Friday 24 February 2017

Cuti Tahun Baru Cina 2016

Assalamualaikum..
Lamanya mommy tak update blog..tak buat entry baru...sibuk3... Dah mula sekolah lagi la sibuk...nak2 abang Danish dah darjah 1!! Alhamdulillah...nanti mommy cerita pasal abang sekolah ok.. Entry-entry yang terkemudian ni tarikh publish memang carca marba sebab lama sangat dok dalam draf. So publish pon ikut dan jelah..haha..

Sekarang tengah cuti Tahun Baru Cina.. Seminggu u olls.. Papa Mama datang sini so kami tak balik kampung..dapat la lepaskan rindu lama tak jumpa.. Last balik kampung awal disember 2015. Masa tu Poksu tunang kat Wakaf Che Yeh. Kali ni kami ke Nilai sebab AyahNgah plak bertunang. Alhamdulillah tunggu majlis nya plak la nanti..in sha Allah pada bulan Mei 2016 nanti.

Ehh Mei 2016? Nampak tak tarikh dah lepas..haha...ni kes peram lama sangat dalam draf. Oklah..tak nak sambung lagi. Tunggu jelah next2 entry ye..hehe..

Salam sayang...
~Mami Ain~


Fully Breasfeeding [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 33]

Assalamualaikum semua..

Hari ni 25 Februari 2017.. pantasnya masa berlalu..Hari ni nak cerita tentang apa? Ok Mami nak share pasal fully breastfeeding putera hati ketiga Mami ~ Muhammad Ammar Mikail.

Bila Mami dapat tahu Mami pregnant, awal-awal lagi Mami dah niat nak fully breastfeed baby ni sampai dia umur 2 tahun. Dua anak sebelumnya, misinya kurang tercapai. Yang 1st Muhammad Adam Danish (now dah 8 tahun) langsung tak direct feed. Yang 2nd, Muhammad Danial Irfan, 5 tahun, Alhamdulillah dapat fully breastfeed sehingga dia 1 tahun 3 bulan. Lepas tu susu Mami makin kurang dan Mami decide nak pregnant yang yang ketiga.

Now kisah baby ketiga yang dah berumur 2 tahun 3 bulan pada entry ini ditulis. Mami mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Sudah tersurat rezeki Ammar dapat fully breastfeed setakat dia berumur 1 tahun 9 bulan sahaja.. but Alhamdulillah!!! Syukur..tq Allah atas rezeki itu. 

Mami dapat simpulkan yang stok ebm penuh deep freezer tidak menjamin dapat fully breastfeed hingga 2 tahun atau lebih. Apa yang penting, kena jaga jadual pam. Kena disiplin. Mesti pam setiap hari. Hari minggu kena pam, cuti panjang pon kena pam. 

Kealpaan Mami, kalau cuti sekolah 2 minggu, 2 minggu la mami tak pam. Sebulan cuti, sebulan la tak pam.. Hu3...ok2..take noted..next2 tak buat dah. Semoga ada rezeki nak pregnant lagi lepas ni..

Oklah..ini sahaja untuk kali ini. nanti kita bercerita lagi ye..

Salam sayang...
~ Mami Ain ~