Sunday, 11 January 2015

Percutian ke Bukit Merah Lake Town

 Salam semua!!!

Hadoiii...penat..mami baru lepas makeover dapur u ollss.. Lepas isyak tadi sental bilik air. bilik2, ruang tamu n ruang2 berkaitan belum sentuh lg..sebulan lebih tinggalkan rumah, dijaga sendiri oleh suami terchenta..so, dapat bayang x camne rupa rumah i? Kikiki...sorry sayang!!

Setibanya dari kampung semalam, mami dah kemas sikit2 dapur, peti ais yang mami tengok dulu. Nasib baik ok.. Esoknya sambung lagi buang bekas2 tipuware yang dah tak nak pakai. Lepas tu kemas beg...Mood bercuti dah datang...yippiiii!!! 

Sekitar 12 tengah hari kami bertolak ke Perak. Tempat yang dituju kali ini adalah Bukit Merah Lake Town Resort. Ke Perak kita kali ni u ollss.. Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Sekitar 4 petang kami sampai di Suria Service Apartment. Husband booked bilik yang kami survey dengan Mr. Google. Dapat la murah skit sebab bilik tu kepunyaan orang persendirian. RM150 untuk satu malam. Kami stay 2 malam, tuan tanah ambik RM250 je..Tq Wani..!! Oh ya..nanti mami tinggalkan link laman web iklan bilik kepunyaan Wani tu ye.



Mommy with En. Hubby. Abang Danish tolong snap pic ni..

Abang excited..Baby Ammar muka penat..macam dia yg drive ye..hehe


Mommy dan Abang Danish. Sama x muka kami?? hehe

Lepas check in, kami keluar makan..dekat je, deretan kedai sebelum tol Bukit Merah. Lepas makan, balik bilik n salin baju.. Mandi-manda time!! Suria Apartment ada pool u olls...besar n ada untuk kanan-kanak serta orang dewasa. Tapi tapi tapi.....kegembiraan anak-anak tak lama..hujan turun siap dengan kilat..so kami semua dah kena naik untuk menjamin keselamatan.. Mami tak sempat sentuh air pon!! Duk dukung Baby Ammar je...hukss..



Pemandangan dari laluan nak ke lif

Nampak sangat tak sabar kan nak mandi-manda ~ Angah Irfan


Disebabkan hujan, sudahnya, kat bilik jelah kami melepak. Husband penat. Lagipun hujan turun dengan lebatnya. Kureng sesuai untuk kami bawa Baby Ammar keluar. Nasib baik Abang & Angah tak complain. Alah bukan tau apa2 pon budak berdua tu, dapat i-pad senyap la..hihihi..

Alamak...Baby Ammar dah mintak susu..nanti mami sambung lagi ye apa aktiviti kami di hari kedua di Bukit Merah..wokeh...tata titi tutu...

No comments: