Sunday, 20 July 2014

5 Baiduri Dalam Kenangan

Assalamualaikum...salam sejahtera gojes sekalian..

Alhamdulillah hari ni dah hari yang ke 22 umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Alhamdulillah juga kerana masih diberi kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa tanpa sebarang halangan.

Hari ni sorang kawan dalam group whatsapp sekolah menengah upload gambar masa kami di tingkatan 5. Wallaweh...rindunya zaman sekolah. Sedar tak sedar dah hampir 15 tahun kami meninggalkan sekolah. SPM tahun bila? Kira sendiri ye..kikiki....

Saya percaya sesiapa sahaja yg pernah bergelar pelajar pasti akan ada kenangan indah yang terpahat.. Pastinya kita ada geng kamceng kita, cikgu feberet kita, grup budak laki yg kita tak suka sebab suka mengacau dan tak kurang juga senior yang kita minat!! hehe.. Saya dlu ada la suka 2-3 org senior. Tapi setakat minat nak buat abang angkat jelah. Kalau sy nak lebih2 pon kompem diorang tak nak..kikiki..

Alhamdulillah kami sekarang semua dah bekerja, dalam pelbagai bidang. Apa yang pasti, pencapaian zaman sekolah dahulu bukanlah penentu siapa kita di masa sekarang. 

Jom cuci mata..tengok muka suci kami masa sweet 17..hehe..

Cikgu2 kesayangan kami...

Sebahagian dari pelajar lelaki 5 Baiduri...

Sebahagian dari pelajar perempuan 5 Baiduri...

Salam sayang...
Mummy Ain....



Saturday, 19 July 2014

Popia Nestum


Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies manis sekalian..  

Hari ni saya nak kongsikan resipi popia nestum yg tersangat la best. Resipi ni saya dapat dari biras kesayangan yg anak2 panggil Cik Ros.. Bukan kak ros upin ipin ye..hehe..

Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan ye...

2 cawan nestum keluarga original - blend halus
1 cawan horlick
Gula pasir secukup rasa mengikut tahap kemanisan yang mommies nak - blend halus jugak
1 pek kulit popia besar (ada 50 keping)
Bancuhan tepung gandum sebagai pelekat (pekat)


Bahan2 yang diperlukan

Cara2 nak buat Popia Nestum ohsem :)

1. Nestum, horlick dan gula disatukan. Ketepikan.
2. Leraikan kulit popia. Saya ambik 10 keping dahulu untuk mengelakkan ia kering dan seterusnya keras.
3. Gulung seperti dalam gambar di bawah. Jangan gulung rapat2 untuk mengelakkan popia kita jadi keras selepas digoreng. Biarkan ada ruang udara di tengah2nya. (Agak2 seluas lubang straw). Lekatkan hujung gulungan dengan bancuhan tepung tadi.
4. Selepas siap gulung 10 keping, gunting secara menyerong mcm dlm gambar. Habiskan semua 10 gulung.
5. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga kesemua kulit popia habis.

Kulit popia yang telah digulung dan kemudian dipotong serong

6. Gorengkan kulit popia yg telah siap dipotong tadi ke dalam minyak yang banyak. Sesuaikan kepanasan minyak supaya kulit popia tidak hangus. Goreng sehingga habis.
7. Toskan kulit popia yang telah digoreng tadi seketika supaya minyak turun. 
8. Apabila dah agak suam, bolehlah digaulkan dengan bahan2 yg diblend td. Buat sehingga habis. Bolehlah di masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan.

*Saya lagi suka masukkan 4 sudu popia dan 2 sudu serbuk gaul td ke dalam botol. Tutup rapat2 lepas tu goncang. Gerenti semua kulit popia dapat serbuk nestum tu sama rata. Pastu baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kulit popia yang dah siap digoreng dan digaulkan dengan serbuk nestum, horlick dan gula

Dah siap!!! Senang je kan? Hope mommies sudi mencubanya.. Kalau ada anak2 yg besar skit boleh la ajak mereka buat sama2. Selamat mencuba!!!

Salam sayang...
Mummy Ain




Thursday, 17 July 2014

Kisah Sedih Di Taska..

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies semua..

Arini kebetulan ada masa terluang sebelum habis kerja, sy belek2 la fb jap tgk apa2 yg menarik di wall kawan2. Pukul 11 pagi confirm belum ada post yg berkaitan dengan juadah iftar..hehe.. Scroll ke bawah, balik2 org duk update pasal CDM 25. Erm sy kurang minat dah nak baca..hehe..biarlah dia.. Scroll2 lagi, terjumpa satu entry sorang ibu ni yg anak beliau di aniaya di taska. Kesian sungguh bila baca luahan hati ibu tersebut. Baby beliau baru umur 3 bulan.. Sampai hati pengasuh taska tu buat macam tu kat baby beliau.. Mommy boleh baca kisah ibu itu di sini...

Bila sebut tentang penjagaan anak, pelbagai reaksi yg boleh kita dapati dari pelbagai pihak. Bila timbul kes penderaan di taska atau pusat asuhan, ramai ibu2 yang kata sebab tu saya berhenti kerja dan jaga sendiri anak di rumah. Tidak dinafikan menjadi seorang suri rumah adalah tugas atau pekerjaan yang paling mulia. Namun tidak semua ibu yang mampu untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah. Macam saya sendiri, saya suka bekerja dan pastinya dengan redha suami. Sedikit sebanyak sy boleh bantu suami untuk menambah ekonomi rumahtangga, wlupun suami tak pernah meminta. Sedikit sebanyak juga sy dapat menyimpan, membeli barang2 yang saya suka dan paling penting dapat bagi dekat mak dan ayah di kampung, walaupun tidak banyak..

Dari sisi saya sendiri, saya sangat bersyukur kerana di temukan dengan pengasuh anak2 yg sangat baik hati. Pengasuh pertama yg menjaga Danish, seorang suri rumah..sangat baik hati. Sebaya saya je..Danish memanggilnya mama. Beliau sempat jaga Danish selama setahun setengah sahaja kerana saya dapat berpindah ke rumah sekarang. Namun perhubungan kami kekal terjalin sehingga sekarang. Pengasuh Kedua Danish seorang yang agak berumur, namun masih kekal cergas dan bertenaga. Kecik molek orangnya. Danish memanggilnya Mak. Lama juga Danish dijaga oleh Mak, sehingga Danish nak masuk 4 tahun. Bila 4 tahun Danish dan mula masuk playschool. Jodoh kami dengan Mak tak panjang. Irfan anak kedua saya tak sempat dijaga oleh Mak kerana mak telah berpindah ke kampung beliau di Meru semasa saya masih lagi di dalam pantang. 

Dari situ, bermulalah dilema saya suami isteri.. Siapa nak jaga baby Irfan nanti? Ada ke pengasuh @ taska yang boleh jaga baby yang fully breastfeed? Macam mana nt kalau pengasuh tak bagi ebm sy, tp main bagi je susu anak2 yg lain kat Irfan?? Arrgghhh..mcm2 sy fikir. Susah hati tau!!

Akhirnya kawan sy mencadangkan agar menghantar Irfan ke Taska Kasih Ibu, taska di mana anak2 beliau membesar. Kawan2 sama tempat kerja juga ramai yang hantar anak2 mereka ke situ. Taska Kasih Ibu dekat je dengan tempat kerja saya, lebih kurang 5 minit je naik kereta. So saya pun tawakkal je menghantar Irfan ke situ, dengan berserah sepenuhnya kepada Allah agar anak sy sentiasa di bawah lindungan-Nya. 

Alhamdulillah..pilihan saya tepat. Saya bersyukur sgt kerana owner yang anak2 memnaggil beliau dengan panggilan Ibu sgt baik hati dan ikhlas menjaga anak2 di situ. Pekerja Ibu ~ Bie dan Yati yg anak2 saya panggil kakak juga sangat penyayang orangnya. Makan pakai Irfan dan kadang2 Danish turut saya tumpangkan di situ jika perlu bekerja di hari Sabtu cukup terjaga. Irfan pula menyusu badan sepenuhnya sehingga umur 1 tahun 3 bulan. Sejak dihantar dari Irfan berumur 4 bulan sehinggalah 1 tahun 3 bulan, Irfan diberi ebm yang saya bekalkan sepenuhnya. Jika ebm saya tidak cukup, Ibu akan call dan bagitau susu kehabisan. Dengan izin ketua jabatan, saya akan keluar kejap untuk menghantar ebm yang baru di pam ke taska. Indahnya saat itu. Allah dengar doa saya supaya dipermudahkan perjalanan saya untuk membesarkan Irfan dengan air susu saya sendiri, temukan saya dengan pengasuh yang baik hati serta dapat menyayangi anak2 saya seperti anak mereka sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik dan jasa baik mereka..

Oklah..setakat ni dulu coretan kali ni ye..mami dah sakit pinggang ni. Nak gi makan durian..hehe..Aikss..apa kaitan durian dengan sakit pinggang? hehe...confirm2 takde kaitan..hehe..

Salam sayang semua..muaahhhsss..




Wednesday, 9 July 2014

Puree For Baby Part 1 ~ Brokoli + Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni mummy nak cerita tentang puree for baby yg dah cecah 8 bulan ke atas..mommies blh semak carta makanan ini sebagai panduan makanan apa yang sesuai ikut peringkat umur bayi.

Masa anak 1st, Muhammad Adam Danish, mummy tidak berkesempatan untuk buat puree atau bubur nasi untuk dia. Danish jenis kurang makan. Dia lagi suka makanan kat rumah pengasuh dari bubur tawar mummy tu..Haishhhh...

So, dengan anak kedua la baru mummy dapat merasa nikmatnya menyediakan puree for my baby, Muhammad Danial Irfan. Kuat makan tau. Tidak pernah reject apa-apa sahaja puree yang mummy sediakan. Alhamdulillah..

Ok..panjang pulak mukaddimah ye..hehe..arini kita try buat puree brokoli + kurma ye..

PUREE BROKOLI DAN KURMA

Bahan : Brokoli, kurma @ kismis

Pilih brokoli yang segar dan bebas ulat

 Cara nak masak :

1.   Potong dan bersihkan brokoli. Buang sedikit bahagian batangnya tu. Belek betul-betul supaya cik ulat tak masuk sekali dalam puree ye..hehe

Dah basuh bersih, toskan.

2. Bersihkan kurma. Buang biji. Selalu mummy guna 3 biji. Ikut berapa bekas puree yang kita nak hasilkan. Kalau banyak, bolehla lebihkan kurma tu. Selalunya juga mummy ambil bilangan ganjil ~ 3, 5, 7 biji. Kalau nak gantikan dengan kismis pon boleh, ikut bilangan ganjil jugak. Kurma dan kismis kan makanan sunnah. Baik untk pertumbuhan rohani baby. Insha Allah. Selain sebagai makanan sunnah, kurma dan kismis akan beri sedikit rasa kat puree tu. So xde la tawar sangat kan.

3. Dah sedia semua bahan, masukkan dalam periuk. Mummy lagi suka rebus berbanding stim. Penah stim tapi macam tak masak je. Ke mummy yang tak sabar menunggu? Hehehe..Masukkan sedikit air, jangan terlalu banyak sebab nanti kita nak ambil semua air tu masa nak blend. Kalau terlebih air cair plak puree tu nanti. So sukatannya sedang-sedang saja. Cukup hingga menutupi cik brokoli kita ye.

Sedia untuk direbus!!

4. Bila dah masak, tutupkan api dan biarkan sejuk seketika. Pastu masukkan dalam pengisar/blender dan kisar sehingga betul-betul halus. Bahagikan kepada beberapa bekas. Kuantiti puree jangan terlalu banyak dalam satu-satu bekas. Baby kan kecik lagi. Takut tak habis nanti.

Tadaaaa!! dah siap..
 
Okeh..mission complete! Yummy2.. sedap nih..mummy pon suka..hehe..Selamat mencuba ye!!
 
Salam sayang..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545
 
Nak slim dan gojes menjelang Aidilfitri? Ada sesuatu yang menarik di sini. Check it out!! 


Thursday, 3 July 2014

Persediaan Solid Food Untuk Baby 6 Bulan ke atas

Throwback!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindunya zaman buat solid food untuk Irfan. Gigih tau cuba macam-macam resipi. Alhamdulillah Irfan suka. Kuat makan budaknya..hehe.. Tak macam Danish intan payung yang sulung..Kurang makan..kuat minum susu je. Bubur yang mummy buat kompem tak nak makan kata pengasuhnya. Tapi kalau bubur kawan punya nak pulak makan..haish...mummy masak tak sedap kot masa tu..huhuhuhu..

Entry kali ni kita jenguk2 je dulu apa peralatan yang mummy beli sebagai persediaan membuat solid food untuk baby 6 bulan ye. Ni 2012 punya cerita..kata throwback..hehe..

Nah..ni je mummy beli..bekas2 tu semua untuk simpan puree yang akan di bekukan dalam freezer. Ankku ada..Tupperware ada...tipu ware ada..brand Apple Lady pon ada..


Next entry saya kongsikan resipi pulak ye.. Bukan bagus sangat pun saya ni..still lagi belajar2. Yang penting homemade dan hasil air tangan sendiri untuk si manja tersayang..

Berminat untuk dapatkan set berpantang dan menyusu Shaklee yang ohsem? KLIK SINI ok...

Salam manis...
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545

Wednesday, 2 July 2014

Bonus Aidilfitri 2014..

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua.

Confirm!!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2014:

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2014.

2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2014.

3. Dibayar tahun ini juga.

4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.

5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.

2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal

3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.

4. Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.

5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja.

Kejar beb. Jgn tak kejar.

Asyik kira duit jek kan. Sesekali kira la pahala yang ada.

Cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni ?

Hehehe..

Pesan kawan utk kawan:
Moga kita sama-sama byk pahala bekal ke syurga.

Salam manis...
Mummy Ain

Friday, 27 June 2014

Panduan Memberi Makanan Pejal Untuk Bayi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua..

Hari ni just nak share gambar yang dapat membantu mommies di luar sana memberi makanan pejal a.k.a solid food buat si manja mengikut peringkat umur. 

Masa anak pertama, Danish, saya tidak jumpa lagi panduan ni. Apatah lagi si Danish tu jenis yang kurang makan. Awal-awal lagi saya dah bagi nestum. Suka la dia sebab manis. Bila masak bubur tawar, langsung dia tak nak. Perangai picky eater si Danish berlanjutan seiring dia membesar. Tapi, bila Danish hampir masuk umur 3 tahun, saya mula mengenali dan jatuh cinta pada kebaikan Shaklee pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, set ini dapat membantu menaikkan selera makan Danish, di samping menguatkan sistem imunnya.. Alhamdulillah..

Masa Irfan pulak, memang enjoy sangat masak untuk dia. Irfan memang kuat makan. Alhamdulillah, sehingga ke sekarang umurnya hampir nak masuk 2 tahun, Irfan tidak pernah disuap dengan nestum yang manis tu. 

Sekarang saya tak sabar nak menimang cahaya mata ketiga. Nak kembali mengumpul EBM, nak masak puree untuk baby, masak makan pejal..wahhhh..terujanya!!!

Oklah..semoga gambar kat bawah ni sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua dalam menyediakan makanan pejal untuk bayi comel masing-masing ye..

Salam sayang..
Mummy Ain..
Pengedar Sah Shaklee Selangor
ID Shaklee : 962541
sms/wa : 014-9270545


Tuesday, 24 June 2014

Halfmoon dan shawl terbaik dari ladang!!

Sekarang mummy duk giat mengumpul halfmoon dan shawl by Pn. Farah.. Farah ni adik ipar mummy. Beliau sendiri yang design dan jahit halfmoon serta shawl tu. Cantiks2 semua boleh view design-design tu kat sini ye.

Boleh add beliau juga di sini.

Gambar kat atas tu baru intro-intro je.. Tu pun dah terpikat kan.. So kalau nak tengok design-design lain, jangan lupa klik link yang mummy bagi kat atas tu ye.

Happy shopping!!

Lots of love..
Mummy Ain..
Pengedar Sah Shaklee Selangor..
014-9270545

Mummy semua nak anak genius tak? Klik sini ok..

Bukit Gambang Water Park..

Seronok3...tu je boleh diungkapkan..hehe..

Alhamdulillah anak-anak seronok..abang takut-takut berani.. adik terlebih berani..beza..memang berbeza..

Paling best di Coco Beach..kat situ macam mandi pantai..lagi best sebab airnya tidak masin macam air pantai..hehe..kami sewa family boat..main ombak sampai pengsan!! Sebelum sampai ke air, kita akan lalu pasir dulu.. Ala-ala tepi pantai gitu..sangat ohsem!!

Mummy tidak sempat ambil banyak gambar.. Hanya beberapa keping gambar je. Bukan senang nak kesana kemari main air bawa henpon. Barang-barang berharga semua simpan dekat loker untuk tujuan keselamatan. 

Okey..di sini mummy kongsikan beberapa moment kami di sana..





Lots of love..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545

Anda juga pasti suka entry ini... Jangan lupa klik ya!!

Saturday, 21 June 2014

Destinasi Percutian Kali Ini ~ Bukit Gambang Water Park!!

Assalamualaikum....salam sayang buat semua..

Entry kali ni sy nak cerita tentang percutian kami ke Bukit Gambang Water Park..cuti sekolah dah berakhir..tp kami ni baru nak bercuti..hehe.. Al maklumlah en. Boss kerja masa kami semua cuti sekolah dan taska..harapnya org x ramai macam cuti sekolah..

Tapi....macam mana nak cerita..kami x pergi pon lg..kikiki.. Tunggu esok ye mummy update.. Malam ni kami bermalam di Caribbean Bay Resort. Biliknya ok2 la..mummy ambik bilik paling kecik.. Ada 2 single bed yg bercantum..ala2 queen size jgk la jadinya.. Terlebih    muat utk kami 4 beranak..

Tak sabar tunggu esok!! Okeh mummy yg terlebih excited.. Anak2 arjuna beta dh selamat beradu.. En. Boss apa kurangnya..penat drive sorg2..


Apa2 pun, esok pasti menjelma..semoga dipermudahkan segalanya esok.. yg penting semoga anak2 happy..

Salam sayang..
Mummy Ain Naim
SID bertauliah anda..
014-9270545

Nota kaki : anda juga pasti suka entry yg ini ..


Wednesday, 4 June 2014

Jom Buat Buku Merah !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera manis2 semua..❤❤

Hari ni mummy Ain rajin nak update blog comel ni..Entry hari ni tentang buat buku merah.. Apakah? Passport kah? Bukan passport okay.. Ain sekarang di Klinik Kesihatan Taman Medan.. Kandungan Alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan..so hari ni nak buat Buku Merah la, a.k.a. Buku Rekod Kesihatan Ibu, khas untuk ibu2 mengandung..

Ni first time Ain check up kat sini..2 anak sebelum ni di klinik yg berlainan.. Masa pregnant 1st, Muhammad Adam Danish, kami tinggal di Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor. So kena check up dekat KK Pulau Meranti.. KK ni betul2 sebuah klinik desa yg sgt ' desa'.. hehe..keseluruhan binaan klinik tu adalah dr kayu..kita berjalan lantainya bunyi kriak kriuk..hehe..

Pregnant kan Muhammad Danial Irfan, anak kedua.. kami tinggal di Kuartes Guru Usj 6. Sampai la sekarang kami tinggal di sini. Kalau nak ikutkan, sesiapa yg tinggal di Usj, kena check up di KK Taman Medan ni lah..jauh kot! Tapi Ain guna muslihat sikit iaitu tukar alamat rumah... so dpt la check up di KK Batu 13, Puchong.. Dekat skit dengan rumah..kikiki..

Now pregnant anak ketiga, dah x berani auta alamat..hehe..ku dah jadi baik sudah.. Itulah yang menjadikan Mummy dan Abi terperap kat sini.. why terperap? Ramai kot orang.. Ain sampai jam 10 td.. Dapat nombor 2208.. nombor tertera baru nombor 2000..thorrrbaikk...

So, menunggulah mummy di sini dengan comelnya..nasib baik dah makan.. Abi x tau mcm mana keadaannya dalam kereta tu..tertido dah kot..kikiki..

Ramai sgt2 orang time ni..parents yg bawak baby pon ramai untuk monthly check up.. Ada yang nangis, x selesa kot lama sangat 
menunggu.. Nasib baik Digi cover perubatan untuk semua staff.. So dapat la kami bawa anak2 utk cucuk imunisasi di klinik swasta. Syukur Alhamdulillah...

Oklah.. Mummy dah pening ni..ngantuk pun ada .hehe.. Sampai sini dlu..nanti kita sembanb lagi ye.. Salam sayang.. ❤❤


Tuesday, 13 May 2014

Morning sickness oh morning sickness!!

Assalamualaikum dan salam ceria semua....
Ermmm dah lama saya tak post apa2 kat blog comel saya ni..kenapa ye.. Sebenarnya saya tak sihat 2-3 bulan kebelakangan ni...terkena 'buatan orang' katanya...hehehe... Alhamdulillah.. Kami suami isteri diberi peluang lagi oleh Allah untuk memperolehi cahaya mata yang ketiga.. Sekarang usia kandungan saya dah masuk 3 bulan... Terima kasih Allah...

Kehamilan dan morning sickness atau bahasa orang kampungnya alahan memang tak dapat dipisahkan.. Bertuahnya badan kalau sepanjang kehamilan langsung tak kena alahan.. Atau lagi bertuah kalau alahan tu pihak suami yang kena!! Biar diorang plak rasa, adil kan?? Hehe.. 
Same goes to me... Anak pertama dan kedua saya mengalami alahan dari awal kehamilan sehingga usia kandungan mencecah 3 bulan lebih... Nak makan kena pilih2...tak boleh pedas atau yang terlalu berminyak... Sebarang sup dan tomyam langsung tak boleh telan, sampai la dah nak bersalin! Seksanya...sup dan tomyam adalah kegemaran saya!!
Kehamilan yang ketiga ini tidak terlepas juga diuji dengan alahan, malahan lagi teruk saya rasakan.. Saya mengalami alahan seawal kandungan berusia 5 minggu.. Awal2 bulan pertama, saya langsung tak boleh tengok ikan! Kembang tekak okay!! So, hari2 melayan lauk ayam jelah.. Sampai one time tu dah jemu jgk tengok ayam... One day saya tgk kwn sama tempat kerja makan ikan keli masak sambal... Ya Allah sedapnya nmpak lauk tu.. Hati berbelah bahagi nak cuba ke tak...hehehe...last2 saya try la jgk ambik...hasilnya, ermmm licin sepinggan nasi dimakan bersama lauk ikan keli masak sambal...wallawehhh... Syukur Alhamdulillah...
Kandungan ketiga ni berbeza ketika saya mengandungkan abang2 nya.. Oh ya..anak pertama dan kedua saya dua2 lelaki...comel2 okay..hihihi...mummy perasan puji anak sendiri..kali ni, saya suka layan sup dan tomyam...kalau dapat tomyam atau sup tulang tu, alamak....lupa time2 muntah hijau tu..hehe... Tapi, bab muntah tu tetap ada, malah lagi teruk..takde istilah morning sickness dah..muntahnya tidak kira masa.. Malah makin teruk seiring ngan usia kandungan..masa kandungan nak masuk 2 bulan lebih, muntah saya makin menjadi2.. Sebab nya satu je, selera makan takde!  Masa tengah fikir nak makan apa tu pun, blh mengundang kembang tekak bila terbayangkan makanan.. Hadoiii..memang parah!! Paling sedih, saya langsung tak boleh bau nescafe, apatah lagi nak minum! Milo ais jugak..muntah lepas minum!!! So, teh o ais limau jelah yang boleh masuk, dan apa2 je minuman yang masam.. Sedih... 

Saya berharap sangat yang ketiga ni pun tak lama alahannya... Tiap kali muntah hijau dlm bilik air, saya cuba pujuk diri, banyak pahala yang saya dapat sepanjang saya mengandungkan zuriat suami.. Alahan yang saya hadapi ni apalah sangat jika nak dibandingkan dengan mummy2 lain, sehingga ada yang kena masuk wad sb langsung tak boleh makan, kena masuk wad dan dimasukkan air.. So saya boleh tersenyum lega dan bersyukur kerana hanya diberi ujian yang kecil...

Okaylah...setakat ini dulu coretan saya...nanti saya sambung lagi ye... Salam sayang buat semua...


Wednesday, 2 April 2014

Set Shaklee Body Perfector

* Adakah anda makan makanan yang sihat setiap hari?
* Adakah anda makan secara tidak teratur?
* Adakah anda gemar memakan makanan ringan?
* Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jadi, Set Shaklee Body Perfector adalah jawapannya!! Ia merupakan cara mudah untuk mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.

Kebaikan Cinch Shake Mix Shaklee :
# makanan segera untuk mereka yang aktif
# tinggi kandungan serat
# memberi rasa puas dan kenyang
# mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

Cepat hubungi saya untuk dapatkan Set Shaklee Body Perfector ini dengan harga penuh kasih sayang. Gerenti jimat dan berbaloi-baloi!!


"Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit"

Ingin Sihat dan Cantik secara semulajadi? Inginkan konsultasi secara percuma dari pengedar berdaftar Shaklee? Saya lah orang yang anda cari!! Saya boleh dihubungi dengan cara berikut :

Shaklee ID : 962541
Sms/WhatsApp : 014-9270545 (Ain)
Email : nurulain2001@yahoo.com
 

&

> 

 “Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

Wednesday, 26 March 2014

Set Bajet Ibu Hamil Shaklee ~ Vita-lea dan B-Complex

Cepat hubungi saya untuk dapatkan Set Bajet Ibu Hamil ini dengan harga penuh kasih sayang. Gerenti jimat dan berbaloi-baloi!!


"Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit"

Ingin Sihat dan Cantik secara semulajadi? Inginkan konsultasi secara percuma dari pengedar berdaftar Shaklee? Saya lah orang yang anda cari!! Saya boleh dihubungi dengan cara berikut :

Shaklee ID : 962541
Sms/WhatsApp : 014-9270545 (Ain)
Email : nurulain2001@yahoo.com
 

&

> 

 “Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

Set Bajet Kulit Berjerawat ~ GLA Complex dan ESP

Cepat hubungi saya untuk dapatkan Set Bajet Kulit Berjerawat ini dengan harga penuh kasih sayang. Gerenti jimat dan berbaloi-baloi!!


"Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit"

Ingin Sihat dan Cantik secara semulajadi? Inginkan konsultasi secara percuma dari pengedar berdaftar Shaklee? Saya lah orang yang anda cari!! Saya boleh dihubungi dengan cara berikut :

Shaklee ID : 962541
Sms/WhatsApp : 014-9270545 (Ain)
Email : nurulain2001@yahoo.com
 

&

> 

 “Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”