Friday 27 June 2014

Panduan Memberi Makanan Pejal Untuk Bayi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua..

Hari ni just nak share gambar yang dapat membantu mommies di luar sana memberi makanan pejal a.k.a solid food buat si manja mengikut peringkat umur. 

Masa anak pertama, Danish, saya tidak jumpa lagi panduan ni. Apatah lagi si Danish tu jenis yang kurang makan. Awal-awal lagi saya dah bagi nestum. Suka la dia sebab manis. Bila masak bubur tawar, langsung dia tak nak. Perangai picky eater si Danish berlanjutan seiring dia membesar. Tapi, bila Danish hampir masuk umur 3 tahun, saya mula mengenali dan jatuh cinta pada kebaikan Shaklee pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, set ini dapat membantu menaikkan selera makan Danish, di samping menguatkan sistem imunnya.. Alhamdulillah..

Masa Irfan pulak, memang enjoy sangat masak untuk dia. Irfan memang kuat makan. Alhamdulillah, sehingga ke sekarang umurnya hampir nak masuk 2 tahun, Irfan tidak pernah disuap dengan nestum yang manis tu. 

Sekarang saya tak sabar nak menimang cahaya mata ketiga. Nak kembali mengumpul EBM, nak masak puree untuk baby, masak makan pejal..wahhhh..terujanya!!!

Oklah..semoga gambar kat bawah ni sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua dalam menyediakan makanan pejal untuk bayi comel masing-masing ye..

Salam sayang..
Mummy Ain..
Pengedar Sah Shaklee Selangor
ID Shaklee : 962541
sms/wa : 014-9270545


Tuesday 24 June 2014

Halfmoon dan shawl terbaik dari ladang!!

Sekarang mummy duk giat mengumpul halfmoon dan shawl by Pn. Farah.. Farah ni adik ipar mummy. Beliau sendiri yang design dan jahit halfmoon serta shawl tu. Cantiks2 semua boleh view design-design tu kat sini ye.

Boleh add beliau juga di sini.

Gambar kat atas tu baru intro-intro je.. Tu pun dah terpikat kan.. So kalau nak tengok design-design lain, jangan lupa klik link yang mummy bagi kat atas tu ye.

Happy shopping!!

Lots of love..
Mummy Ain..
Pengedar Sah Shaklee Selangor..
014-9270545

Mummy semua nak anak genius tak? Klik sini ok..

Bukit Gambang Water Park..

Seronok3...tu je boleh diungkapkan..hehe..

Alhamdulillah anak-anak seronok..abang takut-takut berani.. adik terlebih berani..beza..memang berbeza..

Paling best di Coco Beach..kat situ macam mandi pantai..lagi best sebab airnya tidak masin macam air pantai..hehe..kami sewa family boat..main ombak sampai pengsan!! Sebelum sampai ke air, kita akan lalu pasir dulu.. Ala-ala tepi pantai gitu..sangat ohsem!!

Mummy tidak sempat ambil banyak gambar.. Hanya beberapa keping gambar je. Bukan senang nak kesana kemari main air bawa henpon. Barang-barang berharga semua simpan dekat loker untuk tujuan keselamatan. 

Okey..di sini mummy kongsikan beberapa moment kami di sana..





Lots of love..
Mummy Ain
Pengedar Sah Shaklee Selangor
014-9270545

Anda juga pasti suka entry ini... Jangan lupa klik ya!!

Saturday 21 June 2014

Destinasi Percutian Kali Ini ~ Bukit Gambang Water Park!!

Assalamualaikum....salam sayang buat semua..

Entry kali ni sy nak cerita tentang percutian kami ke Bukit Gambang Water Park..cuti sekolah dah berakhir..tp kami ni baru nak bercuti..hehe.. Al maklumlah en. Boss kerja masa kami semua cuti sekolah dan taska..harapnya org x ramai macam cuti sekolah..

Tapi....macam mana nak cerita..kami x pergi pon lg..kikiki.. Tunggu esok ye mummy update.. Malam ni kami bermalam di Caribbean Bay Resort. Biliknya ok2 la..mummy ambik bilik paling kecik.. Ada 2 single bed yg bercantum..ala2 queen size jgk la jadinya.. Terlebih    muat utk kami 4 beranak..

Tak sabar tunggu esok!! Okeh mummy yg terlebih excited.. Anak2 arjuna beta dh selamat beradu.. En. Boss apa kurangnya..penat drive sorg2..


Apa2 pun, esok pasti menjelma..semoga dipermudahkan segalanya esok.. yg penting semoga anak2 happy..

Salam sayang..
Mummy Ain Naim
SID bertauliah anda..
014-9270545

Nota kaki : anda juga pasti suka entry yg ini ..


Wednesday 4 June 2014

Jom Buat Buku Merah !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera manis2 semua..❤❤

Hari ni mummy Ain rajin nak update blog comel ni..Entry hari ni tentang buat buku merah.. Apakah? Passport kah? Bukan passport okay.. Ain sekarang di Klinik Kesihatan Taman Medan.. Kandungan Alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan..so hari ni nak buat Buku Merah la, a.k.a. Buku Rekod Kesihatan Ibu, khas untuk ibu2 mengandung..

Ni first time Ain check up kat sini..2 anak sebelum ni di klinik yg berlainan.. Masa pregnant 1st, Muhammad Adam Danish, kami tinggal di Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor. So kena check up dekat KK Pulau Meranti.. KK ni betul2 sebuah klinik desa yg sgt ' desa'.. hehe..keseluruhan binaan klinik tu adalah dr kayu..kita berjalan lantainya bunyi kriak kriuk..hehe..

Pregnant kan Muhammad Danial Irfan, anak kedua.. kami tinggal di Kuartes Guru Usj 6. Sampai la sekarang kami tinggal di sini. Kalau nak ikutkan, sesiapa yg tinggal di Usj, kena check up di KK Taman Medan ni lah..jauh kot! Tapi Ain guna muslihat sikit iaitu tukar alamat rumah... so dpt la check up di KK Batu 13, Puchong.. Dekat skit dengan rumah..kikiki..

Now pregnant anak ketiga, dah x berani auta alamat..hehe..ku dah jadi baik sudah.. Itulah yang menjadikan Mummy dan Abi terperap kat sini.. why terperap? Ramai kot orang.. Ain sampai jam 10 td.. Dapat nombor 2208.. nombor tertera baru nombor 2000..thorrrbaikk...

So, menunggulah mummy di sini dengan comelnya..nasib baik dah makan.. Abi x tau mcm mana keadaannya dalam kereta tu..tertido dah kot..kikiki..

Ramai sgt2 orang time ni..parents yg bawak baby pon ramai untuk monthly check up.. Ada yang nangis, x selesa kot lama sangat 
menunggu.. Nasib baik Digi cover perubatan untuk semua staff.. So dapat la kami bawa anak2 utk cucuk imunisasi di klinik swasta. Syukur Alhamdulillah...

Oklah.. Mummy dah pening ni..ngantuk pun ada .hehe.. Sampai sini dlu..nanti kita sembanb lagi ye.. Salam sayang.. ❤❤