Tuesday 17 March 2015

Pump Mommy Tertinggal di Rumah Mama [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 5]

Assalamualaikum semua...

Kisah sadis ni terjadi masa banjir besar Disember 2014 hari tu. Mommy ada ceritakan di sini.

25 Disember 2015, bila air dah semakin naik, MIL dan FIL mommy dah atur strategy nak datang dari Panji, menyelamatkan mommy dan anak-anak. Husband nun jauh di Subang Jaya gelisah macam kucing nak beranak..kikiki..So ringkas cerita, mommy pek2 beg mommy dan anak2, beg susu abang dan adik, pastu ready tunggu Tok Abah sampai.

Kami sampai di Panji rumah MIL sekitar jam 4.30 petang. Masa tu mommy dah rasa breast bengkak. Ammar plak dah terlebih kenyang, syok duk tidur. Bila dah setelkan abang dan angah makan karipap yang TokMa goreng, mommy pon masuk bilik, cari pam. Aiiyooooo....mami tak bawak!! Tertinggal di rumah Mama. Adeh...macam mana ni..baby Ammar dah tidur. Nak pam x de pam..Nak marmet tak pandai..huk2..

So penyelesaiannya, Mommy cari angah..suruh directfeed..Ohh suka sangat la dia, dah lama cuba-cuba nasib nak df dengan mommy. Masa ni angah dah 2 tahun 2 bulan. Dah tak boleh nak minum susu mommy dah kiranya sebab angah dah besar, boy pulak tu..Tapi kali ni terpaksa sebab darurat..hehe..

So kesimpulannya, seminggu mommy di rumah MIL, ada la 3 kali mommy mintak tolong angah untuk clearkan susu mommy. Tu pun badan dah seram sejuk macam nak kena demam bengkak susu.. sakit ooo...penah kena masa dalam pantang bersalinkan Angah Irfan. 

Oklah..sampai sini je ye..nanti mommy sambung lagi..

Sayang semua..muahhhss..

Nota cinta : Jom tengok Part 6
Part 4? Boleh baca kat sini ye..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

No comments: