Pages

Friday, 24 February 2017

Fully Breasfeeding [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 33]

Assalamualaikum semua..

Hari ni 25 Februari 2017.. pantasnya masa berlalu..Hari ni nak cerita tentang apa? Ok Mami nak share pasal fully breastfeeding putera hati ketiga Mami ~ Muhammad Ammar Mikail.

Bila Mami dapat tahu Mami pregnant, awal-awal lagi Mami dah niat nak fully breastfeed baby ni sampai dia umur 2 tahun. Dua anak sebelumnya, misinya kurang tercapai. Yang 1st Muhammad Adam Danish (now dah 8 tahun) langsung tak direct feed. Yang 2nd, Muhammad Danial Irfan, 5 tahun, Alhamdulillah dapat fully breastfeed sehingga dia 1 tahun 3 bulan. Lepas tu susu Mami makin kurang dan Mami decide nak pregnant yang yang ketiga.

Now kisah baby ketiga yang dah berumur 2 tahun 3 bulan pada entry ini ditulis. Mami mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Sudah tersurat rezeki Ammar dapat fully breastfeed setakat dia berumur 1 tahun 9 bulan sahaja.. but Alhamdulillah!!! Syukur..tq Allah atas rezeki itu. 

Mami dapat simpulkan yang stok ebm penuh deep freezer tidak menjamin dapat fully breastfeed hingga 2 tahun atau lebih. Apa yang penting, kena jaga jadual pam. Kena disiplin. Mesti pam setiap hari. Hari minggu kena pam, cuti panjang pon kena pam. 

Kealpaan Mami, kalau cuti sekolah 2 minggu, 2 minggu la mami tak pam. Sebulan cuti, sebulan la tak pam.. Hu3...ok2..take noted..next2 tak buat dah. Semoga ada rezeki nak pregnant lagi lepas ni..

Oklah..ini sahaja untuk kali ini. nanti kita bercerita lagi ye..

Salam sayang...
~ Mami Ain ~


No comments:

Post a Comment