Saturday, 4 November 2017

My Twin Pregnancy Story Part 1 ~ Dugaan Sebelum Pregnant

Assalamualaikum semua...

Dah lama nak share kisah mengandung kembar kali ni.. masa entry ni di tulis, twin dalam perut mami dah 5 bulan usianya. Syukur tidak terhingga. Kami antara pasangan yang terpilih untuk merasai mempunyai anak kembar. Mami pula terpilih untuk merasai mengandung anak kembar, setelah mempunyai 3 orang anak lelaki dan semuanya single pregnancy.

Kisah bermula bila mami dan abi dah sepakat nak tambah baby lagi. Masa tu Februari 2017. Ammar anak ketiga (kami panggil Abg Chik) dan berusia 2 tahun pada November 2016. Jadi boleh la tu nak tambah askar, ye tak..hehe..

Untuk family planning, mami pakai implanon. Senang..tak payah nak pikir nak makan ubat atau kena patuh tarikh appointment untuk pegi cucuk. Nanti boleh baca pengalaman mami pakai dan buang implan untuk tiga-tiga anak kat sini ye.

Mami buka implan pada 2 Februari 2017 di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. Ni 1st time mami ke sini. Dari hasil carian tanya mr. Google, Klinik Ajwa Seksyen 7, ada doktor perempuan yang blh buat prosedur membuang implan. 2x sebelum ni mami buka di klinik lain, tapi kali ni malas menuju ke belah Puchong sana - Klinik Medi-Nur.

Lepas selesai prosedur membuang implan, mami dan abi balik kerumah dengan penuh harapan.. ececehhhh...Bukan apa..kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, mami tak ambil masa yang lama untuk pregnant. Paling lama masa nak lekat ke Angah. 2x period sahaja, mami dah sah pregnant lagi. Alhamdulillah...itu semua kerja Allah kan...

Namun...selalunya apa yang kita rancang tak semuanya menjadi kan. 7 Februari 2017, mami mula tak sihat - selsema yang dah hampir sebulan sebenarnya. Tapi hari tu macam makin teruk. Selsema teruk sampai tahap berdengung telinga. 8 Februari 2017, dah start pening pulak. Macam hilang imbangan kalau time berdiri. 10 Februari 2017, Jumaat, mami dah mula demam!! Kemuncaknya adalah malam 12 Februari 2017. Demam tinggi, suhu mencecah 39.8. Malam tu ke klinik 24 jam sb takut denggi. Tapi doktor suruh datang pagi untuk buat prosedur ambil darah untuk test denggi ke tak. Maka MC la mami esoknya, sebab esoknya Isnin.

Esoknya mami terus ke klinik Medijaya, klinik feveret kami sejak dari Abang baby lagi. Doctor Ng buat surat refer untuk ke Sunway Medical Hospital (SUNMED), sebab beliau tak rasa mami kena denggi. tanda-tanda yang ada pada mami pada masa tu lebih kepada masalah telingan dan sinus.

Maka diringkaskan cerita, selepas jumpa pakar di SUNMED, selepas buat CT Scan Imbasan kepala dan otak, mami disahkan kronic sinusitis. Mami kena masuk wad untuk on antibiotik. Selepas hari ketiga dan mami masih tiada perubahan, doctor decide untuk buat minor operation - nasal endoscopy untuk sedut semua kuman dan lendir yang dah block saluran hidung mami. Huhuhu...perit kalau ingat2 balik.

Jadi...seminggu di wad bermula 13 Februari 2017. 15 Februari 2017, mami period. Takpe..masih awal. Kan baru seminggu je buang implan...tak kan dah terus pregnant kot (ayat sedapkan ati)..hehehe. 

Mami sihat sepenuhnya selepas lama berehat - seminggu di wad dan seminggu rehat di rumah, mami pergi kerja seperti biasa. Dalam masa sama berusaha untuk pregnant..hehe..siap belajar dengan kawan tips2 untuk dapatkan anak perempuan mengikut hari subur. Maklumla mami dan abi dah ada 3 hero. Jadi nak la merasa dapat anak perempuan pulak ye tak..hehe..

Tapi...tapi...tapi...Mac period..April pon masih period.. maksudnya dah 3 kali period lepas buka implan. Ohhh tidak..mami dah mula stressssssssss....kenapa susah sangat nak lekat kali ni...hu3.. Sabar-sabar..agaknya masih belum rezeki kami. Period elok je. Cycle pon cantik je..ada la tu hikmah nya nanti..

Oleh kerana keinginan nak pregnant lagi tu tinggi, mami plan untuk ambik folic acid. Mami cari kat farmasi dan disarankan untuk ambik multivitamin jenama Kordel's. Katanya brand ni antara yang terbaik untuk persediaan pregnant, dan bila dah pregnant nanti terus je sambung makan, xde masalah. Ini kerana kandungan folic asid yang tinggi disamping vitamin2 yang lain. Ini ha rupanya multivitamin tu..yang belah kanan tu zinkofer yang mami dapat dari KK..



Rutin mami berjalan seperti biasa..mula ambil folic acid bulan April. Mei masih period. Hujung Mei dah mula puasa..usaha tetap diteruskan..hehehehe...

Namun....Jun...mami tetap period. Masa tu puasa. Tapi kali ni datang awal. Tak sempat cycle cecah 27 hari. Pelik. Hati berbunga kot2 la tu spotting tanda penempelan ye tak? Period 1 hari 1 malam je..fresh blood.. aikkkk...pelik ni..x penah2 macam ni. lepas 2 hari, mami buat UPT test, namun -ve. Frust makcik...hu3...

Hujung Jun, raya. Takde apa yang pelik. Raya mcam biasa. Selera juga macam biasa. Cuma dah ada rasa nak muntah bila gosok gigi..jeng jeng jeng...ada good news ke????

Tunggu...nanti mami sambung Part 2 k..

Salam syg..
~ Mami Ain ~