Pages

Sunday, 17 December 2017

My Twin Pregnancy Story Part 2 ~ Prosedur Membuang Implanon

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Kali ni mami nak share tentang prosedur membuang implanon. Mami buka implan pada 2 Februari 2017. Sebenarnya ni adalah kali ketiga mami pakai dan buka implan. Walaupun kos untuk pasang implan agak mahal, namun mami dan abi lebih selesa menggunakan kaedah ini kerana ianya 99% terjamin selamat (dengan izin Allah). Tak payah nak pikir dah nak kena makan ubat ikut time, cucuk ikut time dan sebagainya.

Sakit tak masa buang? Lama tak masa yang diperlukan untuk buang? Jawapannya, tak sakit. Sama juga prosedur memasang implan, doktor terlebih dahulu akan cucuk ubat bius supaya tak rasa sakit. Masa yang diperlukan untuk memasang dan membuang implan tidak sama. Nak pasang kejap je, dalam 10 minit boleh siap. Namun prosedur nak buka agak makan masa juga, bergantung pada tahap 'kerjasama' yang diberikan oleh batang implan yang tertanam bawah kulit lengan kita tu.

Ada kes sorang kawan yang batang implan tu macam dah melekat dengan isi. Kawan mami buang selepas 3 tahun setengah pakai. Mami biasanya tak pernah sampai 3 tahun. Paling lama pakai yang ketiga ni lah, lebih kurang 2 tahun. Dan Alhamdulillah masa yang diambil tidaklah lama, hanya 20 - 25 minit sahaja. Implan boleh dipakai max 3 tahun dan ada yang 5 tahun. Ibu2 boleh pilih tempoh masa yang dikehendaki.

Batang implan dikeluarkan dengan cara doktor membuat torehan kecil di hujung salah satu batang implan. Luka torehan akan dibesarkan sesuai dengan saiz batang implan tadi. Alah...x besar mana pon..saiz batang mancis je..Lepas batang implan berjaya dibuang, doktor akan letak ubat seakan glue untuk menutup lubang/kesan torehan yang beliau buat tadi, dan tutup dengan pembalut. Biasanya doktor akan nasihatkan jangan bagi kena air kat tempat implan tu selama 3 hari bagi memastikan luka cepat sembut dan bercantum dengan sempurna. Selepas 3 hari, semua dah kembali normal. Hanya tinggal parut kecil sebagai kenangan abadi..hehehe...so mami dah ada 3 parut di bawah lengan belah kiri ni ha...

Mami share beberapa keping gambar di bawah ni ye. Gambar semua adalah dari sumber google. Tak kuasa mami nak snap gambar masa kejadian..hehe..

Sumber mr. Google

Sumber mr. Google : Ni la rupanya implanon tu sebelum pasang. Kecik comel je tuannya..

Sumber mr. Google : Tempat pasang adalah di bawah lengan. Kalau kita guna tangan kanan, doktor akan pasang di bawah lengan kiri. Sebab lepas pasang tu kita akan rasa lenguh skit..tu je sebabnya..kalau kidal, doktor akan pasang di bawah lengan kanan..

Sumber mr. Google : Proses cucuk ubat bius. Time ni jelah kalau nak rasa sakit pon. Sikit je..beranak lagi sakit..hehe

Sumber mr. Google : Ha tu dia...dah nampak dah. Bila dah nampak macam ni, doktor akan ambik pengepit dan akan tarik keluar cik implan kita..

Sumber mr. Google : Rupa selepas berjaya dikeluarkan. Agak bengkok skit akibat dari proses mengeluarkannya tadi..

Sumber mr. Google : Lesen besar..ehh bukan lesen. Kad ni ibu2 akan dapat selepas pakai implan. Mcm surat beranak implan tulah..Bila tarikh pasang, bila expirednya, belah mana pasang. Gituuuu..

Oklah..ini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Bye..

Salam syg..
~ Mami Ain ~

No comments:

Post a Comment