Thursday, 17 July 2014

Kisah Sedih Di Taska..

Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies semua..

Arini kebetulan ada masa terluang sebelum habis kerja, sy belek2 la fb jap tgk apa2 yg menarik di wall kawan2. Pukul 11 pagi confirm belum ada post yg berkaitan dengan juadah iftar..hehe.. Scroll ke bawah, balik2 org duk update pasal CDM 25. Erm sy kurang minat dah nak baca..hehe..biarlah dia.. Scroll2 lagi, terjumpa satu entry sorang ibu ni yg anak beliau di aniaya di taska. Kesian sungguh bila baca luahan hati ibu tersebut. Baby beliau baru umur 3 bulan.. Sampai hati pengasuh taska tu buat macam tu kat baby beliau.. Mommy boleh baca kisah ibu itu di sini...

Bila sebut tentang penjagaan anak, pelbagai reaksi yg boleh kita dapati dari pelbagai pihak. Bila timbul kes penderaan di taska atau pusat asuhan, ramai ibu2 yang kata sebab tu saya berhenti kerja dan jaga sendiri anak di rumah. Tidak dinafikan menjadi seorang suri rumah adalah tugas atau pekerjaan yang paling mulia. Namun tidak semua ibu yang mampu untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah. Macam saya sendiri, saya suka bekerja dan pastinya dengan redha suami. Sedikit sebanyak sy boleh bantu suami untuk menambah ekonomi rumahtangga, wlupun suami tak pernah meminta. Sedikit sebanyak juga sy dapat menyimpan, membeli barang2 yang saya suka dan paling penting dapat bagi dekat mak dan ayah di kampung, walaupun tidak banyak..

Dari sisi saya sendiri, saya sangat bersyukur kerana di temukan dengan pengasuh anak2 yg sangat baik hati. Pengasuh pertama yg menjaga Danish, seorang suri rumah..sangat baik hati. Sebaya saya je..Danish memanggilnya mama. Beliau sempat jaga Danish selama setahun setengah sahaja kerana saya dapat berpindah ke rumah sekarang. Namun perhubungan kami kekal terjalin sehingga sekarang. Pengasuh Kedua Danish seorang yang agak berumur, namun masih kekal cergas dan bertenaga. Kecik molek orangnya. Danish memanggilnya Mak. Lama juga Danish dijaga oleh Mak, sehingga Danish nak masuk 4 tahun. Bila 4 tahun Danish dan mula masuk playschool. Jodoh kami dengan Mak tak panjang. Irfan anak kedua saya tak sempat dijaga oleh Mak kerana mak telah berpindah ke kampung beliau di Meru semasa saya masih lagi di dalam pantang. 

Dari situ, bermulalah dilema saya suami isteri.. Siapa nak jaga baby Irfan nanti? Ada ke pengasuh @ taska yang boleh jaga baby yang fully breastfeed? Macam mana nt kalau pengasuh tak bagi ebm sy, tp main bagi je susu anak2 yg lain kat Irfan?? Arrgghhh..mcm2 sy fikir. Susah hati tau!!

Akhirnya kawan sy mencadangkan agar menghantar Irfan ke Taska Kasih Ibu, taska di mana anak2 beliau membesar. Kawan2 sama tempat kerja juga ramai yang hantar anak2 mereka ke situ. Taska Kasih Ibu dekat je dengan tempat kerja saya, lebih kurang 5 minit je naik kereta. So saya pun tawakkal je menghantar Irfan ke situ, dengan berserah sepenuhnya kepada Allah agar anak sy sentiasa di bawah lindungan-Nya. 

Alhamdulillah..pilihan saya tepat. Saya bersyukur sgt kerana owner yang anak2 memnaggil beliau dengan panggilan Ibu sgt baik hati dan ikhlas menjaga anak2 di situ. Pekerja Ibu ~ Bie dan Yati yg anak2 saya panggil kakak juga sangat penyayang orangnya. Makan pakai Irfan dan kadang2 Danish turut saya tumpangkan di situ jika perlu bekerja di hari Sabtu cukup terjaga. Irfan pula menyusu badan sepenuhnya sehingga umur 1 tahun 3 bulan. Sejak dihantar dari Irfan berumur 4 bulan sehinggalah 1 tahun 3 bulan, Irfan diberi ebm yang saya bekalkan sepenuhnya. Jika ebm saya tidak cukup, Ibu akan call dan bagitau susu kehabisan. Dengan izin ketua jabatan, saya akan keluar kejap untuk menghantar ebm yang baru di pam ke taska. Indahnya saat itu. Allah dengar doa saya supaya dipermudahkan perjalanan saya untuk membesarkan Irfan dengan air susu saya sendiri, temukan saya dengan pengasuh yang baik hati serta dapat menyayangi anak2 saya seperti anak mereka sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik dan jasa baik mereka..

Oklah..setakat ni dulu coretan kali ni ye..mami dah sakit pinggang ni. Nak gi makan durian..hehe..Aikss..apa kaitan durian dengan sakit pinggang? hehe...confirm2 takde kaitan..hehe..

Salam sayang semua..muaahhhsss..




No comments: