Salam manis mommies sekalian..
Erm dah lama mommy tak update blog...bz sesangat..bermula dengan ulangkaji dengan students, marking exam papers, balik kampung..yahuuu!!!
2 minggu cuti sekolah yang best.. Tapi kami balik kampung minggu kedua. Baget minggu pertama nak setelkan semua marking...ermmmm yang hado...sudahnya usung balik kampung.. Berazam nak siapkan masa kat kampung...ermmmmm yang hado jgk...kikiki...
Ok...back to topic.. Mommy dan breast milk storage bag memang takleh pisah dah. Rasa nak topup je memanjang..hehe..Sekarang lagi la banyak nak pakai..sebab Baby Ammar dah boleh makan puree. Mommy guna breast milk storage bag tu untuk simpan frozen puree Baby Ammar.
Masa anak kedua dulu, Angah Irfan, mommy simpan ebm dalam breast milk storage bag jenama Autumnz. Best jugak liner brand Autumnz ni. Tebal, senang nak handle. Tapi kena gunting atas sebelum nak isi ebm. Tapi bukan susah pun nak gunting. Hehehe...
Bila stok liner dah habis, mommy nak kena topup la kan. So pegi la mommy dan abi mencari kat satu butik baby ni..Butik Peekaboo..comel je nama kedai kan..hehe..Boleh tahu pasal butik tu sebab baca dalam Majalah Pa&Ma. Peekaboo buat sales breast milk storage bag jenama Bubbles, sempena pembukaan cawangan baru. Nak view pasal butik tu boleh klik sini ok..
Ehhh...eehhhh...mommy dah cerita la pasal beli liner bubbles kat entry ni..kikiki..tapi tak cerita detail la..masa tu siap lupa nama kedai..hehe..so kali ni kena cerita kenapa mommy suka jenama Bubbles kan? Kelaut betul la mommy ni..
Ok, belanja gambar sekeping..perbezaan Autumnz dan Bubbles dari depan..
Perbezaan dari depan..Bubbles tempat tulis2 tu bahagian atas. Macam cool kan..hehe
Meh tengok perbezaan dari sudut baring pula..hehe
Masa bekukan ebm, mommy memang baringkan liners. Nampaknya Bubbles juara slim!! hehe
Nampak takkkk???? Bubbles lagi slim u ollss bila ebm dah beku. Memang la material nya lagi lembut dari Auntumz. Tapi, lembut tak semestinya tak tahan lasak kan..hope brand ni selasak Auntumz la ye..
Memang dah suka sangat-sangat dah brand ni. Slim, dan yang penting murah!! Mommy dah jadi ahli Peekaboo. So ada lagi additional less 10% untuk ahli.
Oklah..ni jelah nak cerita..nanti sambung lagi ye.
Salam manis...jangan lupa baca next entry ok...Part 28 gitu..hehe..dan ni link untuk Part 26 yang lepas..
# Berminat dengan set
untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk
dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
No comments:
Post a Comment