Friday 22 May 2015

Tertelan Duit Syiling..Kami Diuji Lagi

Assalamualaikum mommies sekalian..

Di saat kisah ini dikongsikan, mommy sebenarnya baru pulih dari keracunan makanan. Bukan mommy sorang je kena, tapi kami berempat ~ Abi, Mommy, Abang dan Angah..Baby Ammar je ok, maintain sweet dengan senyumannya. Hehe..

Kenapa mommy kata 'kami diuji lagi'..? Teruskan membaca...

Minggu lepas, 12 Mei 2015, mommy dan abi diuji dengan hal yang berlaku pada Baby Ammar. Bagi mommies yang belum tahu pasal apa yang berlaku pada Baby Ammar, boleh baca kat sini ye..

Ujian kedua buat kami adalah, Danish tertelan syiling 20sen.. Ya Allah..bagai nak gugur jantung di saat dapat panggilan dari Ustazah Ain, menyatakan Adam (panggilan untuk abang di taska) tertelan syiling. Tapi entah kenapa, mommy ada kekuatan untuk tidak menangis sepanjang kejadian itu berlaku..berbeza dengan apa yang berlaku pada Baby Ammar. Mommy sangat-sangat rasa sedih dan down sangat-sangat.

Untuk menyenangkan mommies semua menyelami apa yang mommy rasa sepanjang Danish berhadapan dengan saat getirnya, mommy ceritakan secara ringkas di bawah ini..

18 Mei 2015, 2.12 petang
Mommy cuti rehat hari ni sebab tonsil bengkak. Baru je nak buka kertas jawapan pelajar untuk disemak, henfon berbunyi. Tertera nama 'Ustazah Ain'. Ya Allah..minta dijauhkan perkara buruk berlaku pada Danish di taska...masih terbayang tentang berita yang mommy dengar sejurus selepas menjawab panggilan dari cikgu Nabila, pengusaha di taska Irfan dan Ammar..

Benarlah...hati seorang ibu dapat merasakan ada yang tidak kena telah berlaku pada Danish. Ustazah Ain memaklumkan yang Danish tertelan duit syiling. Terdengar sayup-sayup suara Danish meraung kesakitan. Ya Allah...Terasa melayang separuh nyawa ini dari badan. Mommy minta tolong Ustazah hantarkan Danish ke Hospital QHC kerana selain dekat dengan taska, mommy rasa QHC ada peralatan yang cukup untuk selamatkan Danish.

Lepas call abi, mommy bersiap ala kadar dan terus pecut ke QHC. Sampai di sana, macam biasa, mommy berhadapan dengan masalah parking!! Last-last selamba je mommy parking di petak khas untuk patient Klinik Medijaya. Bila di saat genting macam tu, mommy dan tak boleh fikir panjang dah. 

Parking settle..now, mommy perlu berlari ke QHC yang terletak lebih kurang 5 minit dari Klinik Medijaya. Ya Allah..mommy pasrah..maka berlari-lari anak la mommy ke sana..

2.30 petang
Masuk je dalam QHC, dari kejauhan mommy dapat dengar suara Danish meraung kesakitan. Ya Allah..tabahkan hati ku..kuatkan semangatku demi untuk kuatkan semangat Danish. 3 orang nurse, seorang doktor dan seorang ustazah mengelilingi Danish masa tu. Danish dah tak berbaju. Ustazah gunakan baju Danish untuk tadah air liur yang Danish keluarkan dalam usaha dia nak keluarkan syiling dari tekak dia. 

Mommy peluk Danish, tangisan Danish makin kuat bila nampak mommy. Mommy usap-usap kepalanya dan cakap abang kuat, abang kena sabar, bernafas perlahan-lahan. Susahnya hati bila tangisan Danish makin kuat sambil cakap 'sakit mommy, abang tak boleh nak telah...' Dalam masa sama Danish tetap mengeluarkan air liur nya yang bercampur lendir dan darah!! Ya Allah..kuatkan semangat anakku Ya Allah..selamatkanlah anakku...

Danish minta air, tapi bila ustazah nak suapkan dia minum, Danish cakap dia nak mommy suapkan. Tapi sekali lagi hati ibu ini terseksa bila Danish cakap 'sakit mommy...abang tak boleh nak telan'.. Paling tak tahan bila Danish hentak-hentak kaki tanda dia sakit masa usaha dia nak keluarkan syiling tu..Mata Danish dah merah, dan darah makin banyak bercampur dalam air liur Danish..

Doktor putuskan untuk mommy bawa Danish ke SJMC kerana di sana doktor dan peralatan mencukupi. Mommy mati akal, macam mana nak bawa Danish ke sana..mommy tak tahu jalan. Abi masih lagi otw dari Putrajaya. Alhamdulillah ustazah Danish seramai tiga orang menenangkan mommy dan mereka yang akan bawa kami ke sana..Alhamdulillah..

2.45 petang
Kami dalam perjalanan ke SJMC..Ya Allah...terasa jauhnya perjalanan ke SJMC kali ni. Jalan agak jam..mungkin orang baru mula nak masuk office semula. Abang masih menangis dalam kereta. Mommy dan ustazah cuba tenangkan sambil menadah air liur yang keluar. Baju Danish dah basah keseluruhan, begitu juga dengan sapu tangan kecil mommy. Kali ni mommy dan ustazah guna tisu pula. Danish kadang-kadang tenang, selebihnya dia panik sambil jerit 'sakit mommy...sakit..'.Mommy cuba rasa dan pegang di bahagian kerongkongnya, boleh rasa benda asing yang tersangkut si situ.  

Di saat melihat Danish menghentak-hentak kaki tanda dia kesakitan, mau saja mommy menggantikan tempat Danish pada waktu itu..pindahkanlah kesakitan itu pada ku Ya Allah..kasihanilah Danish..dia masih terlalu kecil untuk menanggungnya. Mommy peluk untuk menenangkannya..

3.15 petang
Sampai di kecemasan SJMC. Danish tak mau jalan dan tak mau didokong oleh ustazah. Nak mommy je dokong. Maka dokong la mommy masuk ke bahagian kecemasan. Selepas menyerahkan surat refer dari doktor QHC, seorang doktor ambil alih kes Danish untuk buat pemeriksaan awal. Mommy perlu mendaftar Danish di luar wad kecemasan. Lagi la dia meraung sebab tak nak mommy jauh dari dia. Mommy pula risau, takut sangat syiling tu akan gerak masa Danish meraung dan menutup saluran pernafasannya..Ya Allah...lindungi anakku Ya Allah..

Selesai mendaftar, mommy segera kembali ke tempat Danish. Alhamdulillah nurse dah bagi bekas untuk tadah air liur Danish, ustazah tengah tadahkan. So baju Danish mommy tumpang basuh kat sinki dan masukkan dalam beg plastik yang nurse bagi. 

Doktor putuskan yang Danish perlu di x-tray untuk tengok kedudukan syiling tu dengan lebih jelas. Nurse suruh mommy duduk atas wheelchair sambil riba Danish dan kami ditolak ke bilik x-tray. Di bilik x-tray Danish tak nak doktor pegang atau buat apa-apa pada dia..nangis je tak nak lepas tangan mommy..puas pujuk last-last x-tray dibuat sambil kami berpegangan tangan..aishhhh...abang..abang..

Huh...ngeri tengok keputusan x-tray tu..jelas nampak kedudukan syiling tu...hu3..mommy share kat bawah ni..

Kedudukan syiling dalam salur pernafasan Danish
    
Setelah siap di x-tray, mommy dan Danish dihantar kembali ke wad/ruang kecemasan, membawa result x-tray. Doktor tadi meneliti gambar x-tray dan setelah membuat beberapa pemeriksaan lagi ke atas Danish, doktor memutuskan yang Danish akan di masukkan ke wad terlebih dahulu, dan surgeon akan putuskan bila operasi mengeluarkan syiling tu akan dilakukan..Uiisshhh..makin seram plak mommy rasa.

3.35 petang
Kami sampai di tingkat 3, bangunan klinik doktor pakar SJMC. Sewaktu mendaftar Danish di kaunter, abi sampai. Lega skit rasa kalau tak Danish asyik nangis je tak nak ustazah dia, nak mommy je. Mommy pulak masa tu rasa sikit nak nangis bila tengok abi..dari tadi lagi kuat tau, x nangis dan bersemangat bagi kata-kata semangat kat Danish. Hu3...mommy buat-buat tak layan sebab tak nak betul-betul nangis nanti.

 3.50 petang
 Danish dipanggil ke bilik doktor. Doktor nak cek tekak Danish tapi macam biasa la budak manja tu, mana nak buka mulut dia..Puas pujuk nak bgi dia diam...tapi ermmm.... 

So keputusan doktor sama juga. Selepas buat pengiraan bila last time Danish makan, maka jam 6 petang nanti Danish akan masuk OT, akan dibius dan coin tersebut akan cuba dikeluarkan oleh doktor. Hadoii...masuk OT...macam-macam perasaan mommy rasa masa tu..

4.05 petang
Kami menunggu untuk Danish dimasukkan ke wad..baru booked bilik, dan waktunya baru jam 4 petang..lambatnya nak pukul 6..nak sangat semua benda ni berlalu dengan segera..

Danish bagitau mommy dia nak kencing. So abi tolak mommy dan Danish guna wheelchair ke toilet. Masa Danish nak kencing ni lah, dia macam nak muntah dan dengan izin Allah, syiling 'jahat'  tu keluar dengan sendirinya..syiling 20sen lama rupanya...Alhamdulillah3...tq Allah..

Hu3...akhirnya kau keluar jugak ye syiling

Kami kembali ke ruang menunggu, jumpa pegawai yang bertugas di kaunter hadapan bilik doktor. Bila mommy maklumkan yang syiling dah terkeluar dengan sendiri, pegawai yang seramai 3 orang tu serendak cakap 'ohhh thanks God..'..hehe..mereka pon susah hati sebenarnya..

Kami jumpa doktor sekali lagi. Selepas cek tekak Danish, doktor kata tak ada apa yang nak dirisaukan. Untuk luka di tekak tu nanti, doktor akan bagi ubat dan antibiotik untuk dimakan...

Fuhhhh...panjang betul ceritanya... 

Mencabar betul nak jaga anak-anak yang lasak nih...

Apapun, syukur Alhamdulillah. Danish tak perlu masuk OT. Malamnya terus boleh habiskan semangkuk bubur nasi, dan esoknya dan boleh pergi taska..

Ni masa tunggu turn nak jumpa doktor pakar. Syiling masih di tekak

Ni pula masa dah nak balik, tengah tunggu nak ambil ubat di farmasi

Harap kisah Danish ni dapat jadi pengajaran buat mommies semua.. Hati-hati la..jangan bagi langsung anak-anak  main dengan benda-benda yang kecil seperti syiling serta permainan yang kecil-kecil. Macam Danish ni obses sangat dengan syiling sampai terbawa ke sekolah. Ustazah suruh simpan pun, dia masih nak main-main dengan syiling tu..

Oklah...bertemu lagi di lain entry ye..jaga diri mommies semua..



 

No comments: