Pages

Saturday, 7 March 2015

EBM Ammar Pulang Ke Subang Jaya Dalam Masa 13 Jam [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 4]

Assalamualaikum...salam sayang semanis madu buat anda yg manis dan cantik di luar sana..hehe..

Sebelum ni, mommy pernah cerita macam mana EBM Ammar naik flight dengan En. Hubby di sini.. amboii...EBM dah naik flight gitu.. mommy dan anak-anak belum rasa lagi tau naik flight.. uhukk..

1st trip tu, perjalanan mengambil masa hanya lebih kurang 2 jam. 1 jam atas udara KB - Subang Jaya, lebih kurang 1 jam lagi perjalanan abi beli barang dan sampai ke rumah. Macam mana dengan perjalan yang memakan masa berjam-jam? Tahan ke EBM tu? Tak cair kah?

Persoalan tu jugak la yang bermain difikiran Mommy. Risau sangat kalau-kalau EBM cair dalam perjalanan..huhuhu.. Tambahan lagi masa kami nak balik ke Subang Jaya tu, Kelantan baru pulih dari banjir besar..ada Mommy ceritakan di sini.

Apa yang Mommy buat dengan EBM kali ni, sama juga dengan EBM yang naik flight aritu. Cuma kali ni Mommy letak 2 ketul ais sebesar bekas ais krim, dan 2 unit ice block. Masa Mommy tunggu TokPa wrap, dalam hati tak putus berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan, dan kami tidak terperangkap dengan banjir yang tak dijangka.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Seawal pagi kami memulakan perjalanan, hujan turun renyai-renyai tanpa henti. Sehinggalah sampai di Raub, hujan masih belum berhenti. Berita yang cukup buat hati mommy kecut bila mendengarnya ialah, jalan depan Balai Polis Raub ditutup sementara kerana air dari dalam longkang telah melimpah ke jalan raya akibat dari hujan yang tidak berhenti turun dari pagi. Kami perlu ikut jalan alternatif untuk balik ke Kuala Lumpur, dan ia memakan masa extra selama 2 jam!! Oh My EBM!!!

Mommy redha, dan abi tak putus-putus pujuk dan kata in sha Allah EBM mommy selamat nanti. Ok, mommy cekalkan hati, dan tawakkal jelah. Apa-apa je jadi pada EBM Ammar, mommy akan terima dengan hati terbuka.

Diringkaskan cerita, setelah mengharungi perjalanan selama 13 jam, sampai la kami ke rumah. Wahh rindunya!! Hampir sebulan lebih mommy dan anak-anak di kampung. Lepas selesai tolong abi angkat barang ke atas rumah, siapkan anak-anak, dengan rakusnya mommy buka bekas polystyrene yang mengandungi EBM Ammar tu. 

Subhanallah....Alhamdulillah...EBM Ammar tak mencair sedikit pon, walaupun 13 jam dalam perjalanan. Keadaan dalam polystyrene tu plak memang sejuk, macam dalam freezer. Alhamdulillah3...syukur sangat..

EBM untuk Baby Ammar. Penat dia jalan jauh, 13 jam tu..hehe

Ok..setakat ni saja perkongsian mommy kali ini. Sampai ketemu lagi di lain entri..

Nota cinta : Jom baca Part 5
Terlepas Part 3? Boleh baca di sini.

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)

2 comments:

  1. Wahh alhamdililah EMB Baby Ammar selamat smpai subang tanpa cair..Lepas ni bole minta petua dari akk utk pack EBM kalau perjalanan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dik..mmg k.ain x sangka sgt..diam je sepanjang jalan masa kena lalu jln alternatif tu..pikir takut ebm cair..hehe..

      Delete