Pages

Friday, 29 May 2015

Persediaan Nak Buat Solid Food Untuk Ammar [Solid Food Untuk Baby Ammar Part 1]

Assalamualaikum....
Yuhuuu....Ammar dah boleh makan!! Ok sebenarnya dah 2 minggu Ammar blh makan..dah 5 jenis makanan dah dia rasa..nanti mommy share ye resipi nya ye...

Mommy nya bz sangat tak sempat update blog...bersawang la jgk. hehe..

Oh ya...pengalaman buat puree untuk anak kedua ~ Muhammad Danial Irfan amat menyeronokkan. Sebabnya, Irfan memang kuat makan. Tidak pernah menolak sebarang puree dan bubur yang mommy buat. Harap Ammar juga macam angahnya..

Entry kali ni mommy nak tunjuk barang-barang keperluan yang mommy beli untuk memperkenalkan solid food untuk Ammar. Cekidautttt...

Mommy pilih design ni sebab ruang blender besar, senang nak kaut puree nanti

Comelkan bib ni..hehe

Bib ni mommy beli rm3 je 1, masa baby fair kat KTC, Kelantan

Mommy tak boleh tengok bekas kecil-kecil dah sekarang, semua nak beli

Kan dah cakap...terbeli lagi bekas puree..hehe

Mommy pakai pemarut sebab malas nak potong kecil-kecil

Ice tray untuk bekukan puree 

Selain bahan-bahan di atas, mommy juga perlukan plastic storage/liners untuk masukkan puree yang dah beku. 

Ok...ni je yang mommy nak kongsi...bye..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

Friday, 22 May 2015

Tertelan Duit Syiling..Kami Diuji Lagi

Assalamualaikum mommies sekalian..

Di saat kisah ini dikongsikan, mommy sebenarnya baru pulih dari keracunan makanan. Bukan mommy sorang je kena, tapi kami berempat ~ Abi, Mommy, Abang dan Angah..Baby Ammar je ok, maintain sweet dengan senyumannya. Hehe..

Kenapa mommy kata 'kami diuji lagi'..? Teruskan membaca...

Minggu lepas, 12 Mei 2015, mommy dan abi diuji dengan hal yang berlaku pada Baby Ammar. Bagi mommies yang belum tahu pasal apa yang berlaku pada Baby Ammar, boleh baca kat sini ye..

Ujian kedua buat kami adalah, Danish tertelan syiling 20sen.. Ya Allah..bagai nak gugur jantung di saat dapat panggilan dari Ustazah Ain, menyatakan Adam (panggilan untuk abang di taska) tertelan syiling. Tapi entah kenapa, mommy ada kekuatan untuk tidak menangis sepanjang kejadian itu berlaku..berbeza dengan apa yang berlaku pada Baby Ammar. Mommy sangat-sangat rasa sedih dan down sangat-sangat.

Untuk menyenangkan mommies semua menyelami apa yang mommy rasa sepanjang Danish berhadapan dengan saat getirnya, mommy ceritakan secara ringkas di bawah ini..

18 Mei 2015, 2.12 petang
Mommy cuti rehat hari ni sebab tonsil bengkak. Baru je nak buka kertas jawapan pelajar untuk disemak, henfon berbunyi. Tertera nama 'Ustazah Ain'. Ya Allah..minta dijauhkan perkara buruk berlaku pada Danish di taska...masih terbayang tentang berita yang mommy dengar sejurus selepas menjawab panggilan dari cikgu Nabila, pengusaha di taska Irfan dan Ammar..

Benarlah...hati seorang ibu dapat merasakan ada yang tidak kena telah berlaku pada Danish. Ustazah Ain memaklumkan yang Danish tertelan duit syiling. Terdengar sayup-sayup suara Danish meraung kesakitan. Ya Allah...Terasa melayang separuh nyawa ini dari badan. Mommy minta tolong Ustazah hantarkan Danish ke Hospital QHC kerana selain dekat dengan taska, mommy rasa QHC ada peralatan yang cukup untuk selamatkan Danish.

Lepas call abi, mommy bersiap ala kadar dan terus pecut ke QHC. Sampai di sana, macam biasa, mommy berhadapan dengan masalah parking!! Last-last selamba je mommy parking di petak khas untuk patient Klinik Medijaya. Bila di saat genting macam tu, mommy dan tak boleh fikir panjang dah. 

Parking settle..now, mommy perlu berlari ke QHC yang terletak lebih kurang 5 minit dari Klinik Medijaya. Ya Allah..mommy pasrah..maka berlari-lari anak la mommy ke sana..

2.30 petang
Masuk je dalam QHC, dari kejauhan mommy dapat dengar suara Danish meraung kesakitan. Ya Allah..tabahkan hati ku..kuatkan semangatku demi untuk kuatkan semangat Danish. 3 orang nurse, seorang doktor dan seorang ustazah mengelilingi Danish masa tu. Danish dah tak berbaju. Ustazah gunakan baju Danish untuk tadah air liur yang Danish keluarkan dalam usaha dia nak keluarkan syiling dari tekak dia. 

Mommy peluk Danish, tangisan Danish makin kuat bila nampak mommy. Mommy usap-usap kepalanya dan cakap abang kuat, abang kena sabar, bernafas perlahan-lahan. Susahnya hati bila tangisan Danish makin kuat sambil cakap 'sakit mommy, abang tak boleh nak telah...' Dalam masa sama Danish tetap mengeluarkan air liur nya yang bercampur lendir dan darah!! Ya Allah..kuatkan semangat anakku Ya Allah..selamatkanlah anakku...

Danish minta air, tapi bila ustazah nak suapkan dia minum, Danish cakap dia nak mommy suapkan. Tapi sekali lagi hati ibu ini terseksa bila Danish cakap 'sakit mommy...abang tak boleh nak telan'.. Paling tak tahan bila Danish hentak-hentak kaki tanda dia sakit masa usaha dia nak keluarkan syiling tu..Mata Danish dah merah, dan darah makin banyak bercampur dalam air liur Danish..

Doktor putuskan untuk mommy bawa Danish ke SJMC kerana di sana doktor dan peralatan mencukupi. Mommy mati akal, macam mana nak bawa Danish ke sana..mommy tak tahu jalan. Abi masih lagi otw dari Putrajaya. Alhamdulillah ustazah Danish seramai tiga orang menenangkan mommy dan mereka yang akan bawa kami ke sana..Alhamdulillah..

2.45 petang
Kami dalam perjalanan ke SJMC..Ya Allah...terasa jauhnya perjalanan ke SJMC kali ni. Jalan agak jam..mungkin orang baru mula nak masuk office semula. Abang masih menangis dalam kereta. Mommy dan ustazah cuba tenangkan sambil menadah air liur yang keluar. Baju Danish dah basah keseluruhan, begitu juga dengan sapu tangan kecil mommy. Kali ni mommy dan ustazah guna tisu pula. Danish kadang-kadang tenang, selebihnya dia panik sambil jerit 'sakit mommy...sakit..'.Mommy cuba rasa dan pegang di bahagian kerongkongnya, boleh rasa benda asing yang tersangkut si situ.  

Di saat melihat Danish menghentak-hentak kaki tanda dia kesakitan, mau saja mommy menggantikan tempat Danish pada waktu itu..pindahkanlah kesakitan itu pada ku Ya Allah..kasihanilah Danish..dia masih terlalu kecil untuk menanggungnya. Mommy peluk untuk menenangkannya..

3.15 petang
Sampai di kecemasan SJMC. Danish tak mau jalan dan tak mau didokong oleh ustazah. Nak mommy je dokong. Maka dokong la mommy masuk ke bahagian kecemasan. Selepas menyerahkan surat refer dari doktor QHC, seorang doktor ambil alih kes Danish untuk buat pemeriksaan awal. Mommy perlu mendaftar Danish di luar wad kecemasan. Lagi la dia meraung sebab tak nak mommy jauh dari dia. Mommy pula risau, takut sangat syiling tu akan gerak masa Danish meraung dan menutup saluran pernafasannya..Ya Allah...lindungi anakku Ya Allah..

Selesai mendaftar, mommy segera kembali ke tempat Danish. Alhamdulillah nurse dah bagi bekas untuk tadah air liur Danish, ustazah tengah tadahkan. So baju Danish mommy tumpang basuh kat sinki dan masukkan dalam beg plastik yang nurse bagi. 

Doktor putuskan yang Danish perlu di x-tray untuk tengok kedudukan syiling tu dengan lebih jelas. Nurse suruh mommy duduk atas wheelchair sambil riba Danish dan kami ditolak ke bilik x-tray. Di bilik x-tray Danish tak nak doktor pegang atau buat apa-apa pada dia..nangis je tak nak lepas tangan mommy..puas pujuk last-last x-tray dibuat sambil kami berpegangan tangan..aishhhh...abang..abang..

Huh...ngeri tengok keputusan x-tray tu..jelas nampak kedudukan syiling tu...hu3..mommy share kat bawah ni..

Kedudukan syiling dalam salur pernafasan Danish
    
Setelah siap di x-tray, mommy dan Danish dihantar kembali ke wad/ruang kecemasan, membawa result x-tray. Doktor tadi meneliti gambar x-tray dan setelah membuat beberapa pemeriksaan lagi ke atas Danish, doktor memutuskan yang Danish akan di masukkan ke wad terlebih dahulu, dan surgeon akan putuskan bila operasi mengeluarkan syiling tu akan dilakukan..Uiisshhh..makin seram plak mommy rasa.

3.35 petang
Kami sampai di tingkat 3, bangunan klinik doktor pakar SJMC. Sewaktu mendaftar Danish di kaunter, abi sampai. Lega skit rasa kalau tak Danish asyik nangis je tak nak ustazah dia, nak mommy je. Mommy pulak masa tu rasa sikit nak nangis bila tengok abi..dari tadi lagi kuat tau, x nangis dan bersemangat bagi kata-kata semangat kat Danish. Hu3...mommy buat-buat tak layan sebab tak nak betul-betul nangis nanti.

 3.50 petang
 Danish dipanggil ke bilik doktor. Doktor nak cek tekak Danish tapi macam biasa la budak manja tu, mana nak buka mulut dia..Puas pujuk nak bgi dia diam...tapi ermmm.... 

So keputusan doktor sama juga. Selepas buat pengiraan bila last time Danish makan, maka jam 6 petang nanti Danish akan masuk OT, akan dibius dan coin tersebut akan cuba dikeluarkan oleh doktor. Hadoii...masuk OT...macam-macam perasaan mommy rasa masa tu..

4.05 petang
Kami menunggu untuk Danish dimasukkan ke wad..baru booked bilik, dan waktunya baru jam 4 petang..lambatnya nak pukul 6..nak sangat semua benda ni berlalu dengan segera..

Danish bagitau mommy dia nak kencing. So abi tolak mommy dan Danish guna wheelchair ke toilet. Masa Danish nak kencing ni lah, dia macam nak muntah dan dengan izin Allah, syiling 'jahat'  tu keluar dengan sendirinya..syiling 20sen lama rupanya...Alhamdulillah3...tq Allah..

Hu3...akhirnya kau keluar jugak ye syiling

Kami kembali ke ruang menunggu, jumpa pegawai yang bertugas di kaunter hadapan bilik doktor. Bila mommy maklumkan yang syiling dah terkeluar dengan sendiri, pegawai yang seramai 3 orang tu serendak cakap 'ohhh thanks God..'..hehe..mereka pon susah hati sebenarnya..

Kami jumpa doktor sekali lagi. Selepas cek tekak Danish, doktor kata tak ada apa yang nak dirisaukan. Untuk luka di tekak tu nanti, doktor akan bagi ubat dan antibiotik untuk dimakan...

Fuhhhh...panjang betul ceritanya... 

Mencabar betul nak jaga anak-anak yang lasak nih...

Apapun, syukur Alhamdulillah. Danish tak perlu masuk OT. Malamnya terus boleh habiskan semangkuk bubur nasi, dan esoknya dan boleh pergi taska..

Ni masa tunggu turn nak jumpa doktor pakar. Syiling masih di tekak

Ni pula masa dah nak balik, tengah tunggu nak ambil ubat di farmasi

Harap kisah Danish ni dapat jadi pengajaran buat mommies semua.. Hati-hati la..jangan bagi langsung anak-anak  main dengan benda-benda yang kecil seperti syiling serta permainan yang kecil-kecil. Macam Danish ni obses sangat dengan syiling sampai terbawa ke sekolah. Ustazah suruh simpan pun, dia masih nak main-main dengan syiling tu..

Oklah...bertemu lagi di lain entry ye..jaga diri mommies semua..



 

Rutin 3 Hari Sekali..Dari Botol Tukar Ke Liner [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 26]

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ermmm....berkurun dah mommy tak update blog..macam-macam hal berlaku dalam seminggu dua ni.. In sha Allah nanti mommy kongsikan ye..

Ok kali ni mommy nak cerita tentang rutin mommy setiap 3 hari sekali. Rutin apa tu? Ha...pindahkan ebm dari chiller ke deep freezer. Masa duk dalam chiller, ebm still dalam botol. Tapi bila dan nak masuk deep freezer, mommy akan transfer ke liner. Jimat space kan..macam dalam gambar yang mommy kongsikan dalam entry ni.

Opps...sebelum tu, bila masa sesuai ebm dalam chiller kena transfer ke freezer/deep freezer? Adakah kena tunggu selepas beberapa hari pam, atau lepam pam terus masuk freezer? Tu pun mommy dah cerita kat entry ni..

Ok..back to topic...belanja gambar dulu ye...


Biasanya dalam sehari, Ammar minum 4 liners di taska. Jadi, untuk mengekalkan/memastikan ebm mencukupi untuk Ammar, mommy akan cuba hasilkan atau ganti balik ebm sebanyak 4 botol atau lebih. Oh ya, mommies boleh rujuk kat sini bagaimana cara nak uruskan ebm ke taska. Berapa botol atau liners yang beku, dan berapa liners yang fresh perlu hantar ada mommy cerita kat sini..

Mommy suka sangat buat kerja-kerja transfer ni..hehe..nanti susun secara baring dalam freezer..kasi beku dalam keadaan slim. Nanti bila susun pon cantik je. Pakai botol karang makan space pula..kan??

Oklah..ni je yang mommy nak cerita kali ni..nanti sembang lagi k..

Ada banyak lagi cerita di Part 27
Part 25 boleh baca di sini.. 

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       
 


Wednesday, 13 May 2015

Cara Mengendalikan EBM Di Rumah [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 25]

Assalamualaikum..salam sejahtera mommies gojes sekalian..

Entry kali ni mommy nak share tentang pengendalian ebm di rumah.

Kali ni tak nak taip panjang-panjang jugak. Nak tepek gambar je..

Sumber : Google

Faham tak? Faham kan...So mommies, lepas ni tak boleh nak sayang-sayang sangat ebm tu. Kalau baby tak habis minum dan dah melebihi 1 jam, buang je mommies. In sha Allah akan ada rezeki lain lagi buat baby, ok.. Tak kan kita nak anak kita sakit kan..

Till then...bye!!!

Jom terjah...

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
                                                                     # 014-9270545 (Ain)        




Berapa Lama Susu Ibu Boleh Bertahan [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 24]

Assalamualaikum..

Jom kali ni mommy belanja gambar tempoh hayat atau berapa lama susu ibu boleh bertahan.
 
 Sumber : Google

Kesimpulannya...tempoh hayat ebm berbeza-beza mengikut situasi, atau suhunya. Macam mommy, mommy guna deep freezer untuk simpan EBM untuk Ammar. So mommy labelkan expiry date nya adalah 6 bulan kehadapan. 

Ok mommies...ini saja yang mommy nak share kali ni.. daaa..

Part 25 ada di sini.
Ada yang menarik di Part 23

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)