sayang...
Mummy Ain....



Saturday, 19 July 2014

Popia Nestum


Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies manis sekalian..  

Hari ni saya nak kongsikan resipi popia nestum yg tersangat la best. Resipi ni saya dapat dari biras kesayangan yg anak2 panggil Cik Ros.. Bukan kak ros upin ipin ye..hehe..

Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan ye...

2 cawan nestum keluarga original - blend halus
1 cawan horlick
Gula pasir secukup rasa mengikut tahap kemanisan yang mommies nak - blend halus jugak
1 pek kulit popia besar (ada 50 keping)
Bancuhan tepung gandum sebagai pelekat (pekat)


Bahan2 yang diperlukan

Cara2 nak buat Popia Nestum ohsem :)

1. Nestum, horlick dan gula disatukan. Ketepikan.
2. Leraikan kulit popia. Saya ambik 10 keping dahulu untuk mengelakkan ia kering dan seterusnya keras.
3. Gulung seperti dalam gambar di bawah. Jangan gulung rapat2 untuk mengelakkan popia kita jadi keras selepas digoreng. Biarkan ada ruang udara di tengah2nya. (Agak2 seluas lubang straw). Lekatkan hujung gulungan dengan bancuhan tepung tadi.
4. Selepas siap gulung 10 keping, gunting secara menyerong mcm dlm gambar. Habiskan semua 10 gulung.
5. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga kesemua kulit popia habis.

Kulit popia yang telah digulung dan kemudian dipotong serong

6. Gorengkan kulit popia yg telah siap dipotong tadi ke dalam minyak yang banyak. Sesuaikan kepanasan minyak supaya kulit popia tidak hangus. Goreng sehingga habis.
7. Toskan kulit popia yang telah digoreng tadi seketika supaya minyak turun. 
8. Apabila dah agak suam, bolehlah digaulkan dengan bahan2 yg diblend td. Buat sehingga habis. Bolehlah di masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan.

*Saya lagi suka masukkan 4 sudu popia dan 2 sudu serbuk gaul td ke dalam botol. Tutup rapat2 lepas tu goncang. Gerenti semua kulit popia dapat serbuk nestum tu sama rata. Pastu baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kulit popia yang dah siap digoreng dan digaulkan dengan serbuk nestum, horlick dan gula

Dah siap!!! Senang je kan? Hope mommies sudi mencubanya.. Kalau ada anak2 yg besar skit boleh la ajak mereka buat sama2. Selamat mencuba!!!

Salam sayang...
Mummy Ain




Thursday, 17 July 2014

Kisah Sedih Di Taska..

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies semua..

Arini kebetulan ada masa terluang sebelum habis kerja, sy belek2 la fb jap tgk apa2 yg menarik di wall kawan2. Pukul 11 pagi confirm belum ada post yg berkaitan dengan juadah iftar..hehe.. Scroll ke bawah, balik2 org duk update pasal CDM 25. Erm sy kurang minat dah nak baca..hehe..biarlah dia.. Scroll2 lagi, terjumpa satu entry sorang ibu ni yg anak beliau di aniaya di taska. Kesian sungguh bila baca luahan hati ibu tersebut. Baby beliau baru umur 3 bulan.. Sampai hati pengasuh taska tu buat macam tu kat baby beliau.. Mommy boleh baca kisah ibu itu di sini...

Bila sebut tentang penjagaan anak, pelbagai reaksi yg boleh kita dapati dari pelbagai pihak. Bila timbul kes penderaan di taska atau pusat asuhan, ramai ibu2 yang kata sebab tu saya berhenti kerja dan jaga sendiri anak di rumah. Tidak dinafikan menjadi seorang suri rumah adalah tugas atau pekerjaan yang paling mulia. Namun tidak semua ibu yang mampu untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah. Macam saya sendiri, saya suka bekerja dan pastinya dengan redha suami. Sedikit sebanyak sy boleh bantu suami untuk menambah ekonomi rumahtangga, wlupun suami tak pernah meminta. Sedikit sebanyak juga sy dapat menyimpan, membeli barang2 yang saya suka dan paling penting dapat bagi dekat mak dan ayah di kampung, walaupun tidak banyak..

Dari sisi saya sendiri, saya sangat bersyukur kerana di temukan dengan pengasuh anak2 yg sangat baik hati. Pengasuh pertama yg menjaga Danish, seorang suri rumah..sangat baik hati. Sebaya saya je..Danish memanggilnya mama. Beliau sempat jaga Danish selama setahun setengah sahaja kerana saya dapat berpindah ke rumah sekarang. Namun perhubungan kami kekal terjalin sehingga sekarang. Pengasuh Kedua Danish seorang yang agak berumur, namun masih kekal cergas dan bertenaga. Kecik molek orangnya. Danish memanggilnya Mak. Lama juga Danish dijaga oleh Mak, sehingga Danish nak masuk 4 tahun. Bila 4 tahun Danish dan mula masuk playschool. Jodoh kami dengan Mak tak panjang. Irfan anak kedua saya tak sempat dijaga oleh Mak kerana mak telah berpindah ke kampung beliau di Meru semasa saya masih lagi di dalam pantang. 

Dari situ, bermulalah dilema saya suami isteri.. Siapa nak jaga baby Irfan nanti? Ada ke pengasuh @ taska yang boleh jaga baby yang fully breastfeed? Macam mana nt kalau pengasuh tak bagi ebm sy, tp main bagi je susu anak2 yg lain kat Irfan?? Arrgghhh..mcm2 sy fikir. Susah hati tau!!

Akhirnya kawan sy mencadangkan agar menghantar Irfan ke Taska Kasih Ibu, taska di mana anak2 beliau membesar. Kawan2 sama tempat kerja juga ramai yang hantar anak2 mereka ke situ. Taska Kasih Ibu dekat je dengan tempat kerja saya, lebih kurang 5 minit je naik kereta. So saya pun tawakkal je menghantar Irfan ke situ, dengan berserah sepenuhnya kepada Allah agar anak sy sentiasa di bawah lindungan-Nya. 

Alhamdulillah..pilihan saya tepat. Saya bersyukur sgt kerana owner yang anak2 memnaggil beliau dengan panggilan Ibu sgt baik hati dan ikhlas menjaga anak2 di situ. Pekerja Ibu ~ Bie dan Yati yg anak2 saya panggil kakak juga sangat penyayang orangnya. Makan pakai Irfan dan kadang2 Danish turut saya tumpangkan di situ jika perlu bekerja di hari Sabtu cukup terjaga. Irfan pula menyusu badan sepenuhnya sehingga umur 1 tahun 3 bulan. Sejak dihantar dari Irfan berumur 4 bulan sehinggalah 1 tahun 3 bulan, Irfan diberi ebm yang saya bekalkan sepenuhnya. Jika ebm saya tidak cukup, Ibu akan call dan bagitau susu kehabisan. Dengan izin ketua jabatan, saya akan keluar kejap untuk menghantar ebm yang baru di pam ke taska. Indahnya saat itu. Allah dengar doa saya supaya dipermudahkan perjalanan saya untuk membesarkan Irfan dengan air susu saya sendiri, temukan saya dengan pengasuh yang baik hati serta dapat menyayangi anak2 saya seperti anak mereka sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik dan jasa baik mereka..

Oklah..setakat ni dulu coretan kali ni ye..mami dah sakit pinggang ni. Nak gi makan durian..hehe..Aikss..apa kaitan durian dengan sakit pinggang? hehe...confirm2 takde kaitan..hehe..

Salam sayang semua..muaahhhsss..




Wednesday, 9 July 2014

Puree For Baby Part 1 ~ Brokoli + Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni mummy nak cerita tentang puree for baby yg dah cecah 8 bulan ke atas..mommies blh semak carta makanan ini sebagai panduan makanan apa yang sesuai ikut peringkat umur bayi.

Masa anak 1st, Muhammad Adam Danish, mummy tidak berkesempatan untuk buat puree atau bubur nasi untuk dia. Danish jenis kurang makan. Dia lagi suka makanan kat rumah pengasuh dari bubur tawar mummy tu..Haishhhh...

So, dengan anak kedua la baru mummy dapat merasa nikmatnya menyediakan puree for my baby, Muhammad Danial Irfan. Kuat makan tau. Tidak pernah reject apa-apa sahaja puree yang mummy sediakan. Alhamdulillah..

Ok..panjang pulak mukaddimah ye..hehe..arini kita try buat puree brokoli + kurma ye..

PUREE BROKOLI DAN KURMA

Bahan : Brokoli, kurma @ kismis

Pilih brokoli yang segar dan bebas ulat

 Cara nak masak :

1.   Potong dan bersihkan brokoli. Buang sedikit bahagian batangnya tu. Belek betul-betul supaya cik ulat tak masuk sekali dalam puree ye..hehe

Dah basuh bersih, toskan.

2. Bersihkan kurma. Buang biji. Selalu mummy guna 3 biji. Ikut berapa bekas puree yang kita nak hasilkan. Kalau banyak, bolehla lebihkan kurma tu. Selalunya juga mummy ambil bilangan ganjil ~ 3, 5, 7 biji. Kalau nak gantikan dengan kismis pon boleh, ikut bilangan ganjil jugak. Kurma dan kismis kan makanan sunnah. Baik untk pertumbuhan rohani baby. Insha Allah. Selain sebagai makanan sunnah, kurma dan kismis akan beri sedikit rasa kat puree tu. So xde la tawar sangat kan.

3. Dah sedia semua bahan, masukkan dalam periuk. Mummy lagi suka rebus berbanding stim. Penah stim tapi macam tak masak je. Ke mummy yang tak sabar menunggu? Hehehe..Masukkan sedikit air, jangan terlalu banyak sebab nanti kita nak ambil semua air tu masa nak blend. Kalau terlebih air cair plak puree tu nanti. So sukatannya sedang-sedang saja. Cukup hingga menutupi cik brokoli kita ye.

Sedia untuk direbus!!

4. Bila dah masak, tutupkan api dan biarkan sejuk seketika. Pastu masukkan dalam pengisar/blender dan kisar sehingga betul-betul halus. Bahagikan kepada beberapa bekas. Kuantiti puree jangan terlalu banyak dalam satu-satu bekas. Baby kan kecik lagi. Takut tak habis nanti.

Tadaaaa!! dah siap..
 
Okeh..mission complete! Yummy2.. sedap nih..mummy pon suka..hehe..Selamat mencuba ye!!
 
Salam sayang..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545
 
Nak slim dan gojes menjelang Aidilfitri? Ada sesuatu yang menarik di sini. Check it out!! 


Thursday, 3 July 2014

Persediaan Solid Food Untuk Baby 6 Bulan ke atas

Throwback!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindunya zaman buat solid food untuk Irfan. Gigih tau cuba macam-macam resipi. Alhamdulillah Irfan suka. Kuat makan budaknya..hehe.. Tak macam Danish intan payung yang sulung..Kurang makan..kuat minum susu je. Bubur yang mummy buat kompem tak nak makan kata pengasuhnya. Tapi kalau bubur kawan punya nak pulak makan..haish...mummy masak tak sedap kot masa tu..huhuhuhu..

Entry kali ni kita jenguk2 je dulu apa peralatan yang mummy beli sebagai persediaan membuat solid food untuk baby 6 bulan ye. Ni 2012 punya cerita..kata throwback..hehe..

Nah..ni je mummy beli..bekas2 tu semua untuk simpan puree yang akan di bekukan dalam freezer. Ankku ada..Tupperware ada...tipu ware ada..brand Apple Lady pon ada..


Next entry saya kongsikan resipi pulak ye.. Bukan bagus sangat pun saya ni..still lagi belajar2. Yang penting homemade dan hasil air tangan sendiri untuk si manja tersayang..

Berminat untuk dapatkan set berpantang dan menyusu Shaklee yang ohsem? KLIK SINI ok...

Salam manis...
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545

Wednesday, 2 July 2014

Bonus Aidilfitri 2014..

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua.

Confirm!!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2014:

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2014.

2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2014.

3. Dibayar tahun ini juga.

4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.

5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.

2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal

3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.

4. Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.

5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja.

Kejar beb. Jgn tak kejar.

Asyik kira duit jek kan. Sesekali kira la pahala yang ada.

Cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni ?

Hehehe..

Pesan kawan utk kawan:
Moga kita sama-sama byk pahala bekal ke syurga.

Salam manis...
Mummy Ain