Pages

Tuesday, 21 April 2015

Ice Block atau Ice Gel? [Breastfeeding Journey With Ammar Mikail Part 14]

Assalamualaikum....salam sejahtera semua...

Hari ni hari kedua Baby Ammar demam.. Tengah hari tadi mommy dah bawa Ammar jumpa doctor. Alhamdulillah malam ni dah tak panas sangat macam malam semalam. Semoga Baby Ammar terus sihat..susah hati mommy dibuatnya.

Ok, entry kali ni mommy nak cerita tentang ice block vs ice gel.. Yang mana lebih tahan lama a.k.a lambat cair..

Masa Irfan dulu, mommy pakai ice gel, jenama Autumnz. Ok la, tahan lama la jugak. Cuma satu kelemahan ice gel ni, kalau jatuh, ia akan pecah. 

Masa mommy beli set pam susu, mommy dapat percuma ice block. So mommy pakai la ice block tu bawak ke sekolah, untuk sejukkan ebm yang di pam di sekolah. Tapi mommy rasa ice block ni cepat cair la. Macam tak sejuk pon ada ebm yang duk dalam cooler bag tu. Jadi terpaksalah mommy tumpang letak dalam peti sejuk sekolah selepas pam, dan ambil sebelum mommy balik ke rumah. 

Untuk mengatasi masalah ebm tak sejuk tu, mommy pun belilah ice gel, jenama XXX.. Ingat nak cari Autumnz, tp kedai yang mommy pergi tu kehabisan stok.. So beli la yang mana ada..

Sekali bila pakai...alamak...macam cepat cair pulakkk...plastiknya pun nipis je..erm....so, berpaling la ice block semula..

Kesimpulannya, antara ice gel dan ice block, ramai yang kata ice gel yang lagi tahan lama. Pada mommy pon, ice gel yang lagi tahan lama, dengan syarat guna yang jenama Autumnz..

Ok, setakat ni dulu untuk kali ni. Mommy pon tak sihat sangat..batuk2..batuk sampai terken****.. Hehehe..

Nota cinta : 
Sudilah kiranya luangkan masa untuk ke Part 15 ye..
Terlepas Part 13?? Boleh klik sini..

# Berminat dengan set untuk banyakkan susu ibu Shaklee? Boleh tengok sini ye..
# Hubungi mommy untuk dapatkan khidmat nasihat percuma..
# 014-9270545 (Ain)       

No comments:

Post a Comment