Monday 2 March 2015

Percutian Ke Bukit Merah Lake Town Resort Part 3

Ok...sedikit lagi aktiviti kami di Perak..

Lepas balik dari ecopark sebagaimana yang mommy ceritakan di sini, kami balik bilik untuk mandi dan berehat. Anak2 penat!!! Mami bagi upah susu sorang sebotol, semua tido. Hehehe..En. Hubby turun ke pool sorang-sorang untuk mandi dengan tenangnya..hehe..Mami pulak lepas bersalin ni, belum ada keinginan lagi nak berendam dan mandi-manda..kalau tak, pantang tengok air!!

Lepas asar, kami bersiap-siap untuk jalan-jalan cari makan. Mommy google siap-siap mana tempat makan best di Perak..Mommy juga ada bertanya pada kawan-kawan di fb. Rata-rata kata must try Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Steambot Taiping, Ketam Lembut Kuala Gula..

Chomeell tak?? Hehehe

Destinasi pertama kami ialah mencari ketam lembut di Kuala Gula. Redah kasi pecah je nih..guna waze. Tempat dituju adalah Kuala Gula Sanctuary Resort. Dah sampai situ, kami pon masuk la dalam restoran yg ada kat dalam tu. Oppss..mommy lupa apa nama restoran tu..kikiki..sorry..jaraknya sejam jugak la perjalanan dari Suria Apartment.

Tapi.......frust u ollss.. Ketam lembut habis...ketam keras pon takde!! So, dah malas nak bangun dan cari restoran lain semata-mata nak makan ketam lembut, kami stay jelah kat situ. mommy order kari sembilang, manakala En. Hubby nak tomyam, telur bistik dan udang celup tepung. 

Ambil gambar kami jelah...ketam lembut takde..sobss..

Habis kisah di Kuala Gula, kami ke Taiping pula, mencari steambot.Kawan En. Hubby geng Exora Perak yang tunjuk jalan..wahhh..baiknya orang Taiping!! Steambot sedap tu berdekatan dengan Taiping Mall. Ada banyak deretan kedai makan kat situ. Mami sempat la beli 2 pasang kasut kat Taiping Mall, lepas tu kami tapau steambot untuk makan kat bilik nanti..

Ermmm yummy..mommy yang makan lebih..haha..

Tak banyak tempat yang kami boleh pegi semasa berada di Taiping. Sebabnya dah malam. Nak gi Night Safari pon tak sesuai sebab bawa Baby Ammar kan..dak tecik tu baru 2 bulan lebih umurnya..hehe..

Habis cerita hari kedua...Semua penat..semua tido awal..hehe..

Esoknya, kami siap2 nak balik ke Subang Jaya. Tapi, tiba-tiba dapat idea nak singgah ke Penang rumah abang ipar dan biras mommy yang duk kat sana. Tiba-tiba punya plan..Errmm ok jugak kan..so terus siapkan anak-anak, pack barang dan check out. 
 
Goodbye pool...abang Danish sedih..haha
 
Yang kelakarnya, kami ke Penang semata2 untuk lunch Nasi Kandar Beratur, n of kos nak jumpa abang dan kakak serta anak buah yang comel kat Penang tu...hehe..lepas makan, singgah rumah abang dan kakak jap rehat2, pastu kami bertolak balik ke Subang Jaya..

Gitulah lebih kurang cerita percutian kami kali ni..Nanti kalau kami jalan-jalan lagi, mommy story2 lagi k..

Till then...bye..muaahhss

No comments: