Tuesday, 5 August 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...
Salam Syawal manis-manis semua...

Alhamdulillah kerana masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan dan Syawal bagi tahun 2014 ni. Dan Alhamdulillah lagi sekali kerana untuk kali ketiga nya saya diberi peluang untuk merasai berpuasa ketika sedang pregnant. Bezanya kali ini usia kandungan baru mencecah 5 bulan, tak macam Danish dan Irfan dimana kedua2 nya dah 8 bulan dalam kandungan masa tu.

Balik raya kali ni, buat pertama kalinya kami berempat tak menempuh jem!!! Wiiihiiii!! Kali ni kami balik awal..Jumaat pagi dah bertolak.. Saya takut sangat kalau terpaksa menempuh jem macam tahun-tahun sudah..16 jam dalam perjalanan USJ - Kelantan! Adehhh...

Paling best lagi, raya tahun ni turn rumah mak ayah saya dulu.. So agak terubat la kesunyian papa dan mama sebab saya sorang je yang cuti tahun ni. Anak2 bujang ~ Ayah Ngah dan Poksu tak dapat cuti. Maklumla baru kerja.. So susah la nak dapat cuti raya. Si Ayah Ngah cuti awal sebelum raya, Poksu plak raya ke-8 baru dapat cuti.. Kesiannnnnnn... ;( 

Raya kali ni agak best jugak sebab kami ada BBQ sambil sambut anniversary ma dan abah mertuaku pada malam raya ke 4. Kami berkumpul adik beradik ipar duai belah suami. Makan2 sampai lebam u olss..hehe.. Siang nya sebelum BBQ, kami berkampung di Renaissance Hotel Kota Bharu.. Ayah Long dan Che Long book bilik..so kami dapat mandi pool!! Seronok sangat..Kanak2 riang semua tak nak naik..hehe..

Keluarga belah abah mertua ada buat family gathering besar-besaran. Tapi kami dapat join masa hari last jelah. Tu pun just tunjuk muka je. Satu games pon tak masuk..segan la..ramai sangat. Main kejar-kejar tepi pantai jelah..kikiki...

Oklah..dah tak tahu nak cerita apa..kita tengok gambar jelah ye.. Biar gambar berbicara..hehe

Salam sayang..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545









Keluarga kecil kami bersama papa dan mama terchenta..







Bergurau mesra adik-beradik..Mesraaaa sangat..terlebih sudah..
















Raya umah sedara belah abi...


















Kejadian sebelum mandi manda terjadi..hehe
















Irfan yang dah kesejukan















Cik Ayu, Tokma, Cik Ros, Abang Danish, Mummy, Angah Irfan dan Rayyan.. Kami semua dah siap mandi!!

 
 Tokma dan Cik Long je takde ni..

 
Danish, Rayyan dan Aqib seronok main pasir ~ Pantai Melawi, Bachok, Kelantan

Acara kemuncak...hehehehe











No comments: