Monday, 30 March 2015

Ajar Baby Ammar Minum Botol [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 10]

Assalamualaikum..

Ermmm sedar tak sedar, lagi 3 minggu mommy dah nak naik kerja. Kejap je rasa. Mana tak rasa kejap. Ammar lahir masa lagi seminggu nak cuti sekolah. Dah la mommy ambik cuti 2 minggu awal. So nanti Ammar baru umur 2 bulan setengah bila mommy masuk kerja nanti.. Huhuhuhu...kecik lagi..sian Ammar..

Memandangkan lagi 3 minggu nak naik kerja, mommy dah berkira-kira nak ajar Ammar minum guna botol susu. Karang buat nya tak nak botol, buat naya je mommy kumpul EBM banyak-banyak, siapa nak minum? 

So, botol apa nak mula dulu? Sebenarnya belum beli pun lagi apa-apa botol untuk Ammar, sebab mommy tak keluar pergi mall pon. Abi la sibuk sangat kerja. Usha-usha dengan kawan-kawan, ramai yang kata try cuba Avent. Seriously mommy belum cuba Avent kat anak-anak ~ abang dan angah. So why not kita cuba brand Avent untuk Ammar kali ni.

Mommy kirim pada Abi suruh beli botol Avent untuk new born baby. Tak tau la betul ke tak abi beli nanti..hehe..So sementara tunggu abi balik dari kerja, mommy godek-godek laci tempat simpan botol-botol susu abang dan angah. Jumpa la 1 botol kecik brand Anakku. Try la kat Ammar..

Jeng-jeng-jeng...Ammar buat muka pelik.. Erm maybe puting Anakku ni belum cukup lembut buat Ammar, compare to mommy nye nipple. Takpe mommy...takpe...sabar..cuba lagi..

Petang skit, abi balik, bawa balik Avent Classic. Dengan gelojohnya mommy cepat-cepat basuh, sterilkan dan letak ebm. Cari Ammar kat depan tv...dengan lemah gemalai mommy bagi Ammar minum.. ermm...macam ok..Ammar nak la...tapi...1oz je luak, pastu Ammar rejek.. hukss..

2 hari jugakla mommy cuba bagi Avent Classic tu. Feedback dari kawan-kawan bila mommy tanya-tanya pasal brand Avent ni, ramai yang cakap untuk baby baik cuba Avent Natural..pulak...banyak jenis rupanya..Adeh....so mommy whatsapp abi, suruh beli nipple je, Avent Natural. Rasanya fit kot nipple Natural dengan botol Classic. 

Skali kurang fit daa...Susu yang keluar ikut lubang angin lagi banyak dari yang masuk ke dalam mulut Ammar. Habis basah baju Ammar..mcm botol bocor gitu..hadulaaaaa....mommy dah buntu..

Esoknya..mommy ternampak nipple Spectra, yang mommy dapat masa beli set Spectra M1. Lembut je nipple ni..cuba la, mintak-mintak la fit dengan botol Avent Classic tu, dan Ammar nak minum. Ermm...Ammar suka...1st round, luak 2.5oz..good job baby..perkembangan positif..mommy suka!!

Sorang kawan bagi cadangan, cuba bagi brand MAM kat Ammar. Sebab kwn mommy tu bagi MAM je kat dua-dua anaknya. Ok, masuk list. Nanti mommy nak cari kalau keluar nanti.

Ok, sampai bersiaran kembali...tata..

Nota cinta : Jom baca Part 11
Terlepas Part 9? Jom baca di sini

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)


Sunday, 29 March 2015

Alhamdulillah Deep Freezer Mommy In Da House!! [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 9]

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dah mommy ceritakan di Part 8 yang lepas, mommy dah beli upright deep freezer. Now, deep freezer mommy dah sampai...Tadaaaa!!! Transfer terus ebm dari freezer tuh..hehe..

Upright Deep Freezer Brand Hesstar

Alhamdulillah...rezeki Allah bagi lebih sikit bulan ni buat abi dan mommy. So dapat la beli deep freezer ni. Lepas-lepas ni kalau dah tak nak pakai untuk simpan ebm, boleh pakai untuk simpan lauk pauk mentah...ehhh..lambat lagi kot..Ammar baru 4 bulan..dah adik lagi katanya...hehe..

Dengan adanya df ni, semangat mommy nak kumpul ebm makin membara hokayyy!! Seriusss...suka nooo tengok deep freezer makin penuh..senyum manjang..

Oklah...nanti sambung lagi deh...bye..hehe

Nota cinta : Jom baca Part 10
Terlepas Part 8? Boleh baca di sini.

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

Saturday, 28 March 2015

Misi Mencari Deep Freezer [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 8]

Assalamualaikum...

Mommy dah lupa berapa hari bulan, tapi yang pasti, hari nya adalah hari Sabtu. Mommy berjaya pujuk Abi untuk keluar mencari deep freezer hari ni. Ngeh3..

Pencarian kami bermula di Seng Heng Taipan. Naik tingkat 1, ada pelbagai peralatan elektrik kat situ. Tapi deep freezer ada display sejenis je, tu pun jenis cheast deep freezer jenama Elba. Harganya mommy dah lupa..kikiki..

Percarian diteruskan ke Shah Alam. Kat sana ada satu outlet Courts Mammoth yang boleh tahan juga besarnya. Ia terletak di L1-25 B, Persiaran Setia Dagang, Alam Nusantara, Shah Alam. Tapi, pencarian kami tidak mendatangkan hasil juga. Kat sini langsung tiada deep freezer, sama ada jenis cheast or upright. Hu3...frust nonggeng plus lenguh kaki kejar abang dan angah dalam kedai courts tu. Pekerja yang bertugas tu kata, outlet di USJ 1 maybe ada sebab situ paling besar untuk Selangor. Erkkk...USJ 1? Alamakkkkkkk!!!! Kenapa mommy dan Abi boleh lupa kat USJ pon ada Courts Mammoth??? Selalu sangat pegi Mydin Mall sb dekat je ngan rumah kami. Dan courts sebelah tu je!! Hadoiii...

Adehhh...Nak tak nak, kami pusing balik dari Shah Alam balik ke Subang Jaya. Tapi perut dah lapar ni..Belum lunch kot. Abang dan angah pon dah mula bising. So kami singgah la makan kejap di sebuah kedai makan yg diberi nama Nasi Kak Wook. Nasi ni berasal dari Kelantan. Ni dikira cawangan la ni, terletak berhampiran Uitm Shah Alam.

Dah kenyang, pencarian diteruskan. Sampai la kami di Courts Mammoth USJ 1. Mommy masuk sorang je. Abi jaga rakyarts jelata dalam keta. Wahhhh...sangat besar CM yang ni. Saujana mata memandang. Mommy terus menuju ke bahagian freezer. Pon sama, yang jenis upright xde jugak dipamerkan. Mommy nak tengok cemana rhupenya upright tu..huk2. Yang ada 3 jenis cheast df, dari 3 brand yang berbeza serta harga yang berbeza.

Mommy send pic via whatsapp kat abi, tanya ok tak kalau beli jenis cheast je. Abi reply ikut suka Mommy la, kalau ada stock ambil jelah. Skali ketiga2 brand tu kena order dulu dan ambil masa lebih kurang 3 minggu. Erkkkk....mommy ada cakap tak tadi kalau boleh nak hari ni jugak df tercongok kat rumah?? OOooo takde ye..hehe. EBM Ammar dah penuh, so nak tak nak mesti dapat paling lewat dalam masa 2 hari untuk transfer kesemua EBM tu.

Masuk dalam kereta, bincang dengan Abi. Abi dah mula give up dah, penat dan ngantuk sebab baru lepas lunch. Mommy kata kita kena beli hari jugak, kalau tak nanti susu Ammar rosak. Pastu tu esok atau lusa kena keluar cari jugak, baik settle kan hari ni juga. Mommy boleh kembali senyum bila abi cakap ok..hehe..

Kami ambil keputusan untuk kembali ke Taipan. Sebab kat situ, selain Seng Heng, ada 2-3 jenis kedai menjual peralatan elektrik juga, cuma mungkin ia tidak se glamer Seng Heng. Di salah satu bangunan, ada 3 buah kedai menjual barangan elektrik. So mommy masuk kedai yang pertama, Onking.  Kat sini upright jenama Elba ada dijual, cuma kena order, dalam masa 3 hari boleh dapat..alaaa...lambat la pulak.. harga pon boleh tahan, dalam rm1500++ gitu. So, mommy kata tak pe lah, saya survey dulu kat kedai lain.

Mommy masuk pula kedai kedua, HLK Sdn. Bhd. Macam kecik sikit kedai ni, ada ke tak upright df ni. Bila tanya-tanya pekerja situ, ada upright df, tapi jenama Hesstar. Ada yang display so boleh la mommy tengok. Woowww...ok jugak, macam lawa je, macam besar je..Ada 6 layer semuanya. Mommy tanya kalau order, bila boleh dapat. Pekerja tu kata esok!! Weeheee....!! Ok, saya nak beli!! Haha..nampak x betapa gelojohnya mommy. So kami terus ke kaunter, isi borang, bayar dan siap!! Boleh balik tido dan tunggu df mommy sampai esok. Wakaka..

Alhamdulillah..pencarian kami berakhir..tak sabar tunggu Ahad datang menjelma..hehe..

Ok..bye...

Nota cinta : Jom baca Part 9
Terlepas Part 7?  Boleh baca di sini.

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

Tuesday, 17 March 2015

Deep Freezer ~ Chest vs Upright [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 7]

Assalamualaikum semua...

Sehari dua ni kerja mommy bila online, mesti tengok deep freezer..Masalah penempatan ebm dah makin kritikal nih..dan mommy memang perlukan deep freezer (mintak2 abi baca entry ni..kikiki)

Deep freezer ni ada 2 jenis..dan sudah tentu pelbagai jenama dan harga..

1. Chest Deep Freezer
 Sumber : En. Google

2. Upright Deep Freezer

Sumber : En. Google, Jenama Elba

Kalau jenis chest, perlukan banyak ruang sebab ia lebar. Kalau upright, jimat ruang sebab ia tinggi ke atas..Dah la banyak space, 6 drawer u..ermmmm...tapi..harga dalam RM1200 keatas la..Chest deep freezer pula dalam RM600 dah boleh dapat.

Kalau ikutkan mommy, dapat yang chest pon syukur Alhamdulillah. Tapi review dari rakan-rakan blogger dan Shaklee, kalau mommies jenis susu banyak, baik beli upright terus. Kalau pakai chest, kejap je penuh.

Abi plak suruh mommy ambik upright je. Yang chest katanya nanti mommy tertonggeng masuk dalam freezer masa nak susun ebm...kah3...ok, mommy bg 5 bintang sebab abi pandai buat joke...hehehe..

So.....chest ke upright pilihan mommy?? Nantikan di entry Part 8 ok..
Mommies gojes boleh baca Part 6 kat sini.
 

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)


Alhamdulillah EBM Ammar Makin Memenuhi Freezer [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 6]

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah..makin lama, makin banyak EBM untuk baby Ammar yang terkumpul..Tq Allah kerana memudahkan segalanya. Diam tak diam freezer mommy dah semakin penuh. Bahagian makanan mentah pon sendat dengan makanan basah, so EBM dah tak boleh nak celah dah. 

Haruskah mommy beli deep freezer?  Macam harus je, macam harus je...hehe..Kena gosok2 En. Husband ni..Kalau extra gosok, dapat kot deep freezer tu...kah3...

Ok..mommy belanja gambar k..

Mommy saje beli barang basah dan fastfood banyak biar peti nampak makin penuh..untung-untung boleh beli deep freezer..hew3...

Salam sayang..bye2..

Nota cinta : Jom tengok Part 7
Tertinggal Part 5 boleh tengok sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)