Saturday 28 March 2015

Misi Mencari Deep Freezer [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 8]

Assalamualaikum...

Mommy dah lupa berapa hari bulan, tapi yang pasti, hari nya adalah hari Sabtu. Mommy berjaya pujuk Abi untuk keluar mencari deep freezer hari ni. Ngeh3..

Pencarian kami bermula di Seng Heng Taipan. Naik tingkat 1, ada pelbagai peralatan elektrik kat situ. Tapi deep freezer ada display sejenis je, tu pun jenis cheast deep freezer jenama Elba. Harganya mommy dah lupa..kikiki..

Percarian diteruskan ke Shah Alam. Kat sana ada satu outlet Courts Mammoth yang boleh tahan juga besarnya. Ia terletak di L1-25 B, Persiaran Setia Dagang, Alam Nusantara, Shah Alam. Tapi, pencarian kami tidak mendatangkan hasil juga. Kat sini langsung tiada deep freezer, sama ada jenis cheast or upright. Hu3...frust nonggeng plus lenguh kaki kejar abang dan angah dalam kedai courts tu. Pekerja yang bertugas tu kata, outlet di USJ 1 maybe ada sebab situ paling besar untuk Selangor. Erkkk...USJ 1? Alamakkkkkkk!!!! Kenapa mommy dan Abi boleh lupa kat USJ pon ada Courts Mammoth??? Selalu sangat pegi Mydin Mall sb dekat je ngan rumah kami. Dan courts sebelah tu je!! Hadoiii...

Adehhh...Nak tak nak, kami pusing balik dari Shah Alam balik ke Subang Jaya. Tapi perut dah lapar ni..Belum lunch kot. Abang dan angah pon dah mula bising. So kami singgah la makan kejap di sebuah kedai makan yg diberi nama Nasi Kak Wook. Nasi ni berasal dari Kelantan. Ni dikira cawangan la ni, terletak berhampiran Uitm Shah Alam.

Dah kenyang, pencarian diteruskan. Sampai la kami di Courts Mammoth USJ 1. Mommy masuk sorang je. Abi jaga rakyarts jelata dalam keta. Wahhhh...sangat besar CM yang ni. Saujana mata memandang. Mommy terus menuju ke bahagian freezer. Pon sama, yang jenis upright xde jugak dipamerkan. Mommy nak tengok cemana rhupenya upright tu..huk2. Yang ada 3 jenis cheast df, dari 3 brand yang berbeza serta harga yang berbeza.

Mommy send pic via whatsapp kat abi, tanya ok tak kalau beli jenis cheast je. Abi reply ikut suka Mommy la, kalau ada stock ambil jelah. Skali ketiga2 brand tu kena order dulu dan ambil masa lebih kurang 3 minggu. Erkkkk....mommy ada cakap tak tadi kalau boleh nak hari ni jugak df tercongok kat rumah?? OOooo takde ye..hehe. EBM Ammar dah penuh, so nak tak nak mesti dapat paling lewat dalam masa 2 hari untuk transfer kesemua EBM tu.

Masuk dalam kereta, bincang dengan Abi. Abi dah mula give up dah, penat dan ngantuk sebab baru lepas lunch. Mommy kata kita kena beli hari jugak, kalau tak nanti susu Ammar rosak. Pastu tu esok atau lusa kena keluar cari jugak, baik settle kan hari ni juga. Mommy boleh kembali senyum bila abi cakap ok..hehe..

Kami ambil keputusan untuk kembali ke Taipan. Sebab kat situ, selain Seng Heng, ada 2-3 jenis kedai menjual peralatan elektrik juga, cuma mungkin ia tidak se glamer Seng Heng. Di salah satu bangunan, ada 3 buah kedai menjual barangan elektrik. So mommy masuk kedai yang pertama, Onking.  Kat sini upright jenama Elba ada dijual, cuma kena order, dalam masa 3 hari boleh dapat..alaaa...lambat la pulak.. harga pon boleh tahan, dalam rm1500++ gitu. So, mommy kata tak pe lah, saya survey dulu kat kedai lain.

Mommy masuk pula kedai kedua, HLK Sdn. Bhd. Macam kecik sikit kedai ni, ada ke tak upright df ni. Bila tanya-tanya pekerja situ, ada upright df, tapi jenama Hesstar. Ada yang display so boleh la mommy tengok. Woowww...ok jugak, macam lawa je, macam besar je..Ada 6 layer semuanya. Mommy tanya kalau order, bila boleh dapat. Pekerja tu kata esok!! Weeheee....!! Ok, saya nak beli!! Haha..nampak x betapa gelojohnya mommy. So kami terus ke kaunter, isi borang, bayar dan siap!! Boleh balik tido dan tunggu df mommy sampai esok. Wakaka..

Alhamdulillah..pencarian kami berakhir..tak sabar tunggu Ahad datang menjelma..hehe..

Ok..bye...

Nota cinta : Jom baca Part 9
Terlepas Part 7?  Boleh baca di sini.

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

No comments: