Friday, 22 August 2014

Apa Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Semasa Bersalin


Okay mommies...
Kali ni mami tak larat nak tulis banyak-banyak..

Entry kali ni berkaitan dengan barang-barang yang mommies perlu bawa ke hospital semasa nak bersalin. Tapi jangan masa tengah sakit-sakit tu baru nak pack okay.. Barang-barang ni boleh disediakan seawal kandungan 7 bulan. Masukkan dalam beg elok-elok, dan masukkan dalam kereta siap-siap. Bawa la beg tu kemana sahaja mommies pegi. Sebab kita tak tahu kan bila masa kita nak bersalin. So, better siapkan awal-awal okay.

Okay mommies...check it out!!

Salam sayang..
Mummy Ain

Thursday, 21 August 2014

Masker ESP dan Alfalfa ~ Cantik Meletop dengan Shaklee

Meh nak bagi tips macam mana nak dapatkan kulit yang cantik dan gebusss...hehe

Ini salah satu daripada masker yang Ain suka pakai..

Ambil 2 biji alfalfa, campurkan dengan 1 sudu kecil ESP. Letakkan air secukupnya (jangan terlalu banyak nanti cair).. Hancurkan alfalfa dan gaulkan dengan ESP sampai sebati. Lembabkan muka dan bolehla ditempek dengan bancuhan masker tadi. Biarkan sehingga kering di muka. 

Masa nak basuh nanti, basahkan jari jemari mulus sayang2 semua dan gosok muka dengan perlahan2, ala2 macam pakai scrub gitu. Jangan kuat-kuat sangat, sental manja2 je dah cukup, okay. Lepas dah puas menyental, bolehla dicuci seperti biasa.

Senang je kan? Modal pun kecik je..sambil2 buat makan as a supplement, Alfalfa dan ESP ni boleh juga dijadikan sebagai masker untuk tampil cantik berseri.

Okay dear...selamat mencuba. Kalau berminat nak dapatkan Alfalfa dan ESP, bolehla order dengan Ain sekarang okay!! Just sms/whatsapp/call Ain di 014-9270545.

Salam sayang..
Mummy Ain..




Wednesday, 20 August 2014

Sarapan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni Ain nak kongsi sarapan berkhasiat untuk ibu-ibu mengandung. Ain ambil set ni sejak mula-mula disahkan hamil anak ketiga. Walaupun kandungan ketiga ni saya mengalami alahan yang teruk (sehingga 6 bulan u olss!!) sehingga tak lalu makan, saya tetap cergas dan bertenaga. Rahsianya, set super duper yummy ni lah!!

Set sarapan berkhasiat ni terdiri daripada ESP dan Mealshakes. Mommies boleh gabungkan kedua-duanya dengan apa-apa sahaja minuman kegemaran mommies. Saya suka campurkan dengan jus oren, fresh milk dan sebagainya. 

Tak rugi kalau mommies semua mencuba. ESP dan Mealshakes mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Cubalah sekarang!!

Okey sayang semua...jumpa lagi di lain entry okay!!

Mummy Ain..
#sayajualShaklee

* sebarang pertanyaan atau order, boleh terus sms/whatsapp/call Ain okay...014-9270545

Tuesday, 19 August 2014

Testimoni Set Naikkan Berat Badan Shaklee

Assalamualaikum....

Entry kali ni berkaitan dengan set untuk naikkan berat badan Shaklee. Terlalu kurus pon tak cantik jugak kan. So, cantik manis semua boleh try esp untuk naikkan berat badan ok..

Kalau cantik manis tidak suka atau alergic dengan soya, so boleh digantikan dengan Mealshakes. Namun yang pasti, cara pengambilan ESP atau Mealshakes untuk naikkan berat badan berbeza dengan nak turunkan berat badan ok..jangan salah cara ambil pula ye!! hehe

Nak tahu cara pengambilan yang betul, boleh hubungi Ain okay.. Cantik manis boleh sms/whatsapp/call Ain di 014-9270545. 

# nak slim melim? Jom ushar set pelansingan di sini okay!!


Pancake Yang Mudah dan Sedap ~ Pancake Mealshakes

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semasa entry ni ditulis, kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Sabtu, 23 Ogos 2014 nanti sekolah saya akan mengadakan sambutan merdeka raya..mesti best..makan-makan lagi!!

Sebut pasal makan-makan, arini Ain nak share resipi pancake simple yang selalu ain buat kat anak-anak. Resipinya sama je macam yg mommies semua buat, bezanya Ain campur dengan sedikit mealshakes untuk tambahkan lagi khasiat dan rasa sedap pancake tersebut.

Resipi ringkas Pancake Mealshakes 

1 cawan tepung gandum
2 sudu planta 
1 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit air

Cara nak buat :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blander, kisar sehingga semuanya sebati. Pastikan tiada tepung yang masih berketul.
  2. Panaskan  non-stick pan. Tuangkan sedikit adunan tadi mengikut saiz yang mommies nak. Biarkan dalam seminit. Bila nampak adunan tadi macam berbuih tu, bolehlah diterbalikkan. Bolehlah diangkat bila dah masak.
  3. Ulangi langkah di atas sehingga semua adunan habis. Siap untuk dimakan..hehe

Anak-anak ain suka makan macam tu je sb dah ada rasa manis2 lemak dari gula dan mealshakes tadi. Best wooo...wangi...bau french vanilla gitu..

Okeh mommies...selamat mencuba...


p/s : walaupun rupanya tak semenggah mana, tapi rasanya ohsem woooo...hehe


Mummy Ain
#saya pengedar sah Shaklee

Tuesday, 5 August 2014

Shawl Cantik Online

Assalamualaikum...

Tangkapan di hari raya..berminat boleh order kat sini tau.. Cer klik..

Sekian..hehe..



Salam gojes..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee
014-9270545

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...
Salam Syawal manis-manis semua...

Alhamdulillah kerana masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan dan Syawal bagi tahun 2014 ni. Dan Alhamdulillah lagi sekali kerana untuk kali ketiga nya saya diberi peluang untuk merasai berpuasa ketika sedang pregnant. Bezanya kali ini usia kandungan baru mencecah 5 bulan, tak macam Danish dan Irfan dimana kedua2 nya dah 8 bulan dalam kandungan masa tu.

Balik raya kali ni, buat pertama kalinya kami berempat tak menempuh jem!!! Wiiihiiii!! Kali ni kami balik awal..Jumaat pagi dah bertolak.. Saya takut sangat kalau terpaksa menempuh jem macam tahun-tahun sudah..16 jam dalam perjalanan USJ - Kelantan! Adehhh...

Paling best lagi, raya tahun ni turn rumah mak ayah saya dulu.. So agak terubat la kesunyian papa dan mama sebab saya sorang je yang cuti tahun ni. Anak2 bujang ~ Ayah Ngah dan Poksu tak dapat cuti. Maklumla baru kerja.. So susah la nak dapat cuti raya. Si Ayah Ngah cuti awal sebelum raya, Poksu plak raya ke-8 baru dapat cuti.. Kesiannnnnnn... ;( 

Raya kali ni agak best jugak sebab kami ada BBQ sambil sambut anniversary ma dan abah mertuaku pada malam raya ke 4. Kami berkumpul adik beradik ipar duai belah suami. Makan2 sampai lebam u olss..hehe.. Siang nya sebelum BBQ, kami berkampung di Renaissance Hotel Kota Bharu.. Ayah Long dan Che Long book bilik..so kami dapat mandi pool!! Seronok sangat..Kanak2 riang semua tak nak naik..hehe..

Keluarga belah abah mertua ada buat family gathering besar-besaran. Tapi kami dapat join masa hari last jelah. Tu pun just tunjuk muka je. Satu games pon tak masuk..segan la..ramai sangat. Main kejar-kejar tepi pantai jelah..kikiki...

Oklah..dah tak tahu nak cerita apa..kita tengok gambar jelah ye.. Biar gambar berbicara..hehe

Salam sayang..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545









Keluarga kecil kami bersama papa dan mama terchenta..







Bergurau mesra adik-beradik..Mesraaaa sangat..terlebih sudah..
















Raya umah sedara belah abi...


















Kejadian sebelum mandi manda terjadi..hehe
















Irfan yang dah kesejukan















Cik Ayu, Tokma, Cik Ros, Abang Danish, Mummy, Angah Irfan dan Rayyan.. Kami semua dah siap mandi!!

 
 Tokma dan Cik Long je takde ni..

 
Danish, Rayyan dan Aqib seronok main pasir ~ Pantai Melawi, Bachok, Kelantan

Acara kemuncak...hehehehe