Saturday 19 July 2014

Popia Nestum


Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies manis sekalian..  

Hari ni saya nak kongsikan resipi popia nestum yg tersangat la best. Resipi ni saya dapat dari biras kesayangan yg anak2 panggil Cik Ros.. Bukan kak ros upin ipin ye..hehe..

Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan ye...

2 cawan nestum keluarga original - blend halus
1 cawan horlick
Gula pasir secukup rasa mengikut tahap kemanisan yang mommies nak - blend halus jugak
1 pek kulit popia besar (ada 50 keping)
Bancuhan tepung gandum sebagai pelekat (pekat)


Bahan2 yang diperlukan

Cara2 nak buat Popia Nestum ohsem :)

1. Nestum, horlick dan gula disatukan. Ketepikan.
2. Leraikan kulit popia. Saya ambik 10 keping dahulu untuk mengelakkan ia kering dan seterusnya keras.
3. Gulung seperti dalam gambar di bawah. Jangan gulung rapat2 untuk mengelakkan popia kita jadi keras selepas digoreng. Biarkan ada ruang udara di tengah2nya. (Agak2 seluas lubang straw). Lekatkan hujung gulungan dengan bancuhan tepung tadi.
4. Selepas siap gulung 10 keping, gunting secara menyerong mcm dlm gambar. Habiskan semua 10 gulung.
5. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga kesemua kulit popia habis.

Kulit popia yang telah digulung dan kemudian dipotong serong

6. Gorengkan kulit popia yg telah siap dipotong tadi ke dalam minyak yang banyak. Sesuaikan kepanasan minyak supaya kulit popia tidak hangus. Goreng sehingga habis.
7. Toskan kulit popia yang telah digoreng tadi seketika supaya minyak turun. 
8. Apabila dah agak suam, bolehlah digaulkan dengan bahan2 yg diblend td. Buat sehingga habis. Bolehlah di masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan.

*Saya lagi suka masukkan 4 sudu popia dan 2 sudu serbuk gaul td ke dalam botol. Tutup rapat2 lepas tu goncang. Gerenti semua kulit popia dapat serbuk nestum tu sama rata. Pastu baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kulit popia yang dah siap digoreng dan digaulkan dengan serbuk nestum, horlick dan gula

Dah siap!!! Senang je kan? Hope mommies sudi mencubanya.. Kalau ada anak2 yg besar skit boleh la ajak mereka buat sama2. Selamat mencuba!!!

Salam sayang...
Mummy Ain




No comments: