Tuesday 28 April 2015

Liners EBM Ammar Dah Cecah 400 Liners!! [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 17]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Semalam mommy buat rutin macam biasa, transfer ebm Ammar dari botol ke liners/breast milk storage bag. Masa catat dalan buku catatan mommy tu, tak sangka stok ebm Ammar dh terkumpul sebanyak 415 bag. Purata isipadu setiap liners adalah 5oz. Alhamdulillah...semoga makin bertambah rezeki buat Ammar.

Ammar sekarang maintain minum 4x5oz kat taska. So nak tak nak, mommy kena pam dan 'ganti' balik ebm tu at least 5 liners sehari. In sha Allah mommy boleh. Cuma sekarang kena ubah kembali rutin tidur supaya tak stress dan badan pon sihat..

Oklah mommies gojes semua. Setakat ini saja perkongsian kali ni...

Ada topik menarik di Part 18..
Part 16 pon best jugak..


# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Friday 24 April 2015

Kali Ni Mommy Try Botol MAM Pula [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 16]

Assalamualaikum..

Kali ni mommy nak cerita pasal puting susu Ammar yang dah terbelah..aiyooo..

Tadi masa ambil Ammar, pengasuh cakap puting susu Ammar dah terbelah, macam kena gunting. So bila bagi Ammar susu, habis basah bajunya. Mommy kata takpelah, nasib baik dekat rumah masih ada botol susu yang belum pakai.

Bila balik rumah baru mommy tengok puting Ammar tu..Dan ya, memang dalam keadaan yang macam kena gunting..so mommy rasa musykil di situ..sapa yang gunting?? ermmmm...

Nak tak nak mommy ambil botol MAM yang ada dalam almari..MAM ni mommy beli selepas buat entry ni.. Tapi Ammar reject juga MAM masa tu..

Lepas basuh bersih2 dan steril botol dan nipple MAM tu, mommy terus bagi Ammar minum. Alhamdulillah macam ok plak kali ni..ke sebab Ammar lapar?? Ehh takla..dia baru lepas df ngan mommy..Maybe betul la kot Ammar boleh terima MAM.

Esoknya mommy hantar ke taska botol MAM tulah. Dalam tengah hari mommy wasap pengasuh tanya Ammar ok ke dengan puting baru. Alhamdulillah Ammar boleh terima dah...good boy Ammar!!

So takdelah mommy susah hati lagi..sebab dah tak susah hati, mommy belanja sekeping gambar ye..hehe



Oklah..ni saje untuk kali ini.. nanti kita sharing2 lagi ye..

Baibai semua..

Nota chinta : Nanti jemput baca Part 17 pula ye..
Ni part yang lepas..Part 15..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
                                                                   # 014-9270545 (Ain)

Wednesday 22 April 2015

Restock Breast Milk Storage Bags [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 15]

Assalamualaikum..salam cantik mommies gojes sekalian..

Meh tengok apa mommy Ammar borong arini...taraaaa...

Ni 1st time mommy cuba storage bag brand ni. Selalunya beli Autumnz je..

10 kotak sekali borong. Tahan lama sikit stok. Mommy beli storage bag ni kat butik baby yang namanya mommy dah lupa..hehe...sowiee..Harganya RM9.90 sekotak. Kira murah la kan..standard harga storage bag pelbagai jenama biasanya RM12.90 sekotak.

Tu jelah nak cakap..hehe..salam sayang..bye..!!

Nota chenta :
Sudi-sudilah menjenguk ke Part 16 ye..
Part 14 dah baca belum? 


# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Tuesday 21 April 2015

Ice Block atau Ice Gel? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 14]

Assalamualaikum....salam sejahtera semua...

Hari ni hari kedua Baby Ammar demam.. Tengah hari tadi mommy dah bawa Ammar jumpa doctor. Alhamdulillah malam ni dah tak panas sangat macam malam semalam. Semoga Baby Ammar terus sihat..susah hati mommy dibuatnya.

Ok, entry kali ni mommy nak cerita tentang ice block vs ice gel.. Yang mana lebih tahan lama a.k.a lambat cair..

Masa Irfan dulu, mommy pakai ice gel, jenama Autumnz. Ok la, tahan lama la jugak. Cuma satu kelemahan ice gel ni, kalau jatuh, ia akan pecah. 

Masa mommy beli set pam susu, mommy dapat percuma ice block. So mommy pakai la ice block tu bawak ke sekolah, untuk sejukkan ebm yang di pam di sekolah. Tapi mommy rasa ice block ni cepat cair la. Macam tak sejuk pon ada ebm yang duk dalam cooler bag tu. Jadi terpaksalah mommy tumpang letak dalam peti sejuk sekolah selepas pam, dan ambil sebelum mommy balik ke rumah. 

Untuk mengatasi masalah ebm tak sejuk tu, mommy pun belilah ice gel, jenama XXX.. Ingat nak cari Autumnz, tp kedai yang mommy pergi tu kehabisan stok.. So beli la yang mana ada..

Sekali bila pakai...alamak...macam cepat cair pulakkk...plastiknya pun nipis je..erm....so, berpaling la ice block semula..

Kesimpulannya, antara ice gel dan ice block, ramai yang kata ice gel yang lagi tahan lama. Pada mommy pon, ice gel yang lagi tahan lama, dengan syarat guna yang jenama Autumnz..

Ok, setakat ni dulu untuk kali ni. Mommy pon tak sihat sangat..batuk2..batuk sampai terken****.. Hehehe..

Nota cinta : 
Sudilah kiranya luangkan masa untuk ke Part 15 ye..
Terlepas Part 13?? Boleh klik sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Thursday 16 April 2015

Deep Freezer Mommy Dah Hampir Penuh!! [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 13]

Assalamualaikum..dan salam penuh keceriaan..

Tau kenapa mommy ceria sangat hari ni?? Sebab ni la...taraaaa...

Alhamdulillah..dah makin penuh

Tak tahu nak cakap apa, selain bersyukur atas kurniaan ini..sayangnya Allah pada mommy, pada Baby Ammar. Sehingga ke saat entry ini ditulis, Baby Ammar genap 5 bulan, susu mommy masih lagi melimpah ruah..Kalau pam di sekolah In sha Allah boleh dapat antara 12-22 oz..

Tq Allah...tq Allah..tq Allah..

Salam sayang...muuahh..

Nota cinta :
Nanti jangan lupa baca Part 14 ni ok!!
Oppss...terlepas Part 12? Jom klik sini.





# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
                                                                       # 014-9270545 (Ain)

Tuesday 14 April 2015

Expired EBM, Macam Mana Nak Elak? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 12]

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Hari ni mommy cuti sakit.. Sakit kepala, mata gatal. Kuat betul resdung sekarang ni..Ambik je kain nak lipat, mesti mata dan muka start gatal-gatal. Erkk...banyak sangat ke habuk kat kain tu? haruslah...dah dibiarkan bertimbun dalam bakul..haruslah berhabuk..kikikiki...Sekarang dah hampir malam n kepala dan mata pon dah beransur ok. 

Hari ni mommy nak cerita macam mana mommy buat untuk elakkan dari ebm expired. Alhamdulillah dari start susukan Irfan hingga sekarang ni Ammar, belum ada ebm yang expired. 

Caranya senang sahaja..ni assistant mommy..

Buku catatan ebm

Setiap kali dah transfer susu ke botol simpanan atau plastic storage, mommy akan tanda dalam diari hikmat ni. Apa yang mommy catat kat buku ni, butir-butir nya sama dengan yang ditulis di atas plastic storage. 

Kalau nak guna esok, malamnya mommy turunkan siap-siap ke chiller. Katakan mommy nak pakai yang nombor 1-4, di bahagian catatan mommy akan tanda la dah pakai. So nanti esok senang la, mommy akan cari yang nombor 5 dan seterusnya. Nampak agak banyak kerja kan..Tapi percayalah, bila dah mula buat, senang je sebenarnya. Yang penting ebm kita takde yang expired..sedih oo kalau ebm expired.
Ok...itu sahaja perkongsian pada kali ini..Enjoy your breastfeeding journey mommiesss!!!

Nota cinta :
Jom baca Part 13 pula ye..
Oppss...terlepas Part 11? Meh baca sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)