Saturday, 30 December 2017

My Twin Pregnancy Story Part 4 ~ Gambar Scan Baby Kembar Mami

Assalamualaikum semua.

Hari ni mami nak share pic babies sepanjang mami pregnantkan diorang. Cekidauttt...

Ni 1st pic twin. Masa ni baru 5 minggu pregnant. Memang sangat terkejut bila doct kata TWIN!! Twin mami adalah jenis DCDA..kembar 2 uri 2 kantung. Kembar tak seiras dengan kata lain. 

Masa ni babies dah berusia 15 minggu. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Mami dan Abi dapat tengok degupan jantung mereka. Syukur Alhamdulillah.

Sekitar kandungan twin 19 minggu, mami ada appointment dengan doktor pakar O&G di Hospital Serdang, Doktor Ramesh. Ibu-ibu pregnant twin biasanya akan dirujuk kepada Doktor Ramesh kalau buat follow up di Hospital Serdang dan Hospital Klang. Kiranya beliau ni pakar untuk buat details scan untuk twin. 

Alhamdulillah, hasil details scan, twin dalam keadaan baik2 sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Itu je yang penting buat Mami dan Abi. Lega bila dpt tengok mereka tumbuh dan membesar dengan sempurna. Jantina pon dah nampak..Tapi mami tak nak bagitau sekarang.. hahaha..

Masa lepas tahu jantina twin masa buat details scan, Mami dan Abi gelak je manjang. Tak tau nak cakap apa. Dek kerana nak kan kepastian, kami ke Puchong mencari klinik yg ada khidmat scan 3D/4D. Malangnya mesin scan klinik tu rosak. Adeh..sabar2..mami cuba ingat2 balik QHC Medical ada buat jugak scan 3D/4D. Cuma tak pasti sama ada sonographer atau gayne yg buat. Gayne kat QHC semua lelaki. So untuk kepastian, mami call la QHC. Alhamdulillah sonographer yang buat dan beliau adalah perempuan. Mami set appointment keesokan hari nya..

Jumat, lepas balik sekolah, lepas hantar abang Danish ke sekolah KAFA, mami terus ke QHC. Kejap je menunggu, terus nama dipanggil untuk masuk bilik. Lepas tanya due date, sonographer yang mami tak tau nama sampai sekarang tu kata babies masih kecik so nanti gambar tak cantik. Mami perlu tunggu sekurang-kurangnya masa 22 minggu. 

So mami pon berterus-terang. Sebenarnya mami lebih kepada nak tahu jantina..hehe..Then cik sonographer tu layan jelah mami ni ha...dan hasilnya...jeng jeng jeng...sama macam Doctor Ramesh cakap semalam. kikikiki..

Mami cool saje..so set appointment masa 22 minggu plak nanti..
 
Haa tu dia..ni masa jumpa Doktor Khong di Hospital Serdang. Masa ni baby berusia 23 minggu. Doktor kata sorang normal sorang songsang. Tapi masih terlalu awal. Kedudukan mereka bila-bila masa je boleh berubah.

Twin A - 22 minggu

Twin B - 22 minggu

Ok ni hasil 2nd appointment dengan cik sonographer. Twin A, beliau kata muka rapat ke uri. Tangan sebelah atas muka Twin B. So Twin B pon x jelas sangat la mukanya. Cik tu kata puan datang lagi 2 minggu la, lebih kurang minggu ke 24. Harap-harap masa tu babies bagi kerjasama. 

Tapi bila masa yang ditunggu dah tiba, sama jugak hasilnya. Si A tetap la rapat ke uri, si B lagi dasyat, bagi belakang je tak nak pusing langsung..hu3..Ringkas cerita, cik tu suruh datang lagi selepas 2 minggu. Gigih la mami jejak QHC lagi. hahaha... Hasilnya...

 Twin A - 28 minggu
 
Twin A je yang bagi kerjasama. Kali ni Twin A takdelah rapat sangat ke uri..tapi tapi tapi....tangan nya pulak depan muka...hadoiiiiiii sayang...puas godek..tu jelah hasil terbaik..hu3..Twin B? Sama jugak..syok tido macam Twin A jugak. Siap bagi montot je ha..cik sonographer kata B tension kot sebab A tu asyik himpit dia je..stresss la tueee..hahaha...

Hah...ni kali ke-4 tau..cik tu suruh repeat lagi esok..adoiii mami tak sanggup dah. Plus kali ke-4 ni pon beliau kata free tak payah bayar sebab gambar tak cantik kalau nak print pon. Beliau siap bagi cd yang ada gambar dan video masa scan. Mami naik segan dah. Takpelah kalau babies nak buat surprise kat Mami dan Abi. Kami tunggu ye sayang....

Ok itu sajalah perkongsian kali ini. Panjang skit deh...hehehe...tq sebab sudi baca..semoga bertemu lagi ye..bye3..

Salam sayang..
~ Mami Ain ~



 




Sunday, 17 December 2017

My Twin Pregnancy Story Part 3 ~ Alhamdulillah Rezeki Berganda Buat Kami

Assalamualaikum semua..dan salam sejahtera..

Hari ni mami ada masa terluang skit, so bolehlah update story mory tentang baby berdua ni..

Sebagaimana yang mami dah share di Part 1, tapi saje dibiarkan tergantung gituuuu, hari ni mami nak sambung lagi tentang bila mami dan abi tau yang mami dah pregnant. Masa tu 11 Julai 2017. Cycle period mami dah hari ke-29. Selalunya menten 26-27 hari je. Last period 13 Jun..so nak tunggu 13 Julai atau nak cek upt terus?? Jeng3...mami nak tunggu 13 Julai? Memang tak la..hbs skolah terus pecut bawak keta pergi farmasi setelah dapat keizinan dari en. Abi.

Ringkas cerita, lepas tunggu 5 minit, tingggggggg....naik 2 line!!! Alhamdulillah.. rasa nak lompat bintang. Tapi x boleh..hehe..mami sujud syukur..Alhamdulillah terima kasih Allah. cepat2 wasap abi. Tapi kelentong dia, cakap yang mami dah terlanggar tiang masa nak gi farmasi tadi. Habis kemek baby VAG beliau yang baru berusia 3 minggu..keh3..Tapi abi cool je. Mintak nak tengok gambar. Mami send pic result upt tu..buntang mata dia..hahaha..

Syukur Alhamdulillah...Allah dengar doa kami berdua. Dikira-kira baru 4 minggu gitu la dari tarikh last period. Minggu depan nya abi bawak mami pergi scan kat Klinik Ajwa. Berdebarnya nak tunggu turn..macam anak 1st plak..haha..

Saat ditunggu dah tiba. Sampai je turn mami, lepas doktor soal siasat sikit tentang last period dan sebagainya, doktor suruh baring di katil. Lepas senyap dan fokus selama 5 minit, akhirnya doktor bersuara..Kembar la puan..Haaaa?? Kembar??? Mami tengok Abi..Abi tengok mami..automatik air mata ni turun dengan lajunya. Macam mimpi..antara percaya dan tidak. Allahuakhbar. Patutla kali ni susah sangat nak lekat. Rupanya Allah nak bagi rezeki berganda buat kami berdua..

Soalan pertama yang abi ajukan pada doktor bila tau kembar ialah - bercantum tak doktor? Nampak kerisauan kat muka abi. Dalam masa sama, nampak blur2 lagi muka abi masa tu..antara nak senyum atau tak sama banyak je. Masih terkejut agaknya!! Dengan senyum doktor cakap tak bercantum sebab kembar ni kembar tidak seiras -  2 kantung yang berbeza. Wow...penangan folic asid ni..terlebih subur jadinya sampai hasilkan 2 telur kali ni..hehe..tapi sebenarnya, semuanya atas kehendak Allah.

Alhamdulillah3...sampai sekarang mami tak putus2 bersyukur di atas kurniaan yang teristimewa buat kami sekeluarga. Babies membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah sehinggalah entry ini ditulis. Mereka dah berusia hampir 27 minggu dalam rahim mami.

Oklah..next entry mami akan kongsikan gambar2 scan mereka ok...

Salam syg...
~ Mami Ain ~

My Twin Pregnancy Story Part 2 ~ Prosedur Membuang Implanon

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Kali ni mami nak share tentang prosedur membuang implanon. Mami buka implan pada 2 Februari 2017. Sebenarnya ni adalah kali ketiga mami pakai dan buka implan. Walaupun kos untuk pasang implan agak mahal, namun mami dan abi lebih selesa menggunakan kaedah ini kerana ianya 99% terjamin selamat (dengan izin Allah). Tak payah nak pikir dah nak kena makan ubat ikut time, cucuk ikut time dan sebagainya.

Sakit tak masa buang? Lama tak masa yang diperlukan untuk buang? Jawapannya, tak sakit. Sama juga prosedur memasang implan, doktor terlebih dahulu akan cucuk ubat bius supaya tak rasa sakit. Masa yang diperlukan untuk memasang dan membuang implan tidak sama. Nak pasang kejap je, dalam 10 minit boleh siap. Namun prosedur nak buka agak makan masa juga, bergantung pada tahap 'kerjasama' yang diberikan oleh batang implan yang tertanam bawah kulit lengan kita tu.

Ada kes sorang kawan yang batang implan tu macam dah melekat dengan isi. Kawan mami buang selepas 3 tahun setengah pakai. Mami biasanya tak pernah sampai 3 tahun. Paling lama pakai yang ketiga ni lah, lebih kurang 2 tahun. Dan Alhamdulillah masa yang diambil tidaklah lama, hanya 20 - 25 minit sahaja. Implan boleh dipakai max 3 tahun dan ada yang 5 tahun. Ibu2 boleh pilih tempoh masa yang dikehendaki.

Batang implan dikeluarkan dengan cara doktor membuat torehan kecil di hujung salah satu batang implan. Luka torehan akan dibesarkan sesuai dengan saiz batang implan tadi. Alah...x besar mana pon..saiz batang mancis je..Lepas batang implan berjaya dibuang, doktor akan letak ubat seakan glue untuk menutup lubang/kesan torehan yang beliau buat tadi, dan tutup dengan pembalut. Biasanya doktor akan nasihatkan jangan bagi kena air kat tempat implan tu selama 3 hari bagi memastikan luka cepat sembut dan bercantum dengan sempurna. Selepas 3 hari, semua dah kembali normal. Hanya tinggal parut kecil sebagai kenangan abadi..hehehe...so mami dah ada 3 parut di bawah lengan belah kiri ni ha...

Mami share beberapa keping gambar di bawah ni ye. Gambar semua adalah dari sumber google. Tak kuasa mami nak snap gambar masa kejadian..hehe..

Sumber mr. Google

Sumber mr. Google : Ni la rupanya implanon tu sebelum pasang. Kecik comel je tuannya..

Sumber mr. Google : Tempat pasang adalah di bawah lengan. Kalau kita guna tangan kanan, doktor akan pasang di bawah lengan kiri. Sebab lepas pasang tu kita akan rasa lenguh skit..tu je sebabnya..kalau kidal, doktor akan pasang di bawah lengan kanan..

Sumber mr. Google : Proses cucuk ubat bius. Time ni jelah kalau nak rasa sakit pon. Sikit je..beranak lagi sakit..hehe

Sumber mr. Google : Ha tu dia...dah nampak dah. Bila dah nampak macam ni, doktor akan ambik pengepit dan akan tarik keluar cik implan kita..

Sumber mr. Google : Rupa selepas berjaya dikeluarkan. Agak bengkok skit akibat dari proses mengeluarkannya tadi..

Sumber mr. Google : Lesen besar..ehh bukan lesen. Kad ni ibu2 akan dapat selepas pakai implan. Mcm surat beranak implan tulah..Bila tarikh pasang, bila expirednya, belah mana pasang. Gituuuu..

Oklah..ini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Bye..

Salam syg..
~ Mami Ain ~

Saturday, 4 November 2017

My Twin Pregnancy Story Part 1 ~ Dugaan Sebelum Pregnant

Assalamualaikum semua...

Dah lama nak share kisah mengandung kembar kali ni.. masa entry ni di tulis, twin dalam perut mami dah 5 bulan usianya. Syukur tidak terhingga. Kami antara pasangan yang terpilih untuk merasai mempunyai anak kembar. Mami pula terpilih untuk merasai mengandung anak kembar, setelah mempunyai 3 orang anak lelaki dan semuanya single pregnancy.

Kisah bermula bila mami dan abi dah sepakat nak tambah baby lagi. Masa tu Februari 2017. Ammar anak ketiga (kami panggil Abg Chik) dan berusia 2 tahun pada November 2016. Jadi boleh la tu nak tambah askar, ye tak..hehe..

Untuk family planning, mami pakai implanon. Senang..tak payah nak pikir nak makan ubat atau kena patuh tarikh appointment untuk pegi cucuk. Nanti boleh baca pengalaman mami pakai dan buang implan untuk tiga-tiga anak kat sini ye.

Mami buka implan pada 2 Februari 2017 di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. Ni 1st time mami ke sini. Dari hasil carian tanya mr. Google, Klinik Ajwa Seksyen 7, ada doktor perempuan yang blh buat prosedur membuang implan. 2x sebelum ni mami buka di klinik lain, tapi kali ni malas menuju ke belah Puchong sana - Klinik Medi-Nur.

Lepas selesai prosedur membuang implan, mami dan abi balik kerumah dengan penuh harapan.. ececehhhh...Bukan apa..kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas, mami tak ambil masa yang lama untuk pregnant. Paling lama masa nak lekat ke Angah. 2x period sahaja, mami dah sah pregnant lagi. Alhamdulillah...itu semua kerja Allah kan...

Namun...selalunya apa yang kita rancang tak semuanya menjadi kan. 7 Februari 2017, mami mula tak sihat - selsema yang dah hampir sebulan sebenarnya. Tapi hari tu macam makin teruk. Selsema teruk sampai tahap berdengung telinga. 8 Februari 2017, dah start pening pulak. Macam hilang imbangan kalau time berdiri. 10 Februari 2017, Jumaat, mami dah mula demam!! Kemuncaknya adalah malam 12 Februari 2017. Demam tinggi, suhu mencecah 39.8. Malam tu ke klinik 24 jam sb takut denggi. Tapi doktor suruh datang pagi untuk buat prosedur ambil darah untuk test denggi ke tak. Maka MC la mami esoknya, sebab esoknya Isnin.

Esoknya mami terus ke klinik Medijaya, klinik feveret kami sejak dari Abang baby lagi. Doctor Ng buat surat refer untuk ke Sunway Medical Hospital (SUNMED), sebab beliau tak rasa mami kena denggi. tanda-tanda yang ada pada mami pada masa tu lebih kepada masalah telingan dan sinus.

Maka diringkaskan cerita, selepas jumpa pakar di SUNMED, selepas buat CT Scan Imbasan kepala dan otak, mami disahkan kronic sinusitis. Mami kena masuk wad untuk on antibiotik. Selepas hari ketiga dan mami masih tiada perubahan, doctor decide untuk buat minor operation - nasal endoscopy untuk sedut semua kuman dan lendir yang dah block saluran hidung mami. Huhuhu...perit kalau ingat2 balik.

Jadi...seminggu di wad bermula 13 Februari 2017. 15 Februari 2017, mami period. Takpe..masih awal. Kan baru seminggu je buang implan...tak kan dah terus pregnant kot (ayat sedapkan ati)..hehehe. 

Mami sihat sepenuhnya selepas lama berehat - seminggu di wad dan seminggu rehat di rumah, mami pergi kerja seperti biasa. Dalam masa sama berusaha untuk pregnant..hehe..siap belajar dengan kawan tips2 untuk dapatkan anak perempuan mengikut hari subur. Maklumla mami dan abi dah ada 3 hero. Jadi nak la merasa dapat anak perempuan pulak ye tak..hehe..

Tapi...tapi...tapi...Mac period..April pon masih period.. maksudnya dah 3 kali period lepas buka implan. Ohhh tidak..mami dah mula stressssssssss....kenapa susah sangat nak lekat kali ni...hu3.. Sabar-sabar..agaknya masih belum rezeki kami. Period elok je. Cycle pon cantik je..ada la tu hikmah nya nanti..

Oleh kerana keinginan nak pregnant lagi tu tinggi, mami plan untuk ambik folic acid. Mami cari kat farmasi dan disarankan untuk ambik multivitamin jenama Kordel's. Katanya brand ni antara yang terbaik untuk persediaan pregnant, dan bila dah pregnant nanti terus je sambung makan, xde masalah. Ini kerana kandungan folic asid yang tinggi disamping vitamin2 yang lain. Ini ha rupanya multivitamin tu..yang belah kanan tu zinkofer yang mami dapat dari KK..



Rutin mami berjalan seperti biasa..mula ambil folic acid bulan April. Mei masih period. Hujung Mei dah mula puasa..usaha tetap diteruskan..hehehehe...

Namun....Jun...mami tetap period. Masa tu puasa. Tapi kali ni datang awal. Tak sempat cycle cecah 27 hari. Pelik. Hati berbunga kot2 la tu spotting tanda penempelan ye tak? Period 1 hari 1 malam je..fresh blood.. aikkkk...pelik ni..x penah2 macam ni. lepas 2 hari, mami buat UPT test, namun -ve. Frust makcik...hu3...

Hujung Jun, raya. Takde apa yang pelik. Raya mcam biasa. Selera juga macam biasa. Cuma dah ada rasa nak muntah bila gosok gigi..jeng jeng jeng...ada good news ke????

Tunggu...nanti mami sambung Part 2 k..

Salam syg..
~ Mami Ain ~



Friday, 24 February 2017

Cuti Tahun Baru Cina 2016

Assalamualaikum..
Lamanya mommy tak update blog..tak buat entry baru...sibuk3... Dah mula sekolah lagi la sibuk...nak2 abang Danish dah darjah 1!! Alhamdulillah...nanti mommy cerita pasal abang sekolah ok.. Entry-entry yang terkemudian ni tarikh publish memang carca marba sebab lama sangat dok dalam draf. So publish pon ikut dan jelah..haha..

Sekarang tengah cuti Tahun Baru Cina.. Seminggu u olls.. Papa Mama datang sini so kami tak balik kampung..dapat la lepaskan rindu lama tak jumpa.. Last balik kampung awal disember 2015. Masa tu Poksu tunang kat Wakaf Che Yeh. Kali ni kami ke Nilai sebab AyahNgah plak bertunang. Alhamdulillah tunggu majlis nya plak la nanti..in sha Allah pada bulan Mei 2016 nanti.

Ehh Mei 2016? Nampak tak tarikh dah lepas..haha...ni kes peram lama sangat dalam draf. Oklah..tak nak sambung lagi. Tunggu jelah next2 entry ye..hehe..

Salam sayang...
~Mami Ain~


Fully Breasfeeding [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 33]

Assalamualaikum semua..

Hari ni 25 Februari 2017.. pantasnya masa berlalu..Hari ni nak cerita tentang apa? Ok Mami nak share pasal fully breastfeeding putera hati ketiga Mami ~ Muhammad Ammar Mikail.

Bila Mami dapat tahu Mami pregnant, awal-awal lagi Mami dah niat nak fully breastfeed baby ni sampai dia umur 2 tahun. Dua anak sebelumnya, misinya kurang tercapai. Yang 1st Muhammad Adam Danish (now dah 8 tahun) langsung tak direct feed. Yang 2nd, Muhammad Danial Irfan, 5 tahun, Alhamdulillah dapat fully breastfeed sehingga dia 1 tahun 3 bulan. Lepas tu susu Mami makin kurang dan Mami decide nak pregnant yang yang ketiga.

Now kisah baby ketiga yang dah berumur 2 tahun 3 bulan pada entry ini ditulis. Mami mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Sudah tersurat rezeki Ammar dapat fully breastfeed setakat dia berumur 1 tahun 9 bulan sahaja.. but Alhamdulillah!!! Syukur..tq Allah atas rezeki itu. 

Mami dapat simpulkan yang stok ebm penuh deep freezer tidak menjamin dapat fully breastfeed hingga 2 tahun atau lebih. Apa yang penting, kena jaga jadual pam. Kena disiplin. Mesti pam setiap hari. Hari minggu kena pam, cuti panjang pon kena pam. 

Kealpaan Mami, kalau cuti sekolah 2 minggu, 2 minggu la mami tak pam. Sebulan cuti, sebulan la tak pam.. Hu3...ok2..take noted..next2 tak buat dah. Semoga ada rezeki nak pregnant lagi lepas ni..

Oklah..ini sahaja untuk kali ini. nanti kita bercerita lagi ye..

Salam sayang...
~ Mami Ain ~


Saturday, 26 November 2016

Cuti Sekolah Bermula

Assalamualaikum semua..

Lamanya mami tak update blog ni.. bersawang dah..last post 1 Disember 2015..haha..hampir setahun u olls mami x buat new post. 

Yang dalam draf banyak sangat. Tapi dok situ jelah. Banyak sangat kerja tahun ni. Cabaran terbesar buat mami dalam kerjaya seorang guru selama 7 tahun.. Yang ni nanti mami cerita kemudian.

Cuti sekolah ni ke mana semua? In sha Allah dalam masa 3 hari lagi (Selasa 29 November 2016) mami sekeluarga akan balik ke Kelantan. Kejap je balik. Lepaskan rindu kat TokMa dan TokPa serta orang kampung...4 Disember abi dah mula kerja..hu3..

Ok semua..hope cuti sekolah kali ni ada aktiviti yang berfaedah yang akan dilakukan ye. Dan semua kita semua dalam lindungan-Nya.

Salam Sayang..
~ Mummy Ain ~


Tuesday, 1 December 2015

Milk Storage Bottle Autumnz ~ Serius Comel! [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 32]

Assalamualaikum...salam sejahtera..

Cak....bersua lagi kita..

Kali ni tak mau tulis panjang2 jugak...nak share gambar je...sebab terlebih suka..hehe..


Intai-intai dulu tanya pakcik Google..wah..cantik2...2009 masa menyusu Abang xde lagi kaler-kaler gini..Masa Angah lak mommy pakai je yang Abang punya..hehe

Haa...beli sudah..borong semua kaler..putih je xde dalam gambar

Semangat gitu nak pam kat sekolah..hehe...cantik kan??

Ni yang saiz biasa.. Kalau wide neck lawa2 jugak.. Boleh pump terus guna wide neck dengan Spectra M1 mommy.. tapi Mommy tak beli wide neck. Sebab lagi suka guna liners bubbles untuk simpan stok dalam deep freezer. Lebih jimat ruang sebab brand bubbles plastiknya lagi lembut tapi tahan lasak. Jom cek macam mana mommy jimatkan ruang menyimpan guna liners kat sini (masa ni tak guna brand bubbles lagi). 

Oklah...mommy stop sini dulu ye..Ammar dah nangis tu minta susu!!

Love,
MommyAin

Nantikan Part 33 ye. Part 31 boleh baca kat sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua!!

*berjaya dipublish setelah berbulan2 di peram dlm draf..kikiki*

Assalamualaikum...Salam sejahtera mommies yg dirahmati Allah sekalian...

Raya Haji datang lagi..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikannya bersama keluarga tersayang. Sebenarnya dah 2 tahun tak balik raya kat Kelantan. Sebabnya cuti sehari je..kesian kan...Nasib baik la raya haji kali ni disekalikan dengan cuti penggal 2.

Balik raya haji kali ni Mommy dan Abi buat majlis aqiqah sikit untuk Ammar. Selalu aqiqah untuk anak-anak mommy dan abi buat kat rumah TokMa dan TokAbah (my PIL)..So nanti Papa dan Mama datang makan2 jelah..kata mama rumah Ma ramai pembantu..Mama dah tak larat sebab sorang2 xde pembantu...Baiklah mama..hehe

Kebetulan Cik Ayu mommy nye adik ipar pon nak buat aqiqah untuk Aryan, anak buah mommy yang cerdik banyak cakap tu..hehe..So bertambah meriah la. Boleh jemput dan agih-agihkan makanan lebih sikit pada tetamu. 

Kebetulan 19 September, hari lahir Angah Irfan. So alang-alang dah ada majlis dan jemput semua sedara mara, mommy dan abi berpakat nak sambut birthday angah sekali. Ya..Angah dah 3 tahun!! Cepatnya masa berlalu...

Oklah...kat bawah ni mommy share gambar sepanjang majlis aqiqah dan birthday angah. Jemput tengok..kih3...

Dah nak siap...lupa snap masa tengah doh bercampuk-campuk tu..hehe..

Redho jer..kih3...masa abi potong ngan gunting Ammar ngamuk2..ngan Tok Han (pakcik abi) pandai lak diam ye..

Cak...dah botak...comel tak..??  hehe

Ok ni pic Angah sambut birthday pula.. Takde la birthday sangat..kebetulan sepupu belah abi ni ramai lagi yang tak cukup umur, cousin budak-budak ni pon ada - Rayyan, Aqib dan Aryan. So beli la kek sebiji..TokPa dan TokMa belanja. Sedap jugak...cuppucino cheese SR. First time try...

Eh terbalik?? Saje nak bagi u olls nampak tulisan tu..kikiki

With si cantik ~ Cik Eka, mak sedara budak2 nih..hehe

Oklah..tu je nak share..Alhamdulillah berjaya juga publish..kih3

Love..
MommyAin




Friday, 28 August 2015

Stok EBM Untuk Ammar Semakin Meningkat..Alhamdulillah [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 31]

Assalamualaikum...salam sejahtera mommies cantik sekalian..

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik, walaupun diuji dengan selsema berpanjangan selama 2 minggu, batuk dan demam. OK mommy ngaku...dah lama sangat dah tak ambik Vitamin C Shaklee..as usual...asyik lupa je!! Ampun...Sudahnya, MC 2 hari..

Kali ni mommy nak share stok EBM Baby Ammar. Ambik mood nak marking paper jap lagi..Paper trial PT3 dah 3 hari tak sentuh. Serius tak larat sebab demam menggigil. Nasib baik buat test darah untuk denggi negative. Syukur sangat.

Meh mommy payung (ehh payung pulak hehe) gambar EBM nya ye...

Stok EBM Baby Ammar setakat 29 Ogos 2015..Alhamdulillah

Subhanallah..Alhamdulillah..tu je yang mampu mommy ucapkan. Terima kasih Allah..masih ada rezeki Baby Ammar minum susu mommy. Setakat hari ni stok EBM memang tak usik pon. Bagi yang chiller je hantar ke nursery. Baby Ammar pon sejak dah pandai makan macam-macam ni dah kurang menyusu kat taska. Paling banyak pon 4 botol x 40z..

Oklah mommies..nanti kita sembang-sembang lagi k.. Semoga mommies sekalian dalam lindungan Allah sentiasa.. Amin..

Nanti singgah Part 32 pulak ye..
Yang ni cerita Part 30..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       





Bersenam Untuk Kurus ~ Part 2

Assalamualaikum...selamat sejahtera semua. Diharapkan semua sihat walafiat la ye...

Sekarang musim anak2 tak sihat kan..demam, batuk, seleseme etc..Angah baru kena demam...dh 3 hari. Baby Ammar almost 3 weeks batuk berkahak...tak hilang2 lagi..mommy dan tukar 2x ubat tapi mcm tak berkurang pon..erm..semoga cepat baik ye anak...

Berbalik pada tajuk entry...jeng3....ok..kesimpulannya dah 2 hari mommy skip senaman untuk kurus...kih3...kenapalah malas betul nak bersenam kan..Kesian alat2 senaman yang ada kat rumah ni..Nasib la dapat owner pemalas..kih3..

Oklah...tak nak cakap dah..nak nyorok sebab malu malas bersenam..

Bye..hehe