Tuesday, 19 August 2014

Pancake Yang Mudah dan Sedap ~ Pancake Mealshakes

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semasa entry ni ditulis, kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Sabtu, 23 Ogos 2014 nanti sekolah saya akan mengadakan sambutan merdeka raya..mesti best..makan-makan lagi!!

Sebut pasal makan-makan, arini Ain nak share resipi pancake simple yang selalu ain buat kat anak-anak. Resipinya sama je macam yg mommies semua buat, bezanya Ain campur dengan sedikit mealshakes untuk tambahkan lagi khasiat dan rasa sedap pancake tersebut.

Resipi ringkas Pancake Mealshakes 

1 cawan tepung gandum
2 sudu planta 
1 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit air

Cara nak buat :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blander, kisar sehingga semuanya sebati. Pastikan tiada tepung yang masih berketul.
  2. Panaskan  non-stick pan. Tuangkan sedikit adunan tadi mengikut saiz yang mommies nak. Biarkan dalam seminit. Bila nampak adunan tadi macam berbuih tu, bolehlah diterbalikkan. Bolehlah diangkat bila dah masak.
  3. Ulangi langkah di atas sehingga semua adunan habis. Siap untuk dimakan..hehe

Anak-anak ain suka makan macam tu je sb dah ada rasa manis2 lemak dari gula dan mealshakes tadi. Best wooo...wangi...bau french vanilla gitu..

Okeh mommies...selamat mencuba...


p/s : walaupun rupanya tak semenggah mana, tapi rasanya ohsem woooo...hehe


Mummy Ain
#saya pengedar sah Shaklee

No comments: