Wednesday 9 July 2014

Puree For Baby Part 1 ~ Brokoli + Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni mummy nak cerita tentang puree for baby yg dah cecah 8 bulan ke atas..mommies blh semak carta makanan ini sebagai panduan makanan apa yang sesuai ikut peringkat umur bayi.

Masa anak 1st, Muhammad Adam Danish, mummy tidak berkesempatan untuk buat puree atau bubur nasi untuk dia. Danish jenis kurang makan. Dia lagi suka makanan kat rumah pengasuh dari bubur tawar mummy tu..Haishhhh...

So, dengan anak kedua la baru mummy dapat merasa nikmatnya menyediakan puree for my baby, Muhammad Danial Irfan. Kuat makan tau. Tidak pernah reject apa-apa sahaja puree yang mummy sediakan. Alhamdulillah..

Ok..panjang pulak mukaddimah ye..hehe..arini kita try buat puree brokoli + kurma ye..

PUREE BROKOLI DAN KURMA

Bahan : Brokoli, kurma @ kismis

Pilih brokoli yang segar dan bebas ulat

 Cara nak masak :

1.   Potong dan bersihkan brokoli. Buang sedikit bahagian batangnya tu. Belek betul-betul supaya cik ulat tak masuk sekali dalam puree ye..hehe

Dah basuh bersih, toskan.

2. Bersihkan kurma. Buang biji. Selalu mummy guna 3 biji. Ikut berapa bekas puree yang kita nak hasilkan. Kalau banyak, bolehla lebihkan kurma tu. Selalunya juga mummy ambil bilangan ganjil ~ 3, 5, 7 biji. Kalau nak gantikan dengan kismis pon boleh, ikut bilangan ganjil jugak. Kurma dan kismis kan makanan sunnah. Baik untk pertumbuhan rohani baby. Insha Allah. Selain sebagai makanan sunnah, kurma dan kismis akan beri sedikit rasa kat puree tu. So xde la tawar sangat kan.

3. Dah sedia semua bahan, masukkan dalam periuk. Mummy lagi suka rebus berbanding stim. Penah stim tapi macam tak masak je. Ke mummy yang tak sabar menunggu? Hehehe..Masukkan sedikit air, jangan terlalu banyak sebab nanti kita nak ambil semua air tu masa nak blend. Kalau terlebih air cair plak puree tu nanti. So sukatannya sedang-sedang saja. Cukup hingga menutupi cik brokoli kita ye.

Sedia untuk direbus!!

4. Bila dah masak, tutupkan api dan biarkan sejuk seketika. Pastu masukkan dalam pengisar/blender dan kisar sehingga betul-betul halus. Bahagikan kepada beberapa bekas. Kuantiti puree jangan terlalu banyak dalam satu-satu bekas. Baby kan kecik lagi. Takut tak habis nanti.

Tadaaaa!! dah siap..
 
Okeh..mission complete! Yummy2.. sedap nih..mummy pon suka..hehe..Selamat mencuba ye!!
 
Salam sayang..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545
 
Nak slim dan gojes menjelang Aidilfitri? Ada sesuatu yang menarik di sini. Check it out!! 


No comments: