Sunday, 4 January 2015

Kisah Sedih Penutup 2014

Assalamualaikum....salam sejahtera semua..

Dah lama sangat tak update blog..dah bersawang dah..tengok tu, spider berlumba-lumba buat sarang...kikiki...

Alhamdulillah, dah masuk 2015.. hari ni Baby Ammar dah berumur 47 hari...membesar dengan sihat dan tak banyak ragam..Terima kasih Allah!!

Dalam keterujaan menanti tahun baru, kami sekeluarga diuji dengan ujian kecil dari Allah..Banjir besar melanda pantai timur. Mami dan keluarga di Tumpat turut diuji dengan 'teguran' kecil dari Allah, supaya kami kembali mengingati-NYA.

Paling tragis, mami masih berpantang masa banjir besar melanda. 25 Disember 2014, 39 hari Baby Ammar masa tu. Dengan hati yg berbelah bahagi sebab terpaksa tinggalkan papa dan mama,  mami ikut mertua berpindah ke Panji. Mami, Danish, Irfan dan Baby Ammar naik perahu!! Abah mertua, En. Kamaruddin datang jemput kami dengan perahu...ngeh3..abah lg wira dari wira penyelamat!! Tq Abah!!

Kalau boleh tak nak ingat lama2 pasal banjir tu..cukup terkesan...nasib baik adik2 turut bercuti masa banjir datang. So boleh lah diorang yang tolong papa punggah barang-barang ke tempat tinggi. Mami mampu tengok je, sambil kawal anak2. Dah la suami xde.huk3..kena tinggal berpantang kat kampung.

Secara keseluruhan, air naik sampai ke atas rumah mama, takat buku lali. Haaa..jangan kata sikit je tau..rumah mama tinggi. Air dlm pagar di laman rumah takat pinggang mami yang mempunyai ketinggian 153 cm. Di bahagian dapur basah pula, takat pinggang adik bongsu yg mempunyai ketinggian 173 cm hokayy!!

Apapun yang terjadi, kami terima ujian ini dengan redha. Alhamdulillah tak banyak barang rumah yang rosak.. Cuma almari lama di dapur basah yang rosak sebab lama terendam air. Pintu tercabut derrr.....hadoi..

Apapun, hidup mesti diteruskan. Semoga 2015 memberi lebih sinar bahagia kepada kita semua...

Salam sayang...muaaahhhh...hik3..

Nota cinta : Mommy belanja skit gambar sekitar banjir aritu..

 


No comments: