Semasa entry ni ditulis, kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Sabtu, 23 Ogos 2014 nanti sekolah saya akan mengadakan sambutan merdeka raya..mesti best..makan-makan lagi!!
Sebut pasal makan-makan, arini Ain nak share resipi pancake simple yang selalu ain buat kat anak-anak. Resipinya sama je macam yg mommies semua buat, bezanya Ain campur dengan sedikit mealshakes untuk tambahkan lagi khasiat dan rasa sedap pancake tersebut.
Resipi ringkas Pancake Mealshakes
1 cawan tepung gandum
2 sudu planta
1 biji telur
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu Mealshakes Shaklee
Sedikit air
Cara nak buat :
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blander, kisar sehingga semuanya sebati. Pastikan tiada tepung yang masih berketul.
- Panaskan non-stick pan. Tuangkan sedikit adunan tadi mengikut saiz yang mommies nak. Biarkan dalam seminit. Bila nampak adunan tadi macam berbuih tu, bolehlah diterbalikkan. Bolehlah diangkat bila dah masak.
- Ulangi langkah di atas sehingga semua adunan habis. Siap untuk dimakan..hehe
Anak-anak ain suka makan macam tu je sb dah ada rasa manis2 lemak dari gula dan mealshakes tadi. Best wooo...wangi...bau french vanilla gitu..
Okeh mommies...selamat mencuba...
p/s : walaupun rupanya tak semenggah mana, tapi rasanya ohsem woooo...hehe
Mummy Ain
#saya pengedar sah Shaklee
No comments:
Post a Comment