Thursday, 5 March 2015

Single Pump atau Double Pump? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 2]

Assalamualaikum...

Entri kali ni, mommy nak share pasal breast pump. Seperti tajuknya...single or double pump??  Pam pula perlukah yang mahal? Yang branded? Semuanya tepuk dada tanya poket ye mommy..hehe..

Masa anak kedua dulu, mommy pakai single pump jenama Pureen. Pam Pureen ni mmg ohsem. Ia beroperasi dengan dua cara. Nak pakai adaptor boleh, nak pakai bateri pon boleh. Pam ni sangat ringan dan tak banyak parts. Murah plak tu..RM150 sahaja..Dan tahan lasak jugak. Sempat la mommy pakai kejap masa dalam pantang selepas lahirkan Baby Ammar.

Sumber : Encik Google

Setelah dah berpuas hati dengan Single Pump Pureen ni, mommy bercita-cita nak pakai double pump pula. Kenapa double pump? Sebab utama adalah disebabkan masa kerja mommy. Cikgu bukan ada banyak masa free setiap hari. Lepas tamat sesi persekolahan pon belum tentu cikgu free..huhuhuhu..So mommy fikir, kalau guna double pump, ada  masa free 15 minit pon mommy boleh pam dengan tenang. Dok gitu?? Hehe..

Maka, bermulalah misi mommy mencari double pump. Mommy nak yang mampu milik je, mahal-mahal tak mampu...hehe..so cari punya cari, terjumpalah pam Spectra M1.. ermmm macam best jugak. Mommy tengok iklan promosi dalam fesbuk. Ada diskaun!! Suka3....apa lagi, terus minta duit dengan En. Husband n terus order. Seminggu kemudian smpai la...taraaaaa...

Comelnya model..kikiki

Spectra M1

Inilah harta kesayangan mommy sekarang.. Alhamdulillah banyak membantu mommy dalam usaha kumpulkan ebm untuk Baby Ammar. 

Terima kasih Allah!!!

Nota cinta : Jom baca Part 3
Terlepas Part 1? Boleh baca di sini.



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

No comments: