Hari ni Mommy nak cerita bagaimana cara mommy mencairkan ebm, sebelum bagi pada Ammar..
STEP 1 - keluarkan ebm yang diperlukan dari freezer/deep freezer pada malamnya, dan letak di peti bawah/chiller
STEP 2 - masa dah nak pakai tu, ambil liner/botol storage dan rendam dalam semangkuk air panas. Kalau mommies ada warmer lagi bagus. Warmer mommy, mommy bagi pada taska. Kalau mommies simpan kuantiti yang banyak dalam satu liner, terlebih dahulu perlu tuangkan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan ke dalam botol susu baby, lepas tu baru panaskan. Kalau rendam dengan liner tak perlu lama sangat sebab liner kan nipis je.
STEP 3 - bila dah agak-agak suam, keluarkan liner dari mangkuk. Tuang ebm yang dah suam tadi ke dalam botol susu. Cek suhu ye mommies..dengan cara titikkan di belakang tangan.
STEP 4 - baby Ammar dah boleh minum...yeay!!! Bismillah...
Mommy tepek gambar ye..senang faham sikit kot..
Sumber : En. Google
Sumber : En. Google lagi
PERINGATAN !!
- ebm perlu diturunkan ke chiller dulu sebelum hendak dipakai supaya ia boleh mencair secara semula jadi
- ebm yang dah cair tidak boleh dibekukan semula
- ebm yang dah di suamkan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam
- kalau baby tidak habiskan susu yang dah dipanaskan dalam masa 1 jam, susu tersebut perlu dibuang sebab takut air liur baby membiakkan bakteria
- jangan goncang dengan kuat botol susu yang mengandungi susu ibu
Ok mommies.. hope entry kali ni dapat bantu mommies menguruskan ebm dengan lebih teratur. Sama-sama kita belajar k!!
Nanti jangan lupa tengok Part 23 ye
Sesuatu yang menarik di Part 21
# Berminat dengan set
untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk
dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)
No comments:
Post a Comment