Alhamdulillah hari ni dah hari yang ke 22 umat Islam seluruh dunia berpuasa.. Alhamdulillah juga kerana masih diberi kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa tanpa sebarang halangan.
Hari ni sorang kawan dalam group whatsapp sekolah menengah upload gambar masa kami di tingkatan 5. Wallaweh...rindunya zaman sekolah. Sedar tak sedar dah hampir 15 tahun kami meninggalkan sekolah. SPM tahun bila? Kira sendiri ye..kikiki....
Saya percaya sesiapa sahaja yg pernah bergelar pelajar pasti akan ada kenangan indah yang terpahat.. Pastinya kita ada geng kamceng kita, cikgu feberet kita, grup budak laki yg kita tak suka sebab suka mengacau dan tak kurang juga senior yang kita minat!! hehe.. Saya dlu ada la suka 2-3 org senior. Tapi setakat minat nak buat abang angkat jelah. Kalau sy nak lebih2 pon kompem diorang tak nak..kikiki..
Alhamdulillah kami sekarang semua dah bekerja, dalam pelbagai bidang. Apa yang pasti, pencapaian zaman sekolah dahulu bukanlah penentu siapa kita di masa sekarang.
Jom cuci mata..tengok muka suci kami masa sweet 17..hehe..
Cikgu2 kesayangan kami...
Sebahagian dari pelajar lelaki 5 Baiduri...
No comments:
Post a Comment