Sunday 12 April 2015

Cara Jimat Ruang Susun EBM Dalam Freezer [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 11]

Assalamualaikum....
Salam ceria dan selamat berhujung minggu..

Hari ni mommy nak share cara mommy wrap semua ebm Baby Ammar. Tujuannya supaya lebih jimat space dalam deep freezer.

Jom, ikut step by step ye..

BAHAN-BAHAN UTAMA
 
Sediakan bahan-bahan nya dulu ok..

Bahan2 utama dalam langkah menjimatkan ruang simpanan EBM :
- Masking tape
- plastik 7x10 (saiz sekilo gula)
- pen sharpie (atau apa-apa sahaja permanent marker)
- buku catatan stok ebm
- jongkong emas a.k.a ebm..hehe

STEP  1 & 2
Tengok betul-betul aaa...

Step 1
- Ambil 5 EBM mengikut tarikh terdahulu, atau ikut nombor yang mommy dah tagging dari awal-awal lagi. Contohnya pack no. 1-5.
Step 2
- Ambil sehelai plastik 7x10, susunkan kesemua kelima-lima EBM tadi kedalam plastik tadi. Pastikan nombor yang ditulis pada plastik EBM menghadap ke dinding plastik 7x10 tu.
- Oleh kerana mommy guna plastik Autumnz, so EBM mommy tidaklah bersaiz seragam dari atas ke bawah. Atas nipis, bawah gemuk skit.
- So, kenalah susun EBM tadi dalam keadaan selang seli gemuk kurusnya supaya dapat hasil akhir yang seragam.
STEP 3 & 4
  Tengok lagi betul-betul..

Step 3
 - Dah siap masukkan kelima-lima kepingan EBM tadi, ambik masking tape dan lekatkan di bahagian atas plastik, macam dalam gambar.
- Rapikan plastik supaya kelihatan kemas. Bahagian bawah pon mommy letak masking tape jugak..

Step 4
- So, dah boleh labelkan pada masking tape tadi, nombor EBM dalam jongkong emas EBM tu. Contoh macam dalam gambar mommy tu, ia adalah dari nombor 163-167.

STEP 5
Susun dalam deep freezer. Dapatkan model comel untuk serikan lagi gambar anda..kikiki

Step 5
- Ulangi Step 1 - 4 sehingga kesemua EBM mommy habis ye. 
- So dah boleh susun cantik-cantik dalam deep freezer..yehaa..


Senang je kan...lagi senang time nak gunakan sebab EBM dah tak berterabur dah. Ambik je ikut turutan supaya tidak terguna EBM yang baru pam..

Ok Mommies.. hope entry kali ni dapat bantu mommies macam mana nak manage kita nye EBM supaya lebih tersusun, kemas dan paling penting senang bila time nak pakai.

Till then...bye..

Nota cinta :
Jom teruskan dengan Part 12
Terlepas Part 10? Tak apa, boleh baca kat sini..


# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
 

No comments: