Friday 19 June 2015

Solid Food Untuk Bayi 6-8 Bulan [Solid Food Untuk Baby Ammar Part 2]

Assalamualaikum...

Salam 3 Ramadhan mommies sekalian..Alhamdulillah..walaupun berpuasa, mommy masih boleh mengumpul EBM buat Baby Ammar. Semua adalah dengan izin Allah. Walaupun agak penat dan terasa lapar selepas pam, mommy gagahkan diri selagi berdaya. Sebab tu mommy hadkan sekali je pam di siang hari. Bagi Baby Ammar df je. Malam baru mommy pam, at least dua kali. Lepas pam boleh terus makan kurma dan minum air banyak-banyak.

Ok, ni ada 2 panduan bergambar yang mommy buat. Semoga dapat membantu ye mommies..



Masa mommy tulis entry ni, Baby Ammar dan masuk 7 bulan. Dah banyak la jugak dalam senarai di atas mommy buat untuk Baby Ammar. Alhamdulillah Baby Ammar jenis makan je semua apa yg mommy buat untuk dia..seriusss kuat makan. Bravo dik!!

Di sini mommy kongsikan resipi-resipi puree yang mommy dah buat untuk Ammar ye..

Puree Sweet Potato
Puree Apple
Puree Squash-Butternut
Puree Pear
Puree Labu
Puree Papaya
Puree Carrot
Puree Plum
Puree Mangga

Ok mommies..happy cooking!!



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       



Rahsia Ammar dan Mommy Tidur Lena [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 29]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ececeh...tajuk entry macam bagus je kan..ekekeke...

Tapi betul...Ammar good boy sangat. Hanya berjaga sekali je malam-malam untuk menyusu. Lepas menyusu memang tak tunggu lama dah..Terus mabuk-mabuk ayam..tak lama lepas tu, tidur. Alhamdulillah, senang mommy nak siapkan kerja rumah. 

Ada bonus juga bila Baby Ammar tidur lena..selain mommy pon boleh tidur lena, bangun pagi breast penuh minta di pam. Rutin mommy sebelum ke sekolah sambil tunggu azan subuh, pam dulu sampai breast betul-betul kosong. Ia supaya breast cepat kembali diisi dengan susu ibu. Makin kerap breast kosong, makin kerap susu akan terhasil..Alhamdulillah pagi-pagi pam dapat at least 5-8oz.

Macam mana nak dapatkan susu yang pekat? Boleh rujuk Part 28 ok. Mommy dah share kat situ. 

Ok manis-manis sekalian..jumpa lagi nanti di Part 30..bye..!!

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       
 



Tips Pekatkan Susu Badan ~ Susu Pekat vs Susu Cair [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 28]

Assalamualaikum...

Waduhhhh..lama nya mommy tak bersiaran.. sibuk tanda paper exam u ollss..hehe..(alasan)

Ok tak nak cakap banyak. Mommy Ain di sini nak tanya mommies sekalian...penah tak mommies pam susu badan, susu dapat banyak tapi susu mommies tu cair sangat? Mesti ada kannnn....saya pon pernah mengalami masalah tersebut.

Untuk pengetahuan mommies semua, saya memang peminum tegar ESP Shaklee dan Alfalfa ~ antara supplement dalam set banyakkan susu ibu Shaklee. Namun....di sebalik kononnya tegar itu, ada masanya saya ni culas jugak, terskip atau terlupa..hehe..kadang-kadang berhari-hari lupa nak berESP. Hasilnya, susu tetap meriah, cuma agak cair.

Nampak tak beza? Kiri lagi cair kan warnanya dari yang belah kanan?

Dua ebm ni mommy pam dalam dua hari yang berbeza. Satu hari tak ambik ESP, satu hari yang ambik ESP. Agak-agak yang mana hari mommy ambik ESP? Boleh teka kan? Kanan adalah hari mommy ambik ESP.

Cara saya pekatkan susu badan adalah dengan mengambil Alfalfa dan ESP Shaklee. Alhamdulillah hasilnya akan berbeza. Susu lebih berkuantiti dan berkualiti. Selain tu, makanan tambahan yang saya tak pernah tinggal adalah buah kurma. Saya suka blend 5 biji kurma dengan 1 scoop besar ESP. Letak air sejuk, dan ais 3-4 ketul. Hasilnya...wallahhhh!!


 Tadaaaa....sedapppp sangat... Milk booster saya, cara saya pekatkan susu badan

Saya ada juga ambik Qaseh Gold kerana dalam tu adalah pelbagai makanan sunnah yang boleh menambah dan bantu pekatkan susu badan.

Ok, itu sahaja tips untuk hari ni..kalau mommies ada cara lain lagi, boleh bagitau mommy k..

Salam sayang...
Part 29
Part 27



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
                                                                     # 014-9270545 (Ain)

Tuesday 16 June 2015

Breast Milk Storage Bags Jenama Bubbles ~ Serius Mommy Dah Jatuh Cinta [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 27]

Assalamualaikum...
Salam manis mommies sekalian..

Erm dah lama mommy tak update blog...bz sesangat..bermula dengan ulangkaji dengan students, marking exam papers, balik kampung..yahuuu!!! 

2 minggu cuti sekolah yang best.. Tapi kami balik kampung minggu kedua. Baget minggu pertama nak setelkan semua marking...ermmmm yang hado...sudahnya usung balik kampung.. Berazam nak siapkan masa kat kampung...ermmmmm yang hado jgk...kikiki...

Ok...back to topic.. Mommy dan breast milk storage bag memang takleh pisah dah. Rasa nak topup je memanjang..hehe..Sekarang lagi la banyak nak pakai..sebab Baby Ammar dah boleh makan puree. Mommy guna breast milk storage bag tu untuk simpan frozen puree Baby Ammar.

Masa anak kedua dulu, Angah Irfan, mommy simpan ebm dalam breast milk storage bag jenama Autumnz. Best jugak liner brand Autumnz ni. Tebal, senang nak handle. Tapi kena gunting atas sebelum nak isi ebm. Tapi bukan susah pun nak gunting. Hehehe...

Bila stok liner dah habis, mommy nak kena topup la kan. So pegi la mommy dan abi mencari  kat satu butik baby ni..Butik Peekaboo..comel je nama kedai kan..hehe..Boleh tahu pasal butik tu sebab baca dalam Majalah Pa&Ma. Peekaboo buat sales breast milk storage bag jenama Bubbles, sempena pembukaan cawangan baru. Nak view pasal butik tu boleh klik sini ok..


Ehhh...eehhhh...mommy dah cerita la pasal beli liner bubbles kat entry ni..kikiki..tapi tak cerita detail la..masa tu siap lupa nama kedai..hehe..so kali ni kena cerita kenapa mommy suka jenama Bubbles kan? Kelaut betul la mommy ni..

Ok, belanja gambar sekeping..perbezaan Autumnz dan Bubbles dari depan..

Perbezaan dari depan..Bubbles tempat tulis2 tu bahagian atas. Macam cool kan..hehe

Meh tengok perbezaan dari sudut baring pula..hehe

Masa bekukan ebm, mommy memang baringkan liners. Nampaknya Bubbles juara slim!! hehe

Nampak takkkk???? Bubbles lagi slim u ollss bila ebm dah beku. Memang la material nya lagi lembut dari Auntumz. Tapi, lembut tak semestinya tak tahan lasak kan..hope brand ni selasak Auntumz la ye..

Memang dah suka sangat-sangat dah brand ni. Slim, dan yang penting murah!! Mommy dah jadi ahli Peekaboo. So ada lagi additional less 10% untuk ahli. 

Oklah..ni jelah nak cerita..nanti sambung lagi ye. 

Salam manis...jangan lupa baca next entry ok...Part 28 gitu..hehe..dan ni link untuk Part 26 yang lepas..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)