Wednesday, 13 May 2015

Panduan Dan Cara Mengendalikan EBM Untuk Dihantar Ke Taska/Pengasuh [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 23]

Assalamualaikum..salam sejahtera mommies semua.

Ok, kali ni mommy tak nak tulis panjang-panjang. Just nak tepek gambar panduan dan cara mengendalikan EBM ke taska/pengasuh. Nah mommy tepek gambar yang di cilok dari Miss Google..

Tq Miss Google!!

Maknanya....kalau baby mommies minum 5 botol sehari, jangan la hantar ke taska lima-lima ebm. Kena balance kan zat untuk anak tu ye. Kena campur ebm dengan yang fresh. Yang fresh tu maknanya yang kita tak masukkan dalam peti beku lagi la. Biasanya mommy akan masukkan fresh milk ke deep freezer pada hari keempat, kalau ia masih belum digunakan.

Ok...harap dapat membantu mommies yang baru belajar k..(elehh..macam terror sangat mommy nih)

Nanti baca Part 24 tau..
Part 22 dah baca?



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       



Cara Mencairkan EBM Dalam Liner/Botol [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 22]

Assalamualaikum semua..

Hari ni Mommy nak cerita bagaimana cara mommy mencairkan ebm, sebelum bagi pada Ammar..

STEP 1 - keluarkan ebm yang diperlukan dari freezer/deep freezer pada malamnya, dan letak di peti   bawah/chiller

STEP 2 - masa dah nak pakai tu, ambil liner/botol storage dan rendam dalam semangkuk air panas. Kalau mommies ada warmer lagi bagus. Warmer mommy, mommy bagi pada taska. Kalau mommies simpan kuantiti yang banyak dalam satu liner, terlebih dahulu perlu tuangkan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan ke dalam botol susu baby, lepas tu baru panaskan. Kalau rendam dengan liner tak perlu lama sangat sebab liner kan nipis je. 

STEP 3 - bila dah agak-agak suam, keluarkan liner dari mangkuk. Tuang ebm yang dah suam tadi ke dalam botol susu. Cek suhu ye mommies..dengan cara titikkan di belakang tangan.

STEP 4 - baby Ammar dah boleh minum...yeay!!! Bismillah...

Mommy tepek gambar ye..senang faham sikit kot..

Sumber : En. Google

Sumber : En. Google lagi

PERINGATAN !!
  • ebm perlu diturunkan ke chiller dulu sebelum hendak dipakai supaya ia boleh mencair secara semula jadi
  • ebm yang dah cair tidak boleh dibekukan semula
  • ebm yang dah di suamkan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam
  • kalau baby tidak habiskan susu yang dah dipanaskan dalam masa 1 jam, susu tersebut perlu dibuang sebab takut air liur baby membiakkan bakteria 
  • jangan goncang dengan kuat botol susu yang mengandungi susu ibu 

 Ok mommies.. hope entry kali ni dapat bantu mommies menguruskan ebm dengan lebih teratur. Sama-sama kita belajar k!!

Nanti jangan lupa tengok Part 23 ye
Sesuatu yang menarik di Part 21

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       



Bayi Menangis Dan Jadi Biru ~ Dah Terjadi Pada Ammar!!

Allahuakhbar...

Syukur Alhamdulillah...itu sahaja mommy dan abi dapat lafazkan bila doktor sahkan jantung Ammar stabil, paru-parunya juga tiada masalah. Sujud syukur hanya padaMu Ya Allah..

Di saat mommy tulis entry ni, mata masih lagi basah. Tapi bila pusing sebelah tengok Ammar yang sedang tidur, lega rasa hati. Tidur sambil senyum-senyum!! Malaikat tegur ye sayang??

Ok..berbalik pada tajuk kali ni. Sekitar 9.30 pagi, Selasa 13 Mei 2015, telefon mommy berdering. Round pertama mommy buat tak tahu lagi sebab masa tu tengah mengajar. Tapi bila kali kedua berdering, mommy assume itu panggilan penting. Lepas minta izin dengan students, mommy ambil telefon. Tertera nama pengasuh Irfan dan Ammar. Sambil-sambil tu sempat fikir, mommy tertinggal botol Irfan ke arini? Tertinggal EBM Ammar ke? Rasa semua dah ada. 

Diringkaskan cerita, Cikgu Ammar cerita yang Ammar menangis sampai muka jadi biru sekitar 8.30 pagi tadi. Masa tu cikgu dia nak angkat dan mandikan. Ammar nangis sampai sesak nafas, sebab tu jadi biru. Ya Allah...mommy terduduk atas kerusi, sambil sebelah tangan lagi pegang lengan student, menjadi kekuatan barangkali..

Cikgu Ammar kata masa dia call mommy tu, Ammar dah ok..dah boleh menyusu macam biasa. Tapi cikgu dia suruh jugak mommy dan abi datang taska tengok Ammar. Maybe nak bawak ke doktor ke. Mommy terus call pentadbir untuk cari cikgu gantikan kelas mommy. Lepas say sorry pada students sebab terpaksa tinggalkan kelas, mommy terus ke office untuk jumpa Pengetua. Call juga abi sebab mommy tak boleh keluar, kereta kena block!! Syukur, abi hanya 5 minit dari sekolah mommy. Thanks kawan-kawan yang tawarkan diri nak hantar mommy ke taska ~ Adik Feeqah, Ayu, K.Ton dan kawan2 yang tenangkan mommy serta gosok2 belakang mommy tadi suruh bersabar..sesungguhnya masa tu mommy tersangat blurrr!!!

Sampai di taska, cikgu Ammar dah dukung Ammar dan menunggu di depan pintu taska. Mommy tengok tiada yang pelik pada Ammar. Cuma dia agak diam dan tak senyum kat mommy dan abi. Terus kami bawa ke klinik keluarga kami, Klinik Medijaya di Taipan. 

Otw ke Taipan tu baru mommy perasan di tepi kepala belah kiri Ammar ada kesan lekuk panjang dan atasnya bengkak sedikit. Mommy snap picture dan send pada cikgunya. Cikgu Ammar kata kalau jatuh tak mungkin sebab Ammar duduk dalam baby coat. Maybe terhantuk. Mommy juga rasa Ammar terhantuk sebab lekuk tu panjang, dan bukan lebam, macam trauma akibat jatuh.

Masa jumpa doktor, doktor kata pernafasan Ammar macam berbunyi sikit. Maybe masa nangis tu, saluran nafas dia tersekat, sebab tu la muka Ammar jadi biru. Doktor cadangkan untuk di refer ke hospital kerajaan, Hospital Putrajaya, kot-kot la ada kes dera. Tapi mommy rasa memang bukan kes dera. Hati mommy kuat kata Ammar terhantuk dan dia nangis kuat sangat sampai sesak nafas. Ammar sekarang sangat lasak, sedang berusaha untuk merangkak. 

Lepas ambik surat refer, mommy dan abi tak ke Putrajaya, tapi kami ke QHC, namun tak diterima sebab Pakar Kanak-kanak duty belah petang, 6 pm onwards. Untuk kes macam Ammar, jangan tunggu lama, perlu segera ke mana-mana hospital yang besar. Nurse tu cadangkan Sunway Hospital. So ke sana la kami.

Sepanjang jalan, Ammar memang senyap je. Tidak aktif macam biasa. Senyum pun sekupang dua je, tak mekar macam biasa. Risau sangat!!!!

Diringkaskan cerita, bila dah dapat jumpa pakar kanak-kanak di Sunway Hospital tu, mommy cerita la apa yang berlaku dari awal hingga ke saat kami jumpa dia. Masa doctor dok cek-cek Ammar tu, Ammar boleh sengeh-sengeh, senyum-senyum dan badan meliuk lintuk, tendang-tendang kaki, happy macam takde apa yang berlaku tadi!! Allahuakhbar..Ammar mommy dan kembali!! Doktor nak cek denyutan jantung pon susah sebab Ammar nak berpusing meniarap..hehehe..

Ringkasnya lagi..tiada apa yang perlu dirisaukan. Maybe betul Ammar terhantuk. Dek kerana hantukan tu tersangat kuat, so Ammar pon menangis sekuat hati. Masa menangis, kita mesti tarik nafas sekuat-kuatnya kan? Dalam kes Ammar ni, Ammar seolah-olah 'terlupa' nak bernafas kembali, sebab tulah dia jadi sesak nafas. Allahuakhbar... Ammar..Ammar...macam tu pon boleh...

Syukur sangat-sangat bila doktor sahkan jantung Ammar ok, paru-paru juga ok. Bunyi-bunyi masa Ammar bernafas tu normal, tak perlu sedut kahak pon. Just pantau Ammar dalam masa 24 jam. Mommy perlu risau kalau Ammar tiba-tiba muntah, nangis tak berhenti tanpa sebab dan tidak aktif macam biasa.

Mommy ada juga search pasal kes Ammar ni, terjumpa la blog sorang mommy ni. Anak beliau pon pernah berkali-kali jadi macam tu. Dari komen-komen followers beliau jugak, anak-anak mommies lain pon pernah juga jadi macam tu..kesnya 'lupa' nak bernafas kembali.

Kes macam Ammar ni di panggil breath holding. Nak tahu lebih lanjut tentang breath holding, boleh baca di sini. Yang penting baby atau kanak-kanak yang spesis macam ni tak boleh di biarkan nangis terlalu lama, atau terlalu kuat. Dan kalau terjadi, mommies jangan panik. Angkat baby, peluk dan sambil tu gosok-gosok belakangnya. biasanya dalam 1 minit baby akan pulih. Tapi kena rujuk doktor juga ya!

Sorry...terpanjang pula coretan mommy kali ni. Lega rasanya bila semuanya dah berakhir. Ammar pon dah bangun tu. Dah berak dan menyusu macam biasa. 

Tq Allah...




 


Friday, 8 May 2015

Kuantiti EBM Dalam Setiap Liner/Botol [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 21]

Assalamualaikum...

Salam bersiaran kembali..

Entry kali ni mommy nak cerita pasal kuantiti EBM yang mommy masukkan dalam plastic storage/botol. Sebenarnya tak ada sukatan yang standart atau 'wajib' pun. Bergantung pada anak mommies sekalian. Macam mommy, mommy suka letak 5oz je setiap pek. Nanti senang nanti bila pengasuh nak panaskan. Kiranya, 5oz ni untuk sekali penggunaan. Kalau tak habis pon, bukannya tak habis banyak sangat.


Mommy suka isi 5oz je setiap liners/botol

Liners yang mula-mula mommy kenal bila start menyusu badan ni adalah jenama Autumnz. Start masa Angah Irfan dulu. Dan diteruskan masa Baby Ammar ni pula. Yang jenama Bubbles tu baru je ter'minat'..hehe..best jugak..untuk isian 8oz. So bila mommy isi 5oz je, liners yang mengandungi ebm tu akan lebih slim. So lagi jimat ruang.

Oklah..setakat ini sahaja kali ini..selamat berhujung minggu semua..

Jemput baca Part 22 ye..
Part 20 boleh dibaca di sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Pam Susu Yang Mommy Kelek Setiap Hari [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 20]

Assalamualaikum...

Taraaaaa...mommy's best friend...

Spectra M1, double pump...

Parts..tak banyak sangat..tengah menyusu pon boleh pasang untuk tandem

Motor..built-in battery..

Ringkas cerita, pam yg terbaik mommy rasa...ececehhh..macam la dah penah guna banyak pam. Hehe..Ni pam kedua yang mommy pakai. Masa menyusu Angah dulu, mommy pakai brand Pureen, single electric pump. Pun terrrrbaik tak padan dengan harga. Cuma bila dah masuk anak ketiga ni, mommy nak betul2 all out, nak fully bf Ammar sampai dia 2 tahun..

So, mommy pon beralih ke double pump. Alhamdulillah mmg sangat-sangat membantu dalam kerja mengumpul ebm. Dah namanya double pump kan, sangat jimat masa. Kelebihannya lagi, pump ni ada built in battery. So mommy dah tak perlu pakai elektrik sekolah time nak pam di sekolah. so takde la rasa 'bersalah' sangat..hehe

Kalau mommies tercari-cari pam mana yang bagus, mommy sarankan brand ni..boleh masukkan dlm list untuk dipertimbangkan ok. 

Till then..bye2..

Jemput baca Part 21
Isu lepas...Part 19

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       



Sunday, 3 May 2015

Hantar EBM Ke Nursery/Taska/Pengasuh [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 19]

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Taraaaa...lawa x bekas susu Ammar..ngeh3...



Mommy isi dalam beg free ni je, kazen bagi kitkat yg ada hadiah percuma beg ni kat dalam. Ok jugak beg ni..just nice untuk letak 5 liners susu Ammar, botol susu Ammar dan botol susu angah. Beg jenis kalis air lagi la senang nak basuh.

Oklah..nak cakap tu je kali ni..hehe..bye

Kalau ada masa lagi, jemput la baca Part 20.
Kalau nak tgk entry lepas, boleh baca Part 18 kat sini.



# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)